Terkilan

By Aisyah Rahim at Tuesday, October 18, 2011 1 suka menconteng =)
Assalamualaikum w.b.t,

Selamat pagi. Semalam saya adalah tidak pergi ke office sebab kononnya penat balik dari team building. Hehe. Tidur seharian. Someone told me that I am a champion of sleeper. Haha.

Okay, ni bukan nak story pasal team building. Ini post tak ada kena mengena dengan team building pun rasanya kot. Actually, saya sangat terasa hati dengan seseorang. Saya tak suka orang hipokrit. Speechless bila saya dapat tahu semua tu dan saya tak sangka dia macam yang saya pikirkan sekarang. Saya tak tahu apa patut saya buat. Tapi yang saya tahu saya akan berbuat seperti biasa walaupun hati ni sedikit terasa dengannya.

Okay dah.







Starting From 'O'

By Aisyah Rahim at Sunday, October 02, 2011 4 suka menconteng =)
Assalamualaikum w.b.t,

Sedar tak sedar dah masuk bulan Oktober. Hmm. Bulan Oktober bulan bermakna bagi saya. Sebab bulan ni lah yang membuatkan umur saya meningkat setahun demi setahun. But for me, I always sweet 16. Haha. Bajet muda selalu. Okay apa.

Banyak yang saya target untuk dicapai before 'my day' tu. Alhamdulillah I'm getting better for my life. Thanks God. Syukur sangat-sangat dengan kehidupan yang sederhana ini.

Tapi masih banyak yang perlu saya kecapi dalam hidup ni. Berusaha tanpa jemu selagi mampu. Hopefully apa yang saya impikan selama ni akan menjadi realiti. Amin. Insyaallah.



Say YES to DIET!

By Aisyah Rahim at Wednesday, September 28, 2011 3 suka menconteng =)
Assalamualaikum w.b.t,

Hai all. Sedar tak sedar dah nak habis raya. Yeay sukanya bila raya dah habis. Kuranglah sedikit majlis yang melibatkan makan-makan. Sejak minggu lepas asyik dipenuhi dengan open house dan majlis hari raya di office. Makin banyaklah saya makan. Memang naiklah berat badan rasanya. Semua makanan yang ada nak disumbatkan dalam mulut. Rasa tak puas bila tak mencuba semua jenis makanan yang dihidangkan. Padahal dulu boleh je tak makan sangat. Sekarang ni ha pelik bebeno asyik mahu makan makan makan dan makan. Boleh dikatakan pantang jumpa makanan lah asyik bernafsu je. Bukan bernafsu apa, bernafsu terhadap makanan. Heeee.

Saya suka bila nak habis raya. Hopefully, saya punya tabiat pemakanan back to the normal. I can't stand like this anymore. Huwaaaa. Hari-hari termengah-mengah sebab perut full aje. Tapi kan, if kita asyik makan makan makan dan makan dengan kadar yang luar biasa dari biasa dalam jangka masa seminggu dua, berat badan kita boleh naik mendadak ke? I always thinking on that and concern too. Arghhh. Yes, I was too obsessed with overweight and really don't know why. Tsk tsk tsk! =( Maybe it was because me looks so chubby previously. Di ejek oleh people around me tu biasalah. Sampai sentap okay. Hish sumpah tak suka. Boleh nangis kot.

Now ni tengah bersemangat nak berdiet semula. Ingat nak start exercise la. Sebab badan dah seriusly berat. Huh! Unloikkkeee! Tapi tak tahulah menjadi ke tak. Hopefully menjadilah azam baru tu sebab selama ni asyik bersemangat nak ke gym tapi tak pernah pun. Semangat je lebih. Bak kata orang, hangat-hangat tahi ayam je. Kahkahkah!

Saya punya aim nak cecah berat as low as 50 or below than that. Amin.. Sekarang sumpah tak tahu berat dah naik ke turun. Tapi rasa macam dah naik. Serius risau. But then some said badan saya tak nampak naik while some said I dah berisi. Ish ish. See, I was too worry on that.

Okaylah, tu je saya nak rambling today.

