Saya jual SeQy Beauty

By Aisyah Rahim at Thursday, August 20, 2015 0 suka menconteng =)
Assalamualaikum w.b.t

Yeah tengok tajuk pun mesti uolls dah tahu kan.

Yes memang aku jual produk SeQy Beauty. Aku merupakan salah seorang agen SeQy Beauty, stokis aku Ceera Noh ya kalau uolls nak tahu.

So meh nak cerita sikit pasal produk SeQy Beauty nih ye. Maksud aku produk-produk yang dikeluarkan oleh Seqy Beauty.

Dan saya juga merupakan pengguna tegar Seqy Beauty. Aku jual aku guna!!

1) BBCream SeQyBeauty

BBCream Seqy Beauty Hanya RM55 (SM) exc pos 

Fungsi-fungsi BBCream Seqy Beauty
Terdapat 3 code BBCream SPF30 15ml

2) Cleanser SeQyBeauty

Cleanser Seqy Beauty 60ml
RM45 (SM) exc pos 

3) Sakura Mask SeQyBeauty

Sakura Mask Seqy Beauty 

RM110 (SM) exc pos 

4) Skincare Set SeQyBeauty

Skincare Set Seqy Beauty
Day&Night Cream
Serum
Cleanser
Toner
So pada sesiapa yang berminat untuk mencuba Seqy Beauty ni, boleh roger aku ya

Macam mana nak hubungi aku?
Boleh whassap aku di 0196915304
Aku boleh COD area Hulu Langat, Ampang, Pandan Indah, area Menara TM, Kajang, Bangi serta kawasan sekitar yang berhampiran.

Berita baik untuk uolls is penghantaran seluruh Malaysia.
Yeayyy!!
Cumanya kena tambah kos penghantaran jelah ye.

Tapi tapi tapi uolls akan dapat gift tau. Best kan??!!

Apa tunggu lagi???!!
Jom order sekarang!!!!!!

Much much love



Bila hubby cuti sem

By Aisyah Rahim at Wednesday, August 19, 2015 0 suka menconteng =)
Assalamualaikum w.b.t,

Untuk pengetahuan korang, husband aku masih belajar PJJ. So sekarang ni beliau tengah bercuti. Cuti sem katanya. Hehe so adalah aktiviti berfaedah untuk kami sekeluarga.

Pagi-pagi tu buat bekal Ibrah then sesiap pegi hospital ada check up Ibrah di Ampang Puteri. Sebulan sekali macam wajib ke sini.

Dah lepas ke hospital, hubby ajak ke kedai makan sedara sebelah arwah ayah hubby. Rasanya sepupu hubby aku. Almaklumlah aku muda 5 tahun dari suami aku, so sepupu hubby haruslah tua sikit dari dia. Hubby aku pun anak bongsu dari 5 beradik, so banyangkanlah berapa umur sepupu-sepupu dia kan. Tak reti den nak cerita. Hehe

Kedai makan sepupu hubby aku di Bukit Changgang, Kuala Langat. Berhampiran dengan kilang kertas dan power plant. Nama kedai dia Mai Chek Mai. Dekat je dengan trafik light kat situ.

Laksa Utagha

Nyum-nyum sedappp

Mai Chek Mai

Hubby dengan anak kazen beliau. Dah nampak sama usia jer kan.

Budak tecit yang ngengada harini

Setel gi jalan ke sana. Alhamdulillah sampai juga aku ke sana. Hubby aku jarang ada kesempatan nak bawa aku ke rumah sedara  sebelah arwah ayah beliau. So bila dapat pergi rasa best.

Lepas tu hubby kata jom pergi jalan Bagan Lalang. Dah dekat katanya. Kekunun nak bawak parents aku mai sini hujung bulan ni. Kebetulan parents aku nak mai hantar adik aku kat MFI. So dengan besar hatinya hubby cakap jom survey dulu tempat sambil makan angin di tepi pantai. Sampai kat Bagan Lalang dalam pukul 4 lebih camtu. Panas sikit-sikit. Nak tunggu lama tak larat sebab mengantuk yang amat siap tido dalam kereta. Tak boleh blah. Haha

Budak tecit penat main dalam kereta

Sayang dia

Ummi nak posing jap ye

Baba mesti failed bab posing

Eskrem durian. Musang king. RM5. Rasa durian sangat-sangat. Sedap!

Ada orang jual manggis, beli manggis sebab hubby teringin

Budak tecit lepak tepi pantai

Layan jelaaa

Ummi selfie tepi pantai

Air baru nak pasang

Disebabkan cuaca sedikit panas, kami menghadap sebelah kedai-kedai. Haha

Dah tak banyak kedai

Ramai jugak yang jalan-jalan kat sini

Merangkak je kejenya. Tapi bila sampai terkena pasir dia pandai stop sebab geli-geli kot. Haha

Lepas Gold Coast tu ada lagi pantai ye. Kat sini ramai orang mandi manda.

Happening kat sini

Ada Go Cart. Tapi tak main pun. Lalu je

Tengok orang main Go Cart

Bagan Lalang Beach

Budak tecit yang suka main dalam kereta

Yeah ummi selfie lagi
Dah jom balik! Penat sangat! malam relaks jer kat rumah...


Chocofull dari Teratak Jamu

By Aisyah Rahim at Tuesday, August 18, 2015 0 suka menconteng =)
Assalamualaikum w.b.t

Haritu ada scroll kat FB tetiba ternampak Chocofull ni. So ingat nak try. Baru tengah consume 1 botol yang kuantitinya 300g.

Tapi aku ni tak berdisiplin tinggi. Takpelah kita tengok hasilnya ya. Sekarang berat aku 73.3kg. Tengoklah turun banyak mana nanti.

See berat sangat ni. Lepasni kena banyak minum air masak. Opsss tengah taip ni baru teringat tak minum air masak lagi. Jom minum air masak.

Chocofull
 Belum cuba belum tahu
Dah cuba nanti baru tahu





#Throwback: Potluck Raya Lagi & Doa Selamat

By Aisyah Rahim at Tuesday, August 18, 2015 0 suka menconteng =)
Assalamualaikum w.b.t,

Yeay ada potluck raya lagi. Bukan setakat potluck raya sahaja, kami turut meraikan bakal-bakal jemaah haji yang akan pergi menunaikan ibadah haji tak lama lagi. Semoga peroleh Haji yang Mabrur. Insha Allah...

Kali ni aku just bawa simple gila. Haha just sayur, susu pekat & susu cair. Simple kan? Kenapa aku bawa barang simple cenggini?

Nak tahu apa menu potluck raya kali ini?
Yeah jom meh nak cerita sini.

Berikut adalah menu raya kali ini. Aku kena bawa yang ada nama aku je tu. Hehe
  1. Nasi Lemak
  2. Ayam Goreng
  3. Air - Aisya
  4. Buah
  5. Kuih Seri Muka
  6. Mangkuk,Cawan, Sudu, garfu
  7. Steamboat

a.       Chicken Ball / Fish Ball/crab stick/ Fish Kek/ Dan Lain2
b.      Sayur Kangkung / Sawi (putih)  /Brokoli / Cauliflower - Aisya
c.       Maggi / Mee Cintan / Bihun
d.      Telur Ayam
e.      Tahu
f.        Perencah Tom Yam Kiub
g.       Sos
h.      Udang/Sotong
i.         Hotdog
j.        Senduk



Haaa.... Meriah tak meriah tak menu weolls. Meriah sangat tau. Selalunya kan menu raya nasi minyak lah, ketupat lah dan seangkatan dengannya.

Tapi menu weolls steamboat. Ini kira main menu jugak lah selain nasi lemak. Semua menu pun win sangat.

Dan tanpa takanak tulis panjang lebarnya jom layan gambar potluck raya kali ni.

Nasi lemak

Bahan nasi lemak

Air siarap lemon (Belum letak ais lagi time nih)

Bahan-bahan steamboat uolsss!!

Steamboat tomyam walaweh

Macaroni

Kuih muih

Kuih dan muih lagi

My Nasi Lemak. Portion nak diet kunun

Ada lagi makanan yang tak sempat di snap termasuklah beberapa jenis kek dan sebagainya.... Banyak tak terkata. Alhamdulillah rezeki....

Tugas tambahan aku kali ni ialah meng'refill' kuah steamboat. Lajuuuu kemain semua orang makan steamboat. Haha. Layann

Ni pulak jemputan yang datang termasuklah geng-geng kitorang sebagai tuan rumah.
Bacaan Doa

Tunggu tetamu datang

Ucapan sempena Bos nak menunaikan Haji (Yang bertudung hijau tu)

Jom makan

Makan yokk

Officemate ku

Gegar vaganza

Bersama Kak Norli
Ramai lagi tetamu yang hadir tapi ai is malu nak snap sebab ada yang muka-muka baru dan tak berapa nak mesra sangat. Hehe.

Alhamdulillah majlis berjalan lancar. Nasi lemak licin... Bahan-bahan steamboat ada lebih sikit dan masing-masing bawa balik. Boleh sambung makan kat rumah pulak kan.

Ok tu je cerita Jumaat lepas.


 

Aisya Rahim Copyright © 2010 Designed by Ipietoon Blogger Template Sponsored by Online Shop Vector by Artshare