Sorry..

By Aisyah Rahim at Sunday, December 26, 2010 0 suka menconteng =)
Salam to all my lovely readers,

Thanks semua yang sudi terjah, visit and read blog yang tak seberapa ni.

Lama saya tak hupdate blog ni. Bukan apa, saya tak sempat nk buka blog saya ni. Saya betul-betul sibuk sangat dengan kerja-kerja yang tak pernah nak stop given by lecturer. Saya rasa semua yang baca blog saya ni tau kan yang saya sekarang tengah further study. Bukan nak buat-buat busy tapi saya sangat busy. If ikutkan hati, nak hupdate blog ni 24 hours 7. Ha kau. Tapi tulah, 1 hari=24 jam. Rasa-rasanya tak cukup dah sekarang. Saya nak 1 hari=berjuta million jam. Boleh? Haha melampau nyah.

Next, Thanks kepada yang sudi menyiggahkan diri ke blog ini. Hasrat hati nak singgah balik blog-blog korang. Sumpah nak terjah jugak blog-blog lain macam selalu I buat dulu. Seronok tau baca-baca blog orang. Interesting sangat. Tapi apakan daya nak buka blog sendiri pun saya tak sempat. Nak sentap la cenggini. Huwaaaaaaaaaaaaa T_T Sorry ye semua sebab tak dapat membalas kunjungan korang. Sorry sesangat. Nanti sempat and ada masa, I singgah yer. I try to do that, promise!

Now I am busy with a lot of assignment, tak kiralah individual or group, test lagi plus quiz. Erkkkk. Fengsan nyah. =( I nak free macam dulu. Nak makan tidur, bangun, enjoy plus makan and everything and also doing nothing. Best oohhhh. Heeee.

Okaylah, saya perlu cepat ni. This is just a quick update. Hope you all enjoy your day okay. See you in next entry. Perhaps. =)  

Untitled

By Aisyah Rahim at Tuesday, December 07, 2010 2 suka menconteng =)
Ya Allah..
Jauhkanlah hambaMU ini dari rasa seperti ini..
HambaMU ini tidak kuat lagi untuk menahan apa yang dirasa..
Sudah puas hambaMU ini menahan setiap rasa yang dirasa..
Bila pintu kebahagiaan akan ditemui?

Nafas hambaMU ini selalu sahaja sesak dengan semua yang selalu terjadi..
Jauhkanlan hambaMU ini dari insan yang mempunyai niat yang tidak baik ke atas hambaMU ini..
HambaMU ini sangat takut untuk menerima sesiapa sahaja yang membuatkan hatinya selalu tersentuh..
Jauhkanlah kasih sayang yang palsu dari hambaMU ini..
Sesungguhnya hambaMU ini hanya mahukan kasih sayang dan cinta yang sejati dan hanya keranaMU Ya Allah..

Ya Allah..
Kuatkanlah hati hambaMU ini dengan setiap dugaanMU..
Berikanlah hambaMU ini kekuatan seperti sebelumnya..
Mana hilangnya kekuatan hambaMU ini?

Ya Allah..
Janganlah Kau jauhkan kenahagiaan dari hidup hambaMU ini..
HambaMU ini hanya mahukan kebahagiaan seperti hamba-hambaMU yang lain..
Singkirkanlah rasa yang menyesakkan ini kerana ianya sering mengganggu kisah hidupku seharian..
Seringkali dirasakan yang diri ini selalu di dalam kesuraman..
Buangkanlah kesuraman yang ada..
Kerana hambaMU ini hanyalah seorang insan biasa yang juga memerlukan kasih sayang dan cinta sebenar..

The Most Beautiful Asmaul Husna (Siti Nurhaliza)

By Aisyah Rahim at Tuesday, December 07, 2010 0 suka menconteng =)

After watch Dakwah Muharram at TV3 last night, I just fall in love with this nice song.

Stress

By Aisyah Rahim at Monday, November 22, 2010 0 suka menconteng =)
Hai frens.
Lama sangat tak update blog ni. Rindu masa-masa terluang untuk update blog. Huwaaaa. Dulu nak sangat busy kan, hambik kau dah busy nak bising-bising pulak. Padan muka. Nak sangat, accept jela.

Now nih almost busy everyday. More assignment and case study to come. Adoi. Dah lah group dengan Iran's student. Memang mencabar punyalah wa cakap lu. Half of the class are from Iran. Mau tak gila. Dengan soalan yang pening-pening lagi. Tak suka. Pasal cuti raya haji pun diorang nak argue. Please la. Ni our country okay, is not yours. So accept jela. Banyak songeh betoi. Stress I.

Ni pun tengah dok menghadap article yang panjang berjela kot. Case study lagi. Dengan kena buat mind map lagi. Tak suka.

Saya kan ingat kan nak buat part time job la sebab nak earn some money. Any idea?

Random of my heart feeling

By Aisyah Rahim at Tuesday, November 16, 2010 0 suka menconteng =)
Hai, lately ni lama sangat tak update. Bukan apa. Busy sikit dengan class and assignment. Everyday ada class except on Saturday. Gila cool kan my class. So kepenatan. But i really like that busy. Seriously like. Sebab before this asyik duduk saja je. Sekarang dah start busy jadi suka sangat sebab tak adalah nak fikir benda-benda tak penting tu.

Assignment dah banyak yang mendatang. Class accounting, marketing and organizational management saya dapat catch up la but finance is very hard for me because long time i never use calculating and what not which related to calculation and formula. Oh sangat menduga kesabaran dan keimananku. Haha. But sometimes I used to enjoy this class because of this lecturer. Saya suka sebab kebaikan dia. Aiceh walaupun dia agak berumur sikit. Haha. Ok ok please be focused okay. Dont dreaming.

Esok nak balik Kedah lagi for Raya Haji. Actually dah balik pun last week. Hari Khamis malam bertolak balik then Sabtu malam balik KL. Dah lah flight delayed. Entah apa-apa Air Asia ni. Nasib baik delayed 30 minit je. If tak mahu aku angin satu badan. Ahad tu class pagi kot. Dengan tak cukup tidurnya. Orang ambil lambat lagi dekat LCCT. Malam kebengangan sungguh. Hish. Tapi nasib baik ada orang ambil. If tak mahu stress satu hari.

Hari Sabtu hari tu ada exam PTD. Rasa macam boleh jawab tapi tak tahulah dapat ke tidak. Haha. Dah lah tak prepare kot. Main pergi test je. Tak ada mood langsung okay. Dengan pikir family problem lagi. Adeh. Stress mak.

Ni dok depan netbook and sebelah ni ada 2 assignment yang perlu diterokai. Haha. Chaiyok2.

Okaylah. Goodnite all. Have a sweet dreams everyone.

Rindu

By Aisyah Rahim at Monday, November 08, 2010 0 suka menconteng =)
Wah rasanya lama sangat tak update blog ni. Dah banyak sawang sana sini. Sedih la. Banyak kekangan bila nak update. Internet tak adalah, busylah, tak sempatlah dan yang paling best sekali sebab malas nak update. Actually banyak benda kot nak update. Tapi bila lama tak update jadi lupa nak update apa. Saya boleh story one by one tapi dengan cara yang paling ringkas la. Huhu.

1. 2 minggu before end of October rumah saya ada sedikit kenduri doa selamat dan kesyukuran sempena my parents dan tok nak berangkat ke tanah suci yang pada mulanya dijadualkan 31 October 2010 but delayed to 5 November 2010.
The day before they go
2. Busy with preparation for Master of Business Administration (MBA) in UKM. So now saya sedang further study di UKM dan sekarang saya rasa sangat suka dengan business field. Masa Bachelor dulu I was in IT field. But now I have IT and business field. Sangat suka sebab campur dengan so many people from other country like Iran, China and Indonesia. Sekarang saya rasa more confident to communicate with anybody. So thats why lah agak busy sikit dan dah makin busy banyak. Hehe.

3. Busy dengan case study dan assignment yang ada kena buat mind mapping. Huh sangatlah stress gila bila pikir nak buat mind map. Susah tau. Saya sangat tak suka buat mind map. Tapi sekarang benda ni jadi sangat wajib okay. Stress mak!