Xoxo =)



Sebuah harapan

By Aisyah Rahim at Monday, September 26, 2011 0 suka menconteng =)
Assalamualaikum w.b.t,

Harapan berasal dari kata harap iaitu keinginan supaya sesuatu terjadi atau suatu yang belum terwujud. Kata orang manusia tanpa harapan adalah manusia yang mati sebelum waktunya. Mungkin kerana harapan adalah sesuatu yang hendak kita capai dan terpampang dimuka. Hampir sama dengan visi walau dalam spektrum sederhana, harapan merupakan ciptaan yang kita buat sebagai sesuatu yang hendak kita capai. Jadi hidup tanpa harapan adalah hidup tanpa visi dan tujuan.


Maka bila manusia yang hidup tanpa harapan pada hakikatnya dia sudah mati. Harapan bukanlah sesuatu yang terucap dimulut saja tetapi juga berangkat dari usaha. Ia adalah kecenderungan batin untuk membuat sebuah rencana aksi, peristiwa, atau sesuatu menjadi lebih baik. Sederhananya, harapan membuat kita berfikir untuk melakukan sesuatu yang lebih baik untuk meraih sesuatu yang lebih baik.


Harapan dan rasa optimis juga memberikan kita kekuatan untuk melawan setiap hambatan. Seolah-olah kita selalu mendapatkan jalam keluar untuk setiap masalah. Seolah kita punya kekuatan yang lebih untuk bersiap-sedia menghadapi resiko iaitu disebut sebagai perlawanan. Orang yang hidup tanpa optimisme dan cenderung pasrah pada realiti maka dia cenderung untuk bersikap pasif, Oleh kerana itu, kita dapat mengetahui lebih dalam tentang manusia dan harapan.

 
Dari apa yang saya faham, manusia kadangkala bergantung pada sebuah harapan. Harapan membuatkan seseorang itu sentiasa berharap dengan harapan yang ingin dia ingini. Bila harapan itu tidak dapat dicapai, memang sangatlah sedih seperti harapan hanya tinggal kenangan mungkin.
 
Jangan terlalu meberi harapan kepada orang yang sentiasa berharap padanya. Sakit berharap sangat pedih bila hrapan itu tidak terlaksana. Jangan terlalu meberi janji manis yang palsu yang boleh memberi harapan pada seseorang. Hakikatnya dia langsung tak mahu berharap walhal si pemberi harapan memberi harapan sehinggakan si penunggu harapan sentiasa menunggu. Sia-sia bukan?
 
Ingatlah, jangan sentiasa memberi harapan pada seseorang.
 
Sekian.

Mimpi sedih

By Aisyah Rahim at Monday, September 26, 2011 0 suka menconteng =)
Assalamualaikum w.b.t,

Semalam lepas penat-penat sampai rumah, saya terus mandi dan tidur. Ada 2 mimpi pelik semalam. The first dream, I can't remember and not even re-imagine that dream.

But I do remember the second dream. Its about my very lovely one that I have. Sedih gila, ada orang langgar masa parking dekat office, remuk di tepi dan belakang. Sedih lagi bila dalam mimpi tu time tu tak ada gaji lagi. Hadui.

Tadi bila sampai je parking di office, masa dah nak press brake tu saya ingat memang betul la kaki kanan dah ada atas brake, rupanya tertekan minyak dengan lajunya sampai kerta ke depan. Luckily, kereta yang di depan tu jauh adn no cars are coming from left at that time. Tapi trauma kejap la. Takut sangat masa tu. Is that a sign from my dream? Hmm. No one can't explain including me.

HAri ni teringin nak makan meatball IKEA. Anyone? Suddenly I'm craving on it. Huhu.

IKEA's meatball
Okaylah, will update soon and soon.

P/s : If rajin update, rajin gila. If malas update, malas gila. I'm full of laziness.

The Raya

By Aisyah Rahim at Monday, September 26, 2011 0 suka menconteng =)
Assalamualaikum w.b.t,

Hai. Hmm. Tak tahu nak start writing macam mana. Hehe. Macam dah tak reti dah. Actually malas nak update blog pun tapi rasa macam nak tulis something dalam truly lovely diary ni. Oklah, I nak share activity during last weekend. Haha. Nmapak sangat tak tahu nak update apa.


Sabtu bersamaan 24 September 2011.

Saya ke Senawang, berkunjung kke rumah seorang officemate di sana. Memang melantak habislah. Sebab semuanya gara-gara swimming last 2 weekends. Lepas swimming hari tu, mode makan saya semakin menjadi-jadi. Mula-mula macam peliklah jugak sebab tak pernah lapar sampai menggigil-gigil. After borak-borak dengan my cousin, dia pun sama asyik makan jugak since after swimming tu. Tapi best even takdelah pandai sangat nak swimming tu kan. Setakat terapung and berenang-renang sikit-sikit tu bolehlah. Hiks. Best kot swimming, lagi best bila tak ada orang sangat kat pool to. Boleh buat macam-macam gaya yang entah apa-apa. Okay, continue balik yang open house tadi, suka sangat melalut. Masa kat Senawang tu, saya makan banyak la jugak sampai perut ni dah tak muat-muat dah. Lepak sana lama jugaklah sampai tak tahu nak buat apa dah. Haha. Gerak dari Senawang pun dah petang sangat dah then terus balik rumah. Tapi memang penat lah but best bila perutku terisi. Dasar makan banyak sekarang.
The Pool

Ahad bersamaan 25 September 2011

Hari Ahad pulak pergi beraya ke rumah bos di Subang. Dekat je, tak jauh pun. Saya bertolak dari bangsar bertiga, saya dengan Niza and Ayu. We all berjanji dengan Tihah dan husband nak tunggu di masjid berhampiran. (Skemanya ayat, hihi). Tengah hari dah sampai, tapi rasanya we all paling awal sampai depan rumah. Untuk mengelakkan rasa segan sebab sampai awal, singgah dulu di masjid buat apa yang patut sebagai hamba Allah. =)

Lepas tu terus menuju ke rumah bos yang memang tak jauh pun dari rumah bos. Saya bedal nasi minyak, nasi kerabu, spageti, roti jala dan tak ingat apa lagi dah. Macam banyak je makan. Tapi rasanya, macam yang tu je kot. Huhu. Tu pun perut dah penuh gila. Dari rumh bos, menuju pulak ke rumah kawan di Puchong. Masa ni dah tak larat nak makan sangat dan tuan rumah tapaukan nasi sikit untuk we all bertiga. Then dari Puchong we all ke Putrajaya kononnya nak lepak-lepak sebab tak nak sampai awal sangat di rumah. Haha. Entah apa-apa je. We all ke Taman Botani, Putrajaya. Unfortunately tak ada camera canggih, yang ada camera handphone je. Sedih sangat, tapi okaylah dari tak ada langsung kan. Huhu. Kami bertiga makan nasi yang ditapaukan tadi, tapi tak habis sangat, yang makan paling banyk is Ayu. Hehe. Saya dah tak larat nak masuk makanan dah dalam perut. Totally full, just rasa-rasa je. Masa kat Taman Botani ni ada a few couples yang buat photoshoot kahwin diorang. Am soooo jelous masa tu. Rasa best je tengok diorang buat photoshoot. Entah bilalah pulak my turn kan. =(

Then singgah kat Masjid Besi, Putrajaya. First time masuk sini. Selalu singgah dekat Masjid Putra je. Then, terus balik rumah, Memang penatlah masa ni. Sampai tak larat da. Tapi lepas sampai rumah, member ambil nak ajak lepak-lepak, tapi saya bagi dia sesat. Sorry sangat-sangat. Maybe sebab penat kot sampai tak boleh nak fikir jalan mana. Huhu. Sampai rumah terus tidur.

Ni ada a few pictures yang di snap. Layaaaaan~


The food

First snap at Taman Botani, Putrajaya

Si Ayu dan si penyibuk at the back

Ayu with her sweet pose

Lepaking while gossiping

Syiok sendiri pose bajet orang lain snap the pict

Ayu with chicken without dancing, I mean chicken dance. Haha

The photoshoot of bride

Me with gediks pose

Me with Niza

Rasanya ni je kot yang boleh saya update setakat ni. TIll then dearests.

Perasaan paling bodoh pernah saya rasa

By Aisyah Rahim at Thursday, September 08, 2011 1 suka menconteng =)
Ye tengok tajuk je dah tau. Sekarang saya rasa sangat bodoh. Bodoh yang teramat-amat bodoh. Sorry to say 'Bodoh' ok. Tapi saya tak tujukan dekat orang lain, tapi pada diri sendiri yang made a wrong action towards somebody. Sigh.

Memang salah saya sendiri pun. Bila emosi tu datang, memang kadang-kadang akan bertindak di luar fikiran saya. Menyesal berbuat demikian semalam. Sumpah menyesal. Selepas kejadian tahun lepas yang menyayat hati tu, saya tek pernah pun merayu ke apa dah. Tapi now rasa macam tu. Salah ke macam tu? Salah ke permintaan saya tu? Saya rasa tak pun pada mulanya. Hanya sekadar rakan yang ingin bertemu seorang rakannya yang lain dan sekarang disalah ertikan. Memang F*** ah.

Sorry berlaku sedikit kurang ajar di entry ini. Saya tak bermaksud pun, cuma tak tahu pada siapa nak diluahkan perasaan malu yang sangat tebal ni. Orang pun tak faham sangat perasaan kita. Kita sendiri yang faham apa yang kita rasa. Apa yang orang lain rasa pun tak sama dengan kita.

Okay, dah. Tu je pun nak update.

Tak lupa juga "Selamat Menyambut Hari Raya & Merdeka, Maaf zahir dan batin". Ye saya tahu ucapan ni sangat lewat. Tapi adakukesah sebab ini blog saya. Huhu


Till then.

This is the best feeling

By Aisyah Rahim at Monday, August 08, 2011 3 suka menconteng =)
Date : 8 Aug 2011
Time : 1.00a.m

Assalamualaikum.
Tengok date and time above. Dah lewat untuk tidur dalam bulan-bulan puasa macam ni. Yela, mana nak boleh tidur sedangkan aku asyik membuta je satu hari ni. Sangat teruk walau takdelah teruk sangat bagi aku, cuma teruk bagi bakal mertua aku kot. Hihi. Just a joke okay.

Aku saja je rasa macam nak mencoret dalam diary kesayangan aku ni. Tak tahu nak update apa. Rasa macam sama je everyday pun. Haa.. I owe u all the redang story, promise u guys will update the story. Hihi. Tonite aku learn something. Nanti aku boleh la kot buat sendiri. Thanks kepada yang sudi mengajar. Aku hargai sangat-sangat.

Esok dah start kerja. Malasnyaaaaaa nak bangun pagi. Adehh... (Buat muka malas). HIhi. Tadi mama call tanya aku berani tak drive untuk balik Kedah for Raya. Benda ni buat aku takut bila ditanya macam tu. If tak tanya aku okay je and very confident. Tapi bila ditanya, serius confident tu hilang sedikit demi sedikit. I will think of that again.

Lately ni aku selalu menghadapi masalah konflik perasaan. Bercampur baur lah. Sampai aku rasa sesak nafas kadang-kadang. Kadang-kadang tu aku rasa happy je, dan kadang-kadang tu aku rasa sedih jugak. Entahlah, aku tak tahulah aku berada di zon selesa ke tak. Bila sekali aku dah kena penyakit yang seumpama dengan ni, memang susahla nak hilang kan. Tapi aku suka. Hihi. Aku rasa happy je selalu. Tapi tak nak happy sangat. Aku cuba nak kawal emosi sebaik mungkin. Bak kata seseorang tu "Jangan sampai emosi tu mengawal awak". That is soooo true I guess". Tapi kadang-kadang tu aku selalu kalah dengan emosi. Hmm.... How it can be happened? All I know is that is my fault. Perhaps. Tapi aku tak nak rasa tu hilang sebab aku betul-betul perlukannya. Cuma tak tahu sampai bila aku akan terus menunggu. Wait and see jelah.

Sedar tak sedar dah nak masuk lapan hari kita berpuasa. Tapi aku baru tujuh hari lah. Awal-awal dah tak complete. Hmm. Tak sabar rasanya nak balik ke rumah di Kedah. Rindu nak bergurau dan bergaduh manja dengan family tersayang. Hihi.

Okaylah, nak try tidur dah ni. Jangan lupa niat puasa ye dan selamat menunaikan ibadah puasa untuk readers yang beragama Islam.

P/s : Bila berita gembira itu akan tiba?


  
By Aisyah Rahim at Tuesday, August 02, 2011 0 suka menconteng =)
Salam Ramadhan buat semua &
Selamat menunaikan ibadah puasa.

Redang part 4

By Aisyah Rahim at Monday, August 01, 2011 0 suka menconteng =)
Haha. Dah lama tak updata so aku jadi sedikit lupa. Layan jela ye. Sampai tengah laut tu, aku rasa macam, 'gila jauh mamat ni bawa aku'. Padahal suka sebab macam unbelievable kot aku boleh sampai ke tengah even tak delah tengah laut sangat kan. Pastu aku terus cakap kat Guider tu "Eh awak, saya dah tak berani nak terus lagi, hantar saya balik kat pantai". Haha. Dia gelakkan saya kot. Malas nak pikir sebab memang aku takut kot time tu. Tapi best woh dapat tengok dalam laut. Sampai air masuk dalam hidung pun still tak nak bangun, siap tahan-tahan lagi sampai rasa macam nak lemas. Biasalah first time snorkel.

Dah puas snorkel tu, aku terus balik bilik siap-siap untuk dinner time. We all dinner together2 dengan Aleya, Ayu, Hapis, Pak lah & Kak Ida. Hehe. Pastu kitorang jalan-jalan di sekitar pantai sambil snap2 pictures. Haha.











After jalan-jalan then balik bilik terus tidur untuk bangun awal esok nak bangun awal. Huhu.


*******************************************************************

Esoknya tu kitorang bangun pagi then terus breakfast. Banyak jugak aku makan. Kenyang lah sampai rasa boleh gemuk dok sini. As usual aktiviti di sini, snorkeling jela. If tak salah aku we all snorkel at Marine park. Tapi aku adalah tak berani nak snorkel di sini sebab ombaknya sangat kuat ok. Aku kan penakut. Aku dok tepi-tepi je. Haha. Pastu Pak Lah layan lah aku tangkap gambar dalam air. Huhu. Kesian Pak Lah. Ayu masa ni dah hilang ke mana entah. Dia ada misi kononnya tapi last-last dia dapat capai misi dia tu sampai buat kitorang risau. Haha. Kesian Ayu aka kakak saya. Saya sedih if dia tak balik-balik time tu. Tp dari jauh Aleya dah cakap nampak Ayu. Baru saya rasa lega.=p

Lepas tu, balik semula ke pulau kitorang. Makan then tidur. Supposedly kitorang kena pergi Pulau Kerengga kot. Dek perasaan malas yang menggunung ni dan mengantuk gila, aku, Ayu and Aleya tak pergi pun. Tidur sampai petang. Petang tu banguntidur then snorkeling kat laut berhampiran pulau ni. Okayla kan dari tak dapat snorkeling. Ada sesuatu berlaku masa snorkeling ni. Nak tahu apa? Tungggguuuuuuuuuu.....

To be continued.......











The feeling

By Aisyah Rahim at Sunday, July 24, 2011 1 suka menconteng =)
Assalam,

Dah lama tak mengupdatekan blog yang tak cantik ni. Huhu. Aku tak tahu nak story apa, nnanti nak update pasal redang lagi. Tengoklah bila rajin/

Actually ada benda aku nak luahkan kat sini. Kat truly lovely diary aku ni. Dia je yang faham perasaan aku tanpa banyak songeh. Haha. Aku tak suka rasa macam ni. Benci jugakla rasa macam ni. Sesak nafas sangat bila rasa macam ni. Memang dah lama tak rasa macam ni. Aku akan cuba jauhkan rasa ini sebab aku tak nak ada orang yang terluka sebab aku, walaupun kadang-kadang hati ni boleh sakit. Tapi bila benda tu baru je nak menjadi lagi senang kot nak hilangkan dari bertahun-tahun kau simpan kan. Bila dah banyak kali rasa, sedikit immune, so aku cuba kuatkan semangat lah.

Actually dah banyak hari aku ulang alik ke HKL. Penat tak penat sangatla kan. Baru aku rasa aku ni seorang kakak. Even aku ni anak sulung tapi perangai macam anak last. Serius sekarang dah rasa sedikit bertanggungjawab. Hihi. Rasa macam bangga jadi kakak yang bertanggungjawab.

Tu je kot nak update, tak tahu nak update apa lagi buat masa ni.


  

Hate this part right here --> Hati

By Aisyah Rahim at Wednesday, July 13, 2011 4 suka menconteng =)
AKU BENCIIIIIIIIIIIIIIIII!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Redang part 3

By Aisyah Rahim at Friday, July 08, 2011 0 suka menconteng =)
Okay lepas dah lepak2 sikit tu, saya dan Ayu pun balik semula ke tempat kitorang tinggalkan bag2 kitorang. Maksudnya dekat kawasan chalet kitorang la. Macam tu. Paham?

Then terus check in bilik. Lepak-lepak kejap then buat apa-apa yang patut dekat bilik. Around 2.30pm macam tu, we all kena kumpul untuk snorkeling dekat Pulau Lima. Kitorang sewa life jacket and all kelengkapan yang sepatutnya la untuk snorkeling. Untuk life jacket and goggle, sewa =RM20 di chalet kitorang. Okayla, layaaaaan je.

So, ramai2 jalan ke jeti untuk naik bot balik untuk ke Pulau Lima. Takdelah jauh sangat dengan Pulau kitorang tinggal tu. Sampai sana kitorang dah boleh snorkeling. First time kot. Saya macam takut-takut. Hehe. Eh eh. Bukan 'macam' ok, tapi 'memang' takut pun. Saya tak pandai balance kan badan dalam air even saya pakai life jacket. Macam apa je. Saya siap suruh Guide tu hantar saya balik ke bot. Haha. Memalukan betul. Dah la tak pandai nafas ikut mulut je bila pakai goggle tu. Mahu air masuk dalam tu sampai nak lemas. Hihi.

So, bila dah sampai dekat bot saya pun tunggu dan tengok orang lain snorkel je. Dalam bot kau tahulah. Bergoyang-goyang kan sampai bikin saya muntah. Tapi saya telan muntah saya balik sebab macam malu nak muntah depan orang. Eeeee. Tak sedap betul rasa tekak saya masa tu. Huhu.

Lepas semua dah naik bot tu, kitorang terus balik pulau kediaman kitorang. Haha. Apa lagi, dengan rasa tak sabarnya saya ajak orang-orang berkenaan snorkeling kat situ. Yeay saya dah pandai snorkel dah. Hehe. Saya try belajar sorang2 dekat tepi2 dulu sebab Aleya & Ayu dah jauh tinggalkan saya. Tiba-tiba ada sorang Guide tanya saya nak tengok kat tengah-tengah tu ada apa tak. Saya pun cepat-cepat cakap nak. Hihi. So, I just follow him sampai tengah laut walaupun tak adalah tengah sangat.. hihi

Notes : No pictures would be provided in this post. =p

To be continued.....

Redang part 2

By Aisyah Rahim at Thursday, July 07, 2011 2 suka menconteng =)
Lepas dah turun bot, kitorang pun cari tempat untuk lepak2 before check in chalet. We all sampai dekat Redang around 9++ am. Check in start pukul 10 am if am not mistaken lah. Dah bosan-bosan lepak kat situ, me and Ayu pergi cari port best untuk lepak sambil santai-santai. Hehe. But before cari port best nak santai, kitorang tukar lah baju dulu. Takkan nak pakai cantik-cantik kot nak lepak2 kan. Memang best lah tempat kitorang lepak ni. Tak ramai orang sangat. Sangat best, landing atas buaian yang ada di sekitar situ. Heaven okay.

Jalan2 dekat dengan chalet

Nyanyi tau sambil baca :"Di tepi pantai yang indahhhhh..."

Buat2 baring atas benda alah ni.


Bestnya baring2 dalam ni.

Bestnya duduk lepak2 kat sini. Tak nak balik..

Menggedik dengan Ayu.

Sambil baring2 sambil cuci mata. Haha

Sampai sini je dulu ye. Hihi. Kalau rajin, saya update lagi.

To be continued.................

Malas gilaa

By Aisyah Rahim at Wednesday, July 06, 2011 2 suka menconteng =)
Sejak balik dari Redang ni, malas saya melampau-lampau. Macam mana ni? Adoiiiiii

Redang Part 1

By Aisyah Rahim at Wednesday, July 06, 2011 2 suka menconteng =)
Hari : Jumaat
Tarikh : 1 Julai 2011
Masa : 8.00 pagi
Tempat : Dalam kereta on the way ke tempat kerja

Yeay hari ni hari jumaat da. Can't wait to go to Redang island. Pukul 8 lebih malam ni aleya akan ambil saya & ayu dekat menara TM. Parking dekat menara jugak. Rasa sangat excited.


At TM TTDI, sangat excited untuk ke Redang..
Picture credit to Wiilly

**********************************************************************************

Hari : Jumaat
Tarikh : 1 Julai 2011
Masa : Malam
Tempat : Dalam bus on the way ke Terengganu

Bunyi2 pantai je asyik dekat telinga saya. Hihi. Dah naik bus dalam pukul 10 lebih macam tu saya terus mengantuk. Saya tidur dalam bus dan sedar2 dekat RnR Temerloh kot. Lepak2 jap then naik bus dan saya tidur lagi dalam bus. Mengantuk sangat. Huhu. Dalam pukul 5 lebih pagi kot sampai dekat jeti Merang. Tak berapa ingat, tapi around that time la. Breakfast dekat jeti Merang jugak then tunggu bot nak ke Redang.

After breakfast lepak-lepak kejap before naik bot. Dah ready naik boat, 1 jam jugak dalam bot. Pening okay. Saya tahan je nak muntah dan saya sedar rupa2nya saya ni ada mabuk laut. Dulu tak macam ni pun saya rasa. Hihi
Dalam bus dengan kakak

Muka tahan muntah

Aleya marah saya asyik sebut nak muntah.. Hihi

3 sekawan

On the boat

Yeay dah nak sampai dah. Tak tahan dah nak muntah dan pening2.

Yeay dah sampai dah!!

To be continued........

Kesian kesayangan saya

By Aisyah Rahim at Tuesday, June 28, 2011 3 suka menconteng =)
Semalam pergi kerja dengan kereta my housemate which is we are also an officemate. Okay balik kerja as usual if aku tak pergi kerja dengan kesayangan aku mesti balik and terus belek-belek dia.

Sampai-sampai je kat rumah semalam around 6++pm semalam, aku checkla kesayangan, sekali hatiku rasa sangat terbakar. Ada la pulak kesan calar yang sangat banyak okay. Nangis aku masa tu. Baru aku tahu perasaan sayang kereta tu macam mana. I know the feeling and it really hurts okay. Bengang je aku time tu. Macam nak campak je nak mengamuk.

Start hari ni, aku akan drive kereta untuk ke office. Tak nak benda sama berulang. Kalau semuanya terjadi sebab aku takpelah jugak. Ni tak, bukan sebab aku langsung kot. Tak pasal-pasal nak kena fikir nak polish ke wax lah apa kebenda yang aku pun tak berapa tahu. Sekarang baru tahu peranan seorang lelaki. Memang aku perlukan lelaki dalam hidup jugaklah. Haha. SIOTT je.

Okaylah, Nak sambung buat kerja. Nak release tension je ni.


Aisya suka emo

By Aisyah Rahim at Monday, June 27, 2011 1 suka menconteng =)
Dah nak dekat bulan 7. Dulu every July mesti saya akan excited gila. Tapi sekarang tak lagi. Sebab semuanya dah berubah. Orang cakap perkara yang dah lepas jangan dikenang-kenang. Teruskan dengan yang mendatang. Chaiyok!

Terbaik lah! Hehe

By Aisyah Rahim at Monday, June 27, 2011 2 suka menconteng =)
Okay, hari Jumaat last week adalah hari yang paling best sekali sebab dapat exercise secara tak sengaja. Terbaeklah.

Tepat jam 5 petang adalah waktu tamat office hour. So, saya adalah seorang pemalas dan takut untuk menempuh jammed di luar sana, jadi saya pun tunggulah di office dulu sehingga berasa yakin untuk menempuh jalan yang dah kurang jammed. Hihi. Okaylah, dalam pukul 6.++ pm tu bangun dari kerusi empukku di office dan menuju ke pintu keluar. Tiba-tiba rasa nak bergosip pula, maka singgahlah saya di tempat seorang member di office yang kebetulan duduknya berhampiran dengan pintu keluar. Borak punya borak sampai malas nak balik. Biasalah girls story. Saya sangat suka bergosip tau. Masa tengah-tengah gosip tu suddenly black out ok. Ingatkan nothing happened, so continue gossiping. Tiba-tiba alarm bunyi. Aku dah macam neves, okay bukan 'macam' la but 'memang' neves dah sebab first time rasa macam tu. Before this just fire drill je kot, so tak rasa lah takut sangat. Hihi.

Lepas alarm bunyi tu aku pun siap lah nak balik sebab dah macam takut kan. So, keluar lah pergi ke lift, lift pula tak boleh guna then ada something turun dari bumbung tu. Aku lagi lah neves. Terus lari masuk office, haha sumpah funny at that time. Nasib tak ramai orang.


Dalam tu ada lift

Tak lama lepas tu terus decide nak turun guna tangga sebab ada annoucement mengatakan yang kejadian ni mungkin mengambil masa yang agak lama. Haih. Gelap kot tangga tu. Aku dah lah penakut. So, kugagahi jua. Haha jiwang jap.

Kau bayangkanlah turun dari level 32 sampai ground floor. Terbaeklah. Macam apa je sebab tak pernah exercise. Hehe. Menggigil dowh kaki aku. Parking kereta pula dekat level -4. Lagi 4 3 tingkat kena turun tangga. Sampai-sampai dekat kereta terus rest macam tak pernah rest. Penaaaaaaaaaaaaaaaatt sangat. Huhu. Lepas 30 min teus drive balik.

Fuhh lega dapat rest..


Unplanned to Genting

By Aisyah Rahim at Friday, June 24, 2011 3 suka menconteng =)
Hello & Happy Friday.

Rasa macam lama tak mengupdate blog saya yang sepertinya dah bersawang ni. Tapi bukan 'macam lama' tak update, 'memang lama' pun tak update. Lately busy sikit. Buat-buat busy ke betulbetulbusy ke just aku yang tahu. Haha. Sakit hati kan. Tak tak. Actually memang betul pun busy. Hari tu asyik balik rumah pukul 7 lebih. Penaaaaaaaaaaattt sangat.

Aku tak ingat dah bila kejadian ni berlaku tapi nak kata lama ke baru ke pun not very sure la. So, masa kejadian tu, yang terlibat dalam kejadian ni are me, Ayu and Munet. Semuanya 'tanpa dirancang, tapi seperti dirancang'. Hehe. Aku suka semua ni. Hihi. Aku suka berjalan-jalan seprti ini. So, malas nak story panjang lebar. Just layan the pictures. Kesian Munet coz jadik our (me & Ayu) photogrpher. Hehe. Thanks to Abang Munet. Nanti kau dah kawen, siapalah nak jaga kitorang lagi. Huhu.


On the way to Genting

Budak gedix

Bajet model
Kitorang tido dalam kereta je kot. Haha. Entah pape je. Lepas bangun terus jalan-jalan sekitar Genting. Masa tu jalan-jalan je. Hihi. Tak main game kat sana pun.

Adik beradik angkat. Hehe

Model lagi

Fees

Cover tapi tak jadik

Berlakon

Bagi peluang kat Munet

Breakfast pagi lepas bangun tido.

Setelah berulang kali naik turun escalator

Perasan nak jadi Super hero
Setelah penat-penat berjalan, we all turun dari Genting. On the way turun tu, Munet tanya ada apa dekat Gohtong Jaya sebab masa turun tu nampak signboard Gohtong Jaya. So, aku & Ayu pun cakap jom lah pergi sana tengok ada apa. Aku ingat tak ada apa pun. Tiba-tiba nampak strawberry farm, so ronda-ronda sana kejap. Best kan semuanya 'tanpa dirancang'. Hehe




Muka budak-budak gembira

At strawberry farm

Dapat berlakon makan berry je la..
Dah habis. Jom balik. Sampai rumah around 6 pm kot. Lepas hantar Munet dekat SK, aku & Ayu tersangkut jem. Hadoi. Thats whylah lambat sampai rumah. Lepas tu terus rushing sebab ada hal yang perlu disetelkan.

Till the next update. Hihi. Next trip Insyallah. Nanti I story ye if ada.

Tata
 

Aisya Rahim Copyright © 2010 Designed by Ipietoon Blogger Template Sponsored by Online Shop Vector by Artshare