4. Kena jadi ketua keluarga sekejap untuk adik-adik saya sebab parents saya sedang menunaikan ibadah.

5. Cuba jauhkan diri ni dari perasaan homesick dan rindu dekat rumah dan family.

6. Jatuh cinta sekali lagi sangat sukar dan tak mahu mengharap buat benda yang belum tentu pasti. Serik dan serik dan serik. So, saya biasa-biasa je dan masih single and available. Dan parents saya sangat risau tentang jodoh saya sekrang dan ini semua menstresskan saya. Sangat stress okay. Saya tak nak fikir pasal jodoh pun lagi.

7. Sedang cuba mengelakkan benda yang perlu dielakkan dari hidup saya.

8. Takut sangat bila diri ini menjadi terlalu boros dan ini semstinya normal bagi seorang perempuan.

9. Seronok dapat new friends and new roommates.

10. Happy bila bersama.

11. Cuba menjadi matang seperti yang sepatutnya dan mengikut tempat.

12. Cuba arrange masa untuk jumpa semua orang yang saya kena jumpa.

Haaa. Dah tak tahu nak tulis apa lagi. Banyak sangat nak list update ni. Tapi tak tertulis sebab banyak sangat if nak listkan.

Okaylah, gotta go to do mind mapping. Dah nampak macam-macam dalam kepala ni. Tak nak stress-stress.

Selamat malam my sayang-sayang readers. Mmmmuahhxx! =p

Bukan ku tak mahu

By Aisyah Rahim at Wednesday, October 20, 2010 1 suka menconteng =)
Wah rasa macam dah lama tak masuk blog ni. Huhu. Bukan apa, hari tu memang tak sempat nak memandang blog ni sesangat. Banyak benda yang berlaku sampai tak sempat lah. Tapi nanti bila waktu dah mengizinkan saya will update ye fren. Lagipun sekarang ni saya agak serabut sedikit memikirkan masalah yang perlu diselesaikan. Masa dah tak cukup dah tapi banyak benda perlu dibereskan. Haih. Penat otak.
Doakan saya ye.

Thanks. Love you all. =p

Tak tahu nak letak tajuk apa

By Aisyah Rahim at Monday, October 11, 2010 0 suka menconteng =)
Seronok dapat present sampai banyak macam ni
 Saya jeles! Jeles! Huhu. Saya pun nak hadiah banyak macam ni. Ye bagi sesetengah orang banyak ni taklah banyak sangat kan. Tapi birthday saya pun tak dapat bayak macam ni. Ni hadiah yang mu mom dapat semalam. Semalam adalah last day dia di sekolah lama sebelum dia ke sekolah yang baru hari ni. Saya yang excited nak buka hadiah tu semua.

Ada sesiapa ke nak bagi saya hadiah untuk birthday saya yang dah makin hampir ni? Silalah jangan malu-malu haha. Padahal saya yang tak malu. Ingat 21 october tau. Kesian saya. Dah lah tak ada someone special yang nak bagi hadiah. Huhu.

Semalam saya dah try drive kat kawasan rumah. Haha. Sumpah kelakau! Enjin asyik mati. Semalam bawa manual hari ni try auto pulak. Aiyok! Now ni every night will be my tutorial class for driving. Haa, nampak sangat macam mana lah saya dapat lesen kan. Hmmm. Semalam jugak saya belajar isi minyak. Semua orang tengok, malu I. Ish. Tapi takpe, practice make perfect right? Hee

Saya dah mula neves dah ni. Start 31 october ni my parents dah nak berangkat pergi menunaikan fardhu haji di Mekah. Tinggal saya berdua dengan adik. Semua kena buat sendiri. Thats why saya kena pandai dan cekap driving sekarang. Takkan nak duduk rumah aje. Gila ah bosan.  Bila driving insyaallah senanglah sikit nak bergerak balik kampung ke kan. My mom pun dah risau if saya duduk rumah je dengan adik. Apapa jadi siapa nak tengok. Saya risau bila malam je, siang tak apa lagi. Risau risau risau. Fenin fenin fenin. Sedih pun dah mula terasa bahangnya. Huwaaaaaaa. T_T

Hari Sabtu ni Insyaallah ada sedikit majlis doa selamat dan kenduri kesyukuran sempena my parents nak berangkat ke sana. Nasib baik catering, so tak payah buat kerja. Hihi. Pemalas kan. Next week nya majlis di rumah tok. Sehari selepas birthday saya means that 22 october la majlis tu.

Okaylah tu aje update buat masa ni. Update bila ada mood nanti ye.

Tata.

Random feeling

By Aisyah Rahim at Sunday, October 10, 2010 0 suka menconteng =)
Sehari dua ni saya asyik nak senyum aje. Hehe. Tapi tak mahu terlalu happy. Takut sangat Tuhan tarik balik happiness tu. Saya harap semua ni berkekalan. Amin. =)

Kalaulah ini titik permulaan untuk kebahagiaan saya, saya terima dengan redha. Tapi saya nak berlagak seperti biasa je. No more no less. Insyaallah. Sebab sometimes we dont really know when it comes. So just let it be.

Saya tak nak terlalu tergesa-gesa dalam apa yang saya buat. Dan apa yang saya buat selalu saya meminta diberi petunjuk oleh-Nya. Semoga saya selalu berada di dalam jagaan-Nya. Tak nak tersilap langkah lagi dah. Slow-slow ye. Kalau bukan yang ini mungkin yang lain. So, just be positive in whatever kinda problem. Kalau boleh saya tak nak mengganggu kebahagiaan orang lain yang sedang mengecapi kebahagiaan mereka itu kerana saya tahu betapa sakitnya bila mengalami kesedihan. Kan kan?

Ni bukan nak buat ayat jiwang tapi saya tak rasa ni macam jiwang cuma luahan perasaan saya tatkala ini. Hehe. Apapun saya nak pesan supaya jangan kita terlalu terburu-buru untuk mengecapi kebahagiaan masing-masing. Insyaallah kebahagiaan itu akan datang dengan sendirinya. 

Happy melambung-lambung

By Aisyah Rahim at Saturday, October 09, 2010 0 suka menconteng =)
Tadi saya just baring-baring while waiting for my parents to come back from bacaan yassin di masjid berhampiran. Thought dapat teman my mom ke sekolahnya untuk kemaskan barang-barang kan nak pindah sekolah lain dah. Tapi ada majlis sikit dekat masjid tu so my mom cakap tak jadi nak saya temankan. So continue baring-baring dengan perasaan bosan. Jangan ingat saya asyik baring je ye. Tadi pagi penat mengemas dan membasuh. See saya sangatlah rajin. =p

Tiba-tiba i received a call from someone yang dah lama saya tunggu-tunggu selama ni. Ingat lagi 2 entry saya pasal menunggu seseorang tu? Here kalau tak pernah baca sebelum ni or even you all dah lupa : click sini dan sini. Mula-mula dia call just cakap dia tu kawan saya masa belajar dan grad sekali. Saya macam dah recognise dia punya suara. Tapi nak pastikan betul-betul then i tell dia punya nama (Kenapa tak nak cakap his/her ada sebabnya ye. Sorry.). Nervous gila kot tadi. Happy jugak ada. Tak sangka sangat-sangat. Macam mimpi jugak ada tapi itulah realiti. Dia cakap handphone dia hilang. Bersyukur sangat usaha saya selama ni berbaloi. Thanks to my lovely cousin yang bagi idea tu jugak. Kalau tak, entahlah.

Lama jugak we all chit chat on the phone then cerita sikit-sikit pasal dia dan saya. Happy tu sangatlah tak tergambarnya. Keajaiban itu mungkin akan berlaku sesekali. Percayalah. Tuhan dah tentukan segalanya.

Mode : happy tapi tak nak happy sangat. Tak sabar nak balik KL. =p Hope everything gonna be fine after this. Amin.

Aku merinduimu

By Aisyah Rahim at Saturday, October 09, 2010 0 suka menconteng =)
Dulu saya ada dia. Saya kenal dia since my secondary school. Masa tu saya tinggal di hostel. Tapi tak ingat masa form berapa kenal dia betul-betul dengan rapat sekali. Haha masa dulu-dulu dia lah rakan dan sahabat. Buat jahat sama-sama. Seriusly kitorang pernah kuar ikut pagar belakang sekolah berdua je sebab nak beli makanan. Lapar sangat kot malam tu. Sampai dikejar oleh lelaki. Berlari-lari kitorang sambil membimbit beberapa bungkus nasi yang dipesan oleh kawan-kawan yang lain. Gila ahh masa tu. Lapar punya pasal sanggup keluar ikut pagar belakang tapi we are so lucky sebab tak ada warden yang tahu. Fuhh. Actually banyak lagi kitorang pernah keluar ikut pagar tepi dan depan. Tapi masa siang la lepas sekolah. Tapi pernah sekali je kantoi. Huish. Apalah saya ni tak nak ingat lagi. Tak suka.

Okay sebenarnya nak cerita pasal someone that i really miss gila tak tahu nak cakap macam mana. Masa sekolah dulu dengan dialah yang saya paling rapat. Rakan tidur dalam kelas. Semua cikgu dah tahu. Haha. Nakal. Biasalah budak asrama. I know semua orang yang tinggal di asrama semua sama je. Kan kan? Jangan tipuuulahh!. Hehe.

Last saya jumpa dia pun secara tidak sengaja. Masa tu tahun 2007 kalau tak silap. Saya dekat stesen lrt Masjid Jamek kot tak ingatlah. Tengah tunggu train sambil sembang-sembang then terpandang dia. Sumpah tak percaya masa tu. Sangat tak sangka dan memang tak tersangka lah. Haha. Rindu sangat masa dengan dia. Masa lepak dekat rumah dia. Masa dia datang tidur rumah saya. Dia pakai baju sekolah saya dan ikut saya pergi sekolah saya sebab tu saya dah pindah sekolah sebab tak sama sekolah dengan dia dah lah. Sediihhh. =.=

Baru-baru ni saya try call dia punya no phone. But its not her. Means that dia dah tak pakai no tu lagi. Last yg saya tahu dia dah nak kerja dah. Saya nak sangat jumpa dia. Tak tahulah nak cakap macam mana. Bila bukak almari tengok ada benda yang she gave to me. Tapi ada yang dah hilang sebab adik saya lah main-main masa saya tak ada di rumah. Korang pun mesti teringat lagi kan masa korang sekolah-sekolah dulu. Best kan zaman kenakalan dulu. Dulu kitorang ada kakak angkat tau. Hehe biasalah girls school. Bila dia jumpa kakak angkat dia saya ikut dan begitu jugak dengan dia.

Saya tak suka bila lost contact dengan kawan-kawan sekolah lama dulu. Saya nak always keep in touch. Kita banyak tahu erti persahabatan masa di sekolah la kebanyakannya. Kan? Masa tulah susah senang sama-sama. Tapi even saya tulis entry ni mesti dia pun tak tahu. Tapi kalaulah dia rajin nak membaca blog-blog dan terjumpa blog saya, ketahuilah yang aku sangat rindu dekat hang Noor Ilyana.

Salah satu benda yang dia beri
Dia buat dua tau note ni. Satu untuk dia dan satu untuk saya.

Okaylah. Kenapa saya selalu merindui orang je lately ni. Haih.

Faizal Tahir - Hanyut

By Aisyah Rahim at Saturday, October 09, 2010 0 suka menconteng =)


Suka sangat dengan this song. Sedih aje bila dengar. Sob sob sob =.=

Tujuan Saya Berblogging

By Aisyah Rahim at Friday, October 08, 2010 2 suka menconteng =)
Hai everybody!! How are you today? Hopefully you are doing fine and same goes to me. Hehe. Saja nak mengisi masa lapang yang ada sebelum tidur ni. Sebenarnya dah lewat pagi ni. Mata ni tak nak terlelap. So saya saja nak story-mori kenapa saya berblog ni. Saya pun tak tahu kenapa saya mula berblog ni dan bagaimana saya mula terjebak dengan dunia blog ni. Kalau nak ingat-ingat balik jadik panjang ceritanya. Malas nak ungkit cerita lama cewah. Haha.


By Mr. Google
Dulu saya start berblog pun guna blospot ni rasanya then tukar kejap guna wordpress then tukar balik guna blogspot. Tu pun ada banyak accout tapi dah tak guna dah yang lain. Itupun atas sebab-sebab tertentu jugak yang malas nak diexplain disini. Bila saya buat email yang saya guna sekarang ni, saya terus buat blog ni. Dalam banyak-banyak blog yang pernah saya ada sebelum ni kan saya paling sayang yang ni tau. Tak tahulah kenapa saya sayang sangat dengan blog yang ni satu je. Mungkin jugak sebab blog ni guna nama saya sendiri dan blog yang sebelum-sebelum ni guna nama apa-apa entah. Haha.

Asalnya saya create blog ni senyap-senyap je tanpa bagitahu kawan-kawan saya. Saya kalau boleh tak berapa suka orang tahu pasal apa yang saya tulis dekat blog. Pelik kan. Maybe sebab saja suka-suka je nak berblog dulu. Tapi tulah, lama kelamaan saya pun tak tahu macam mana kawan-kawan saya tahu. Hehe. So saya biarkan aje orang nak tahu pun.

Dulu saya pernah privatekan blog saya ni atas sebab-sebab tertentu jugak. Sebab saya rasa biarlah blog ni jadi diari hidup saya seorang tapi bila fikir-fikir balik buat apa nak privatekan kan. Biar di publickan je. Boleh share pengalaman and something good with you kan.

Actually saya tulis blog ni saja je nak mengisi masa lapang yang tersangatlah lapang sekarang. Hehe. Seronok jugak writing for blog ni. Eventho i am not an author tapi ada jugak orang yang sudi baca hasil penulisan saya yang entah apa-apa dan tak menyumbang pun. Anyway, thank you guys. Sayang korang. Mmmmuahh! =p

Sometimes when i feel so sad i want to share my sadness to others too. Sebabnya saya tak nak sedih sorang-sorang. Dulu saya tak nak cerita sedih-sedih dekat blog ni sebab tak nak blog ni disurami dengan sadness. Tapi apa salahnya share kesedihan tu dengan kawan-kawan sebab at least kurang sikit beban yang ditanggung tu kan. Pasal kegembiraan saya pun saya akan publish jugak. Depends la. Okay.

Seronok jugak bila berblog ni sebabnya boleh kenal ramai orang dan kawan baru melalui alam maya ni. Kan kan? Bila dapat kawan baru boleh meramaikan kawan-kawan yang ada. Sesiapa yang sudi menjadi kawan saya thanks ye. Mungkin kadang-kadang saya ni tak pandai nak menghargai kawan. Saya tak nak tersilap dan terkurang dan terlebih langkah dalam persahabatan. Saya tak nak orang salah anggap dengan erti nilai persahabatan. Eh dah lari tajuk pulak. Ngee. Sorry. =)

Bila saya terbaca something interesting kat mana-mana saya rasa macam nak share dekat sini. Saya nak korang pun dapat apa yang saya dapat tak kira lah dari manapun. Sharing is caring rite? So lets share something after this. Jangan kedekut-kedekut ilmu. Tak baik. Tuhan marah tau.

Yang paling saya suka nak tulis dalam blog ni sebenarnya pasal kehidupan seharian saya. Tapi tak naklah everything yang saya buat tu saya tulis dekat sini. Tak manis jugak kan. Nanti bosan korang baca. Hehe. Saya pun bosan jugak. Tapi kan saya ni style malas nak tangkap gambar sangat sebab tu blog ni tak banyak gambar. Kalau betul-betul rajin dan mood tu ada, saya snaplah dan publish here. Serius memang saya ni pemalas habis. So biarin aja dong! Hehe.

Dan tujuan sebenar saya berblog malam ini adalah untuk memberitahu korang semua yang birthday saya dah tak lama. 21 oktober ni. Haa besar kau. Bila sampai tarikh ni genaplah usia saya 23 tahun. See dah tua kan saya. Bilalah saya nak kahwin ni? Nanti tua-tua sangat tak ada orang nak macam mana? Haha. Takpe-takpe rileks la. Jodoh tak ke mana. Apapun saya nak menunaikan kewajipan saya dulu. Baru nak fikir soal tu. Haha. Sumpah dah lari tajuk ni. Ok fine, sebelum umur saya 23 tahun ni banyak pengalaman gembira dan sedih yang saya lalui. Semua ni membuatkan saya menjadi lebih kuat. Insyaallah. Kadang-kadang orang tengok kita dari luar macam tak ada apa je, tapi di dalam hati ni tiada siapa yang betul-betul memahami melainkan saya sendiri dan Allah Yang Maha Mengetahui. Apa yang lebih penting disini kita kenalah menjaga hati dan perasaan kita sendiri dahulu sebelum orang lain sebabnya walau apapun yang terjadi kita sendiri yang akan menanggung semua tu. Kan? So, lu fikirlah sendiri seperti kata Nabil Raja Lawak tu.

Okaylah ada masa kita berjumpa lagi di lain masa. Hehe. Mesti bosan kan baca panjang berjela macam ni kan. Boleh mengantuk saya yang menulis ni pun. But while listening musics i can't sleep at all. All my roomie knows that i guess. Haha. Kesian diorang. Sorry ye my ex-roomie masa study dulu. Kesian korang yang baca entry saya ni yang taklah panjang sangat ni tapi sangatlah merapu ye. Haha.

So, till later. Good nite and sleep well tonite.

Buat si jejaka

By Aisyah Rahim at Wednesday, October 06, 2010 0 suka menconteng =)
Malam ni saya rasa sayu dan sedih dan macam-macamlah. Tak tahu kenapa. Mungkinkah sebab sesuatu tu. Hmm. Bila fikir-fikir balik tak guna pun nak kenang ke nak ingat ke nak apa ke. Tapi ada sebabnya yang tersemdiri kenapa saya rasa macam ni.

Ya lelaki. Lelaki dan lelaki. Mungkinkah semua lelaki sama ha? Maaf ye lelaki-lelaki semua. Tapi memang mahu berbicara soal lelaki. Memang saya tak faham dengan lelaki ni. Susah kot nak memahami lelaki. Apa yang lelaki ni nak dalam hidup diorang sebenarnya? Tak pernah cukup dan tak pernah bersyukur mungkin. Tapi saya kurang pasti semua lelaki sama ke tak. Ini dari sudut pandangan saya saja. Kalau salah harap maaf lah ye.

Tolonglah wahai kaum lelaki ye. Fahamilah perempuan kerana mereka ini sangat lemah sebenarnya. Mahi disayangi dan begitu juga dengan lelaki kan. Bagi saya lelaki ni peliklah. Diorang ni nak perempuan dengar je cakap diorang. Tak suka. Ego tu tinggi sangat.

Ada macam-macam jenis lelaki yang saya pernah jumpa. Ada yang buat saya jengkel, geli, menyampah dengan perangai diorang. Kadang-kadang saya fikir perlu ke korang buat macam tu? Tak ada makna pun rasanya. Buat benda-benda yang diluar jangkaan perempuan itu sendiri. Dan tolonglah jangan terlalu selfish ye. Please lah bertolak ansur. Takkan kemananya kalau korang terus nak ego macam tu.

Tak. Saya bukan benci lelaki. Serius tak. Tapi saya tak berapa suka dengan perangai lelaki-lelaki sekarang ni. Please lelaki-lelaki ubahlah perangai korang. Sesungguhnya seseorang perempuan itu mudah untik menyayangi seorang lelaki. Berubah untuk suasana yang lebih ,enyenangkan apa salahnya ye tak? Berbaloi-baloi lagi adalah.

Tak nak cakap banyak. Please kaum lelaki jangan salah faham dengan entry ni. Think positive to get what you want.

Thats all. Sebenarnya ada lagi. Tapi kita cakap sikit-sikit dululah. Cakap banyak-banyak pun kadang-kadang orang baca tak habis. Kan? So, till then.

Tata. Lepas baca harap jangan disimpan di dalam hati. =)

Sharing is caring kan.

By Aisyah Rahim at Tuesday, October 05, 2010 4 suka menconteng =)
Hari saya bertungkus lumus menghabiskan puasa enam yang dah tergendala disebabkan hal-hal yang tertentu. Mohon sempat untuk menghabiskan. Lagi tiga hari saya patut puasa. Sedih kan buat akhir-akhir ni. Dah rasa lain macam je. Hehe. But its okay.

Okay lepas bukak puasa dan solat Maghrib tibab-tiba mood rajin tu datang. Pergi cari buku-buku ilmiah untuk dibaca. See. Saya memang rajin kan? So, cepat tepuk tangan pada saya. Hehe. Kembang setaman la. Alaa, bila sebut 'kembang setaman' teringat seseorang. Okay sambung hal sebenar. Actually I want to share something with you guys. I got it from this book. 'La Tahzan | Jangan Bersedih'. Banyak manfaat saya perolehi daripada membaca buku ini. Kalau korang nak tahu, my mom ni suka sangat membaca. Banyak gila kot buku-buku dekat rumah saya. Boleh dikatakan rumah ni semak dengan buku je. Tapi kadang-kadang best jugak bila bosan boleh selak-selak sambil dapat ilmu sedikit pun jadilah. Haaa gitu.

Apa yang saya nak share di sini ialah janganlah kita sentiasa mengingati masa lalu kerana jika kita selalu memikirkan masa lalu, kita seperti orang bodoh dan mensia-siakan masa kita. Mengingati masa lalu jugak merupakan sebuah pembunuhan terhadap satu cita-cita. Ha fikirlah. Betul tau. Kalau kita asyik fikir masa lalu kita, kalau masa lalu kita penuh dengan kesedihan susah untuk kita bangun untuk membina cita-cita dan masa depan kita. Simpan masa lalu tu dalam sebuah file dalam otak kita ni rapat-rapat dan kunci tanpa buka balik. Tapi kadang-kadang bolehlah kita selak-selak balik untuk direnungkan sebagai pengalaman dan pengajaran. Tak salah cumanya jangan selalu. Ingat tu kalau nak terus maju. Korang pun selalu praktis tau. Jangan diingat sangat masa lampau yang mungkin sedih tu. Memanglah sedih tapi janganlah dilayan sangat perasaan tu. Kalau hari-hari melayan perasaan tu mahu kau meroyan.

Then habis satu tajuk ni saya selak-selak lagi. Terjumpa satu hadis ni. Sesuai untuk orang yang mungkin bercinta. Ada betulnya ye hadis ni.

"Cintailah kekasihmu sekadarnya saja dan jangan berlebih-lebihan. Mungkin boleh jadi suatu hari dia akan menjadi orang yang paling kamu benci. Dan bencilah kepada seseorang sekadarnya saja dan jangan berlebihan, kerana boleh jadi suatu hari dia akan menjadi kekasihmu yang setia".

Kita macam pernah dengar kan seperti kata-kata dalam haids ni. Selalu je saya dengar dulu. Memang betul pun jangan nak sayang seseorang tu lebih-lebih dan jangan benci seseorang tu lebih-lebih. Bahaya.

Okaylah, tak boleh ceramah panjang-panjang nanti jemu. Hehe. Kalau ada apa-apa yang saya baca itu menarik untuk dikongsi, saya kongsi dengan korang ye. Sharing is caring rite? So renung-renungkan dan selamat beramal.

Anda buat anda dapat. Ewah! Haha

Dunia Akhir Zaman

By Aisyah Rahim at Tuesday, October 05, 2010 0 suka menconteng =)







Nauzubillah. Bila tengok video ni telah banyak menyedarkan saya. Rasa diri ni kecil sangat. Ambillah iktibar dari apa yang telah berlaku dan berlalu. Bandingkan dengan apa yang telah kita pelajari selama ini dari kita kecil. Rasa seperti diri ini ditipu hidup-hidup juga.

Oleh itu, fikirlah dengan sebaik-baiknya.

What actually I was waiting for

By Aisyah Rahim at Monday, October 04, 2010 0 suka menconteng =)
Semalam tak boleh tidur. Huhu. Hari ni neves gila. Neves sangat. Tadi saya test JPJ untuk lesen memandu kelas D untuk mendapatkan lesen P. Lesen kereta la maknanya. Alhamdulillah berkat kesabaran aku walaupun gelojoh nak cepat-cepat ambil lesen dulu. Biasalah I kan gedik sikit. hehe. Malas nak cerita ah masa test tadi macam mana sebab this is my secong time test JPJ. Hehe Tapi masa test dekat jalan raya, JPJ tu suruh saya pusing roundabout then terus balik pusat memandu. Yeay! Kalu tak, mahu neves lagi sementara nak melalui jalan 1, 2 atau 3 tu. Gila neves. Yang penting dah lepas. Tapi still tak berani nak drive. Takut lagi ah. Haha.

Okay one more thing, hari Ahad hari tu before latihan memandu, saya dah buat something which I hope it will work on that. Really hope for it. Amin. But I am still waiting for that until now. Biasalah penantian tu memang suatu penyeksaan. Tapi nak tunggu jugak.Kalau Tuhan dah tentukan macam tu takkan saya nak halang. Terpaksa redha je.

Saya dah dapat offer letter untuk MBA. Tapi kena tunggu lagi. Hopefully cepatlah dapat tahu. Alhamdulillah.

Pray for me ok. Thanks sayang-sayang semua. Hehe

My wish right now

By Aisyah Rahim at Friday, October 01, 2010 2 suka menconteng =)
Dear my loyal diary,
Saya selalu memohon pada Allah agar dia kembali walaupun telah ditakdirkan dia bukan untuk saya. Saya hanya mahukan penjelasan. That's all. Kita tahu apa yang kita rasa dan kita tahu apa yang kita mahu. Betul orang bilang 'penantian suatu penyeksaan'. Ini bukan cinta. Harap maaf! Saya tidak suka jiwang-jiwang buat masa sekarang. Ini rahsia hati dan tak siapa pun tahu.
Thanks my dear diary.

Never let my self forget

By Aisyah Rahim at Friday, October 01, 2010 0 suka menconteng =)
Dear lovely diary,
Setiap malam saya teringat seseorang itu. Dan saya masih pelik sampai sekarang kenapa dia telah meninggalkan beribu tanda tanya dengan panggilan misterinya. Sebelum hari raya itulah kali terakhir. Lebih tepat lagi malam raya. Saya mengharapkan jawapan terhadap pertanyaan-pertanyaan itu. Apa yang ada hanyalah sekeping gambar mms darimu yang selalu ku tatap untuk menghilangkan rasa rindu yang membuak-buak di dada. Itulah antara yang terakhir. Sumpah rindu! I harap U tampil memberi penjelasan. Dan apa yang lebih penting, kenapa kau hilang tanpa satu pun khabar berita?

Bersantai sekejap

By Aisyah Rahim at Tuesday, September 28, 2010 0 suka menconteng =)
Semalam SMS mama cakap bosan masa dia kat office. Bila mama dengan abah balik kerja. Kitorang keluar bertiga pergi beli barang then lepak petang kejap. At least senang hati bila dengan parents. =)

Port lepak
Masa ni pun dah petang sangat dah. Dah lah ada orang nak datang rumah hantar ikan. Hish kacau betul tak boleh dok lama-lama.

Yang di nanti-nantikan

By Aisyah Rahim at Sunday, September 26, 2010 0 suka menconteng =)
Tengah hari cuaca panas

Petang yang hujan lebat
Yeay hujan. Seronoknya. Setiap hari pun suka hujan. Suka nak main hujan. Sejuk je. Teringat kisah kenakalanku masa kecik-kecik main hujan dengan anak jiran masa kat rumah lama. Nangis-nangis kena gigit dengan pacat; Errrkkk geli. Rindu lah zaman kecik-kecik.

8etul rasanya

By Aisyah Rahim at Sunday, September 26, 2010 0 suka menconteng =)
Saya pernah dengar kalau kita tiba-tiba teringat dekat seseoramg tu maknanya dia pun sedang mengingati kita. Hopefully la. Sebabnya saya sedang teringatkan someone. Dan harap-harap dia pun sedang teringatkan saya even sikit pun.

Selamat Tinggal Sayang

By Aisyah Rahim at Sunday, September 26, 2010 2 suka menconteng =)
Ini cerita sedih okay. Sila buat-buat feel sedih mulai saat ini. Ni boleh dikatakan bedtime story la untuk sesiapa yang tidur lewat tu. Huhu. =p

Dalam sebuah hutan, ada seekor haiwan yang bernama Bear. Dia dilahirkan keseorangan dan tidak berkembar. Huhu. Dia sangat sunyi lalu mencari pasangan untuk menemaninya setiap masa.

Bear nama diberi
Carik punya carik dan setelah berpenat lelah mencari pasangan lalu berkenalanlah Bear dengan Frog yang rupanya biasa-biasa je. Mereka berkenalan secara tak sengaja. Bayangkanlah Brar habitatnya di darat dan Frog pula kebanyakan masanya dihabiskan di air.Tetapi susah senang mereka tetap harungi bersama. Bear berjanji sumpah setia semua cukuplah. Walaupun mereka jarang nersama, namun cinta mereka tetap kuat. Cewahh! Setelah lama mereka bersama, tiba-tiba perangai Bear sedikit demi sedikit telah berubah. Frog terperasan namun dibiarkan sahaja mungkin Bera hanya mengalami masalah kot. Tetapi tanpa disedari ada sesuatu yang terselindung dengan perubahan Bear tu.

Bear dan Frog
 Rupa-rupanya tanpa disedari Frog, Bear telah jatuh cinta dengan Patrick. Maybe Patrick cantik lagi kot dari Frog. Hehe. Patrick memang cantik sikit dari Frog pun. Mereka menjalinkan perasaan cinta aecara senyap-senyap dan di luar pengetahuan Frog. Tetapi Frog dapat mengetahui apa sahaja tentang Bear walaupun Bear tidak jujur padanya. Kesian Frog kan. Frog ni dalam diam dia kuat investigate tau. Bukan calang-calang Frog tau. Lama kelamaan Bear memungkiri janjinya pada Frog. Maksudnya Bear minta break dengan Frog tanpa memberi alasan yang kukuh. Tetapi Frog tidak berpuas hati. Bear mengaku yang ini semua hanya salahnya seorang. Mana mungkin! Tetapi Frog dengan redha dan rela hatinya melepaskan Bear demi kebahagiaannya. Setelah berusaha mencari sebabnya, akhirnya Frog dapat tahu apa sebab sebenarnya Bear berpaling tadah sebelum mengetahui yang Bear menjalinkan cinta senyap dengan Patrick. Frog merana jugaklah seketika.  

Bear yang berbahagia di samping Patrick tercinta
Frog selalu berdoa untuk kebahagiaan Bear tak kira Bear dengan siapapun. Yang penting Bear bahagia. Seronok bukan kepalanglah Bear tu. Tetapi yang kesiannya Frog lah yang sanggup berkorban. Huhu. Kesian dekat Frog lagi sekali. Takpe, Frog kan kuat semangat.

Saya selalu doakan kebahagiaan Frog tu. Amin.

Semoga Bear tak buat lagi kesalahannya pada makhluk alam yang lain.

Good Night

Cucur bawang Aesha

By Aisyah Rahim at Friday, September 24, 2010 2 suka menconteng =)
Hari ni sok sek lagi. Sangat teruk okay. Huwaaaaa. Tak larat lah hari ni. So rest je. Bila sok sek ni moody je memanjang. So, bila malam saya teringin nak makan cucur panas-panas. Carik bahan-bahan kat dapur. Yang jumpa hanya tepung, bawang dan daun bawang. Apalagi, jadiklah cucur bawang. Kira jadiklah tu. Tambah-tambah time hujan macam ni. Pergh mantop lah! Jom kita layan perut.

Cucur bawang Aesha
 Teringin tak? Teringin tak? Haha. Pergilah buat sendirik. Kalau nak aku buat meh datang rumah meh. Jemput makan ye. @______@

Malam ni tidur 2 orang je dekat rumah. Sunyi sepi je. Dah lah menakutkan je. Nanti malam-malam kalau terjaga dari tidur sebab takut nak pergi mana? Salu join tidur dengan mama dengan abah if takut bila malam. Huwaaa. Eh jangan ketawa, ni habit ku dari kecik. Tak ramai yang tahu. Mama dengan abah tak tidur rumah kot malam ni. Diorang ada kursus di luar. Ni baru satu hari je diorang tak ada kat rumah. Macam mana bila diorang nak pergi haji nanti? Tak suka sunyi-sunyi. T_T

Layan perasaan sorang-sorang lagi bagus.

Good night ke good morning?

By Aisyah Rahim at Friday, September 24, 2010 0 suka menconteng =)
Before nak tido ni sok sek sok sek. Sejuk sangat. Off aircond then carik vicks kesayangan. Tiba-tiba sedu sedan.

Kes 1

Kes 2

Muka orang yang selalu mengada-ngada nak feeling lebih!
Picta 1 dan 2 tu sungguh kuat untuk aku tersedu sedan dah. Huhu.
Picta ke-3 pulak sebelum sedu sedan sambil menggedik dalam bilik.

Okay dah siap semua.
Jom tidur!

Tata

Mode : Listening Dealova by Once.

Perihal Facebook @ FB

By Aisyah Rahim at Thursday, September 23, 2010 0 suka menconteng =)
Korang tahu Apa tu Facebook? FB? Tahu ke apa kegunaannya? Apa kesannya? Kenapa korang guna? Haa actually bukannya saya nak membebel apa itu Facebook. Saya fikir rata-rata semua pun tahu kan apa Facebook @FB. Betul tak? Siapa tak tahu tu macam ketinggalan sekejap lah. Hehe. So, memandangkan saya rasa ramai je yang tahu apa berkenaan FB tu sebab saya sendiri pun ada FB. Add lah saya. Tapi before add tu bagitahu saya ye siapa kamu. Sebabnya saya just approve orang yang saya kenal je. =)

So saya just nak share tips untuk pengguna FB termasuklah saya sendiri. Bukan apa sebabnya kita ni kadang-kadang leka dengan keseronokannya sampai terlupa apa yang sepatutnya. Kan? Sebelum ni pun banyak orang mengatakan itu ini tentang FB ni kan. Ada betulnya jugak. Ada baik buruknya jugak. Macam-macamlah saya dengar sebelum ni. Tapi malaslah nak cerita satu satu. Nak kupas setiap point pun malas rasanya sebab semua pun pernah dengar kan.

Actually semalam saya terbaca sebuah majalah yang agak popular la sekarang dan ternampak hukum berkenaan FB ni. Bila dah baca ni macam tersedar seminit. Hehe. Fikir punya fikir masa baca tu sambil berkata di dalam hati "Hmm. Betul jugak kan.". So meh kita lihat tpis untuk pengguna Facebook aje ye. Yang lain tu paham-pahamlah sendiri.

TIPS BUAT PENGGUNA TEGAR FACEBOOK

1. Manfaat Islam melebihi kepentingan peribadi
Kita sepatutnya guna akaun FB ni seeloknya untuk share apa yang kita tahu tentang Islam. Share video ke penulisan ke audio ke apa-apalah yang boleh digunakan dan dimanfaatkan untuk orang ramai. Hehe. Saya pun belum dan tak ada pun buat macam ni. So, lepas ni, lets share something okay.

2. Tidak memasukkan perincian peribadi
Kita boleh je nak share apa-apa tentang diri kita ni. Tapi memadailah kalau boleh hanya dengan nama dan tarikh lahir serta latar belakang pendidikan dan apalah yang dirasakan perlu. Janganlah kau mengada-ngada nak letak nombor akaun bank kau ke taraf kesihatan kau ke dan apalagi lah. Bukan apa, ini kan untuk keselamatan kita.

3. Tidak berkongsi terlalu banyak gambar peribadi
Memang syioklah letak gambar banyak-banyak. Boleh tunjuk yang kau tu kaya ke cantik ke tak, rumah kau macam mana, kucing kau ada berapa ekor. Macam-macam lagilah sampai benda yang tak penting pun kau nak letak. Haish! Kalau lelaki tu kira okayla sikit kan. Ni kalau peremfuan ni banyak yang kau nak tunjuk. Haha. Biasalah perempuanlah katakan. Kalau nak letak gambar tu biarlah yang 'senonoh' sikit ye. Cuba kau bayangkan kalau kau letak gambar yang tak senonoh tu, kan ke boleh mengundang maksiat tu. Lagipun gamaba-gambar tu Insyaalah lah akan kekal di Facebook orang yang kau kongsi gambar tu, syarikat FB pun mesti ada buat simpanan dalam database dia atau erti kata lainnya dalam pangkalan data syarikat diorang. Hah lu pikirlah sendiri.

4. Jaga aurat dan pandangan mata
Malas nak cakap sebab aku tau korang dan aku juga dah cukup besar untuk memikirkannya. So, paham-pahamlah sendiri ye. =)

5. Elakkan mengumpat
Ni pun aku rasa korang semua dah tahu. Tak baik kan kalau mengumpat sesama sendiri. kalau kita mengumpat kan macam kita makan daging saudara sendiri kan? Kalau tak salah akulah. Kalau slah please correct me ye.

6. Hadkan dan kurangkan hal remeh-temeh peribadi
Yang ni kalau boleh tu tak payahlah sangat kau nak update setiap status kau dari 'good morning sampai good night'. Tapi tu kira okay lagilah. Cuba kau bayangkan kalau setiap kali kau gaduh dengan boyfren kau, setiap kali tu la kau nak update status kau dekat FB. Tak penat ke? Penat tu satu pasal, buang masa jugak. Tapi tu okay sikitlah. Yang paling penting sekali kau tak malu ke orang tahu pasal kau gaduh dengan boyfren kau? Malu kot. Nanti orang fikir kita ni apa je asyik nak gaduh itu ini. Bukan aku nak kata kat siapa-siapa, tak. Cuma aku harap kita fikirlah mana yang baik dan mana yang tidak. Sebanya musuh kita selalu memerhatikan kita dan gembira kalau kita jatuh. Betul tak apa aku cakap ni. Bukan apa, sebabnya aku pun suka gelakkan orang bila aku rasa benda yang diupdatekan tu lucu. Hehe

7. Elakkan terlibat dengan permainan dan aplikasi yang bercanggah dengan Islam
Kalau boleh tu elakkan lah nak main kuiz tilik nasib ke apa ke. Aku pun suka je main kuiz-kuiz dalam FB ni. Best kan. Tapi aku rasa ok je kot nak main-mian tu semua cumanya jangan nak percaya sangatlah dengan keputusan yang kau dapat tu. Takut syirik pulak jadinya.

8. Last but not least. Hehe
Aku rasa ramai je yang tahu FB ni siapa yang create. 'Orang luar' yang buat kan. 'Orang luar' ni kau paham-paham sendiri lah ye apa maknanya. So kau paham-pahamlah bila 'Orang luar' yang buat. Semua maklumat akan disimpan dalam database diorang. Diorang ni akan pantau semua aktiviti kita. Maklumat kita semua senang je diorang nak kawal disebabkan kita sendiri yang bagi. Huhu. Database ni bernilai oh bagi diorang. Macam-macam boleh buat guna database yang diorang ada tu. Kau bayangkan sekelip mata je diorang boleh buat apa-apa kalau diorang nak. Sebab tulah kita kena jaga maklumat diri kita ni. Jangan senang-senang nak bagi orang. Parti politik kat negara kita ni pun tak simpan maklumat kita macam yang FB simpan kan. Maklumat-maklumat kita dah bagi ni 'Orang luar' boleh guna untuk kejahatan dan ketamakan. Hish ngeri pulak bila aku pikir.

So, dengan sedikit information above ni aku harap dapat mengingat kita semua tentang keselamatan kita dan negara kita. Apa-apapun lu pikirlah sendiri. Sendiri mau ingat la ya.

Renung-renungkanlah dan selamat beramal! =)

Alhamdulillah

By Aisyah Rahim at Monday, September 20, 2010 2 suka menconteng =)
Alhamdulillah.

Mama saya baru dinaikkan pangkat kepada Pengetua.

Amin.

Semoga hidup kami lebih bahagia.

We are just like a twin

By Aisyah Rahim at Friday, September 17, 2010 0 suka menconteng =)
Meh sini nak introduce my twin. Haha.
Twin ke? Hihi
Okay actually this is my cousin. Saya rapat gila dengan dia. Dari kecik pun memang rapat. Basically saya ada 3 orang lagi cousin perempuan yang sama umur dengan saya. Semua pun saya rapat. Bila balik kampung masa kecik-kecik dulu kami akan bergosip 4 orang dan tidur satu katil 4 orang. Ko bayangkanlah. We share our problem masa kecik-kecik atas buaian. Hehe. Sweet sangat masa tu. Siap nangis-nangis oh. Rasanya macam nak balik semula ke zaman muda-muda dan kecik-kecik. Baju raya dan kasut raya kami akan bandingkan. Haha. Lawaklah masa kecik-kecik.

Tapi dengan cousin saya yang ni kami lebih rapat bila besar. Sebabnya yang sorang tu dah kahwin dan sorang lagi susah nak jumpa dah sekarang. Bukan apa, dia jauh sikit nak jumpa. Mind you bukan kitorang tak rapat lagi ok. Still rapat jugak. Nama cousin saya kat atas ni rahsia. Haha rahsia la sangat. Her name is Ain. Siapa nak kenal dengan dia kena baik-baik dengan saya ye. Kitorang lama sangat tinggal sama. Bila saya ada problem je mesti nak call dia. Boleh dikatakan everyday pun kitorang akan contact. Kitorang kecik-kecik selalu gaduh. Gaduh-gaduh manja gitu. Heee. Mak-mak kitorang pun dah memahami sangat perangai kami ni.

For me, she is very special okay. Tak tahu nak cakap macam mana if saya tak ada dia. Saya sayang dia sebab tu dia macam twin saya. But unfortunately she is not my twin.

At least ada jugak

By Aisyah Rahim at Friday, September 17, 2010 0 suka menconteng =)
Yeay! At least aku dapat jugak duit raya semalam masa beraya ke rumah one of my uncle. Hehe. This the first time aku dapat duit raya dari bapak sedara. Dari parents tak payah cakaplah memang dapat. Mungkinkah bapak sedara yang ni still nampak aku ni macam masih kecil? Hmmm. Still thinking.

Raya 2010 Update

By Aisyah Rahim at Friday, September 17, 2010 0 suka menconteng =)
Raya Ketiga

Raya ketiga beraya sakan dirumah tok lagi. Pagi tu membuat preparation for kenduri kot di rumah maksu. Rumah maksu berhampiran je dengan rumah tok. We all masak laksa, nasi himpit dan kuah kacang serta pulut kuning dan kari ayam dan beberapa menu tambahan yang lain. Actually kenduri ni sekali open house raya dan celebrate birthday for her daughters. Maksu ada 3 orang anak perempuan yang semuanya comel-comel macam saya. Hehe. Jangan marah. Sebelum tu, maksu along minta kebenaran letak gambar adik ye. Ni la one of her daughter.

Adik yang asyik kena marah dengan saya. Kesian dia.

Lepas dia dia lagi yang ambil air. Adoi.
 Lepas dah makan-makan my cousin hantar saya balik rumah saya. So, raya ketiga baru sampai di rumah sendiri. Tu pun dah dekat pukul 1 pagi sampai di rumah. Before sampai di rumah tu we all lepaking di kedai makan jap.

Raya Keempat

Pagi tu hantar my sis untuk ke Mesir. Sedih sob sob sob. Then pergi beraya dekat rumah cikgu saya yang kawan mama. Pergi kenduri kahwin kakak one of my friend dan pergi makan-makan di rumah kawan.
 Malas nak cerita banyak

Raya Kelima

Ada orang datang beraya di rumah. Then beraya di rumah kawan sekolah. Lama gila seyh tak jumpa. Apalagi gosiplah, kata perempuan. Harus okay!.Borak-borak zaman dolu-dolu sumpah best. Yang pasti ramai tegur aku cakap dah lain. Dah tak kurus macam dulu. Tsk tsk tsk. T_T Need to diet now! Ada gambar malas nak upload pulak. Hehe

Raya Keenam

Still beraya ke rumah kawan-kawan. Ini tanpa dirancang okay. Main call je siapa yang ada kat rumah. Weee bestnya dapat raya.

Nampak aku gimok.
Baru tringat nak snap pict bila dah nak balik.

Tu je yang boleh di update. Barulah terasa meriahnya beraya. Alhamdulillah.




Raya Kedua 2010

By Aisyah Rahim at Tuesday, September 14, 2010 0 suka menconteng =)
Lepas raya pertama mestilah raya kedua kan. Raya kedua bangun lambat la sebab malam semalamnya sampai rumah pun dah lewat tidur lagilah lewat sikit plus penatnya beraya pun tak hilang lagi. Confirm2 lah malas nak bangun awal.

Bangun pun dah lewat. Tak ingat sangat buat apa pagi tu. Tula sape suruh update lambat kan. Cepat marah saya. Tapi jangan salahkan saya, salahkan encik malas. Dia yang bersalah dalam hal ni. Hehe. Saya tak pernah bersalah.

Okay kita start lepas Zohor la. After zohor kitorang ramai-ramai bersiap untuk pergi menziarahi kubur tok wan dan tok nek. Lambat sangat amik masa nak bersiap tu. Sampai berpeluh jugaklah aku sebab aku bersiap awal dari yang lain. Dah lah dengan jubah bagai. Hehe. Tapi dekat dalam pakai jeans.So rock & roll la!

After pergi kubur saya tak ikut parents balik rumah dekat Jitra, saya balik rumah tok balik sebab menemani cousins yang masih ramai di rumah tok. Hehe. So after Asar aku, Nuat, Mamad and Uda bersiap pergi Sg Petani beraya rumah kawan i. Aku ajak lagi cousins yang masa tu tengah berjalan dekat Sg Petani jugak. So aku angkut 2 bijik kereta ke rumah member aku tu. Memeriahkan suasana. Aku kan suka memeriahkan suasana. Haha. Kitorang lepak sana sampai dekat pukul 7 macam tu kot. Tak hengat dah. Ngeee

On the way ke SP
Ko tengok dorang buat apa tu. Isk isk seksa tau kitorang dalam kereta. TSK TSK
After maghrib pulak aku, nuat, mamad and uda pergi Bertam kat kolej adik aku amik barang dia then pergi Sunway Carnival jumpa kawan adik aku jap. Sampai 8 lebih kot. Terus pergi Sg Petani balik sebab cousin2 yang lain tengah tunggu dekat Sg petani nak main boling. Haaa. Gila ko main boling malam raya kedua. Tapi ramai jugak yang main malam tu. Aku dengan uda main siap pakai jubah weyh. Semua orang pandang semacam je. Lantaklah. Janji kami happy malam tu sebab asyik bersedih je before tu. Yang bestnya before boling tu kitorang karoke. Best2. Nak lagi. Aku nyanyi sampai hilang suara wa cakap lu. Sakit tekak. Dah lah aku ni dah lama asyik batuk-batuk Ko pikirlah macam mana aku nyanyi. Hehe. Main boling abang Led belanja. Thanks Abang Led. Hehe. Next time pulak k. Daniel, if baca ni jagna jeles k. =p Jap yang pastinya makin lama aku rasa macam makin pandai main boling. Haha.
Ni tumpang snap je. Main tak pandai. Hehe. Sape nak ajar i? Pleaseeeee
Jom main boling!



Lepas tu we all chow balik rumah tok. On the way balik rumah tok, maksu kitorang call cakap nak mintak tolong esoknya. Nak tahu apa esoknya? Hehe. Tunggu!  Masa balik main boling ingat nak makan kat luar. Tapi orang kat rumah kata nasi banyak so just beli lauk je sebab lauk tak banyak sangat. Balik je rumah tok semua pakat bedal nasi. Aku makan juga nasik. Tapi aluk aku lagi byk dr nasi la. Hehe. Lepas makan duduk kejap tapi tak kejap jugaklah then baru tidur. Ngantuk sangat dan penat.



Tu je untuk raya kedua. Hehe

Raya Pertama 2010

By Aisyah Rahim at Tuesday, September 14, 2010 3 suka menconteng =)
Korang nyanyi tau bila baca ni. "Hai selamat hari raya kami semua ucapkan, menikmati hidangan yang kami sediakan........" Haha betul ke lagu ni macam ni.

Ok feeling raya ada lagi kan? Malas nak update haritu, busy sikit padahal tak adalah busy manapun.

Before bertolak dari rumah nak balik rumah tok

Saya balik rumah tok saya sehari before raya maknanya pagi hari sebelum hari raya. Haa paham-paham sendirik lah ye. Sampai-sampai je rumah tok ambil feeling nak tolong di dapur. Mula-mula tong tengok then amik pisau pegang pisau then silat kat dapur. Hehe memang taklah nak silat. Langsung tak pandai nak silat. Pegang pisau potong daging la. Tapi tak lama pun, bila mak lang and family sampai je rumah tok I pun angkat punggung salam-salam dan angkat punggung terus. Haha. Not good not good punya girl kan. Tak boleh buat bini. Apalagi korang jangan pilih or rekemen ssaya untuk jadi bini orang. Haha. Geng mak-mak dekat dapur berssilatlah memasak untuk raya besoknya, anak-anak dara dan teruna buat apa? Haa.. anak-anak dara pergi jalan cari kedai gunting rambut and cari barang sikit. Kedai gunting rambut tu penuh pulak terpaksa pergi malam, then amik keputusan balik rumah buka puasa dulu. Balik rumah geng anak dara iaitu kitorang yang muda remaja ni la yang menghidangkan lauk-pauk yang ada. Tapi geng mak-mak pun join jugak. Haha meriah la jugak. Ramai sangat tapi tak semua yang berhimpun untuk berbuka. Sedih aje.


After berbuka puasa, terus siap-siap nak pergi gunting rambut. Haha rambut raya. Kitorang 3 orang pergi kedai cuci rambut and buatlah apa yang patut. Lama juga. Then lepas siap gunting apa semua balik rumah prepare untuk raya besoknya. Tak sabarnya nak raya! Tapi raya dolu-dolu lagi best. Lagi meriah kan kan? Tak tahulah korang macam mana. Bila semua dah besar feeling nak raya tu macam tak ada rasa macam biasa-biasa je.

Keesokan harinya saya dan uda (my twin) bangun awal. Haha awal ke?Okay sila percaya yang kitorang bangun awal k. Kitorang bangun tolong-tolong di dapur sebab tak ada siapa sangat nak buat itu ini. Yang lelaki dan mak-mak sedara yang ada pergi sembahyang raya. Saya? tak pergi. Sob sob sob. T_T Tapi tak apa, kitorang tolong-tolong kerja yang ada. Dah masak-masak bagai, kitorang pun mandi. Kitorang tu means saya dengan uda. Yang mak saya dan mak lang still di dapur. Tapi tak lama pastu diorang pun mandi. After kitorang mandi, geng-geng yang pergi sembahyang raya tak balik lagi. So, we all kena hidangkan makanan di meja. Ala lupa nak snap pict. Hehe. Tak menyempat. Lepas tu acara bersalam-salaman. Then acara berehat-rehatan. Sebab dah makan semua. Haha

Ko tengok diorang tidur. Haih

Haha ni lah anak dara yang paling rajin sekali. Ke?
Lepas sembahyang Jumaat saya dan family bersiap-siap nak pergi rumah-rumah sedara belah abah. Kenapa rumah-rumah? Sebabnya tok belah abah dah tak ada, diorang tak berkumpul so kena pergi beraya house to house la. Susah jugak. Belah mama semua berkumpul, senang. Hehe.

Ni masa nak keluar pergi beraya. 3 dara pingitan. =p

Masa beraya dekat rumah sedara belah abah, kitorang beraya dekat rumah mak teh dulu. Saya makan laksa. Mula-mula mama pelawa saya tak nak makan sebab dekat rumah tok tadi dah makan beberapa pinggan bihun goreng sebab feberet saya. Haha. Gila ah makan banyak. Tengok mama makan laksa saya pun tak tahan daulat makan lah laksa sikit. Hilang diet saya.

Lepas rumah mak teh, pergi rumah mak ngah, duduk sana lepak-lepak lama jugak sebabnya kebetulan pak njang saya baru sampai dari KL. So, lama jugaklah lepak. Saya mandi sampai 2 kali ok kat rumah mak ngah. Rumah ni rumah lama. Banyak sangat kenangan dekat sini. Semua perabot lama.

Perabot lama. Old skool gila.
Tu je yang aku sempat snap. Yang lain tak sempat. Hehe sebab malas. After maghrib kitorang, family pak njang dan mak ngah gerak pergi rumah pak long. Dekat rumah mak ngah saya tak makan pun. Simpan untuk yang lain-lain. Heee. Dekat rumah pak long, mak long buat laksa. Saya bedal laksa lagi. Haha. Gila kan. Dah makan-makan semua kitorang gerak pergi rumah pak lang. Kat sana saya bedal mihun goreng lagi. Sumpah full perut aku. Kesian dia. Dalam 12 lebih malam jugaklah balik rumah tok. Dah sampai-sampai rumah tok tengok semua dah tidur. Selalunya tidur lambat. Penat gamaknya. Aku kemas dan siap-siap terus tidur. Haa bila penat boleh pulak tidur malam. Bestnyaaaaa dapat tidur malam.


Budak kecik yang selalu menggeramkan saya. Haha
Cousin saya dengan anaknya.
Nilah kisah di hari raya pertama. Raya kedua akan menyusul. Tapi gila-gila sikit raya kedua ni.

Update nanti

By Aisyah Rahim at Monday, September 13, 2010 0 suka menconteng =)
Hai selamat hari raya semua.

Saya nak update pasal raya sebenarnya tapi mcam malas lagi. Mood nak update tak sampai lagi la. Hehe. Fenat gila sekarang. Dah senang-senang nanti i hapdate k.

Jangan makan sampai tak muat baju sudah la ye. Nampaknya saya macam tula sekarang. Nak tido dah ni. Tak sihat balik. Batuk-batuk dan selsema datang pulak. Haih.

Korang semua jaga kesihatan ok.

Salam Aidilfitri Dari Aisyah Rahim

By Aisyah Rahim at Wednesday, September 08, 2010 0 suka menconteng =)
 
 By Mr. Google

Di sini saya ingin sekali bukan dua kali untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri. Maafkan saya zahir dan batin. Saya juga memohon maaf jikaada melakukan salah dan silap di sini tak kiralah dari segala hal sekalipun. Jika ada entri yang tidak senonoh barangkali juga harap dimaafkan. Buat yang balik kampung selamat pulang ke kampung halaman untuk berhari raya. Buat yang memandu sepanjang perjalanan juga berhati-hati semasa memandu ye. Jika penat silalah berhenti di kawasan rehat dan juga Petronas yang disediakan.  Akhir sekali berhati-hatilah semasa memandu dan ingatlah orang yang tersayang dan :SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI, MAAF ZAHIR DAN BATIN" buat kali kedua. Hehe. 

Tak lupa juga buat sepupu yang berada di perantauan. Selamat Hari Raya Aidilfitri dari Malaysia. Jangan sedih-sedih ye.

Tiba-tiba je nak sedih

By Aisyah Rahim at Sunday, September 05, 2010 2 suka menconteng =)

Kenapa eh?

By Aisyah Rahim at Thursday, September 02, 2010 0 suka menconteng =)
Hurrmm.. Nak meluahkan perasaan ni. Korang dengar eh, baca la entry ni. Haha. Merayu sikit.

Lately ni susah la nak tidur malam. Selalu sangat. Tak tahu kenapa. Tapi kadang-kadang tu selalu fikir macam-macam before tidur. Adakah tu one of the reason why I can't sleep at night? Hmm.. blurr.

Masa tidur saya absolutely berubah. Naik pitam fikir semua ni. Bukan tak try tidur. Dah cuba dah. Dah bagi comfortable semua dah. But still can't. Benci ah! Masa tidur pun dah jadi waktu siang. Now time tidur pukul 7 pagi till 12 pm. Time tu if boleh tak nak orang kacau. haha. Sebab mana tahu boleh sambung tidur lagi lama. Hish buruk sungguh perangai saya kan.

Tolong ye macam mana nak hilangkan susah tidur malam ni. Any tips? Ni dikira Insomnia ke ha?

The memory

By Aisyah Rahim at Wednesday, September 01, 2010 2 suka menconteng =)
Tadi masa keluar dengan my mom beli sedikit barang dapur kan ternampak Pringles yang ni. Yang flavour Sour cream & onion ni.


Bila tengok Pringles yang lain tak ada perasaan pun. Tapi bila tengok yang ini, feeling habis la. Saya beli tapi bila nak makan tak berapa nak lalu. Macam tak sampai hati. Takut bila makan habis nanti kenangan Pringles pun hilang. Eh tapi better kenangan tu hilang kan. Tak nak ingat. Apa lagi, jom makan Pringles kejap.

Mode : Hujan lebat bak kata atuk Siti Syuhada dalam cerita Epilog Syurga Cinta. Tapi kalau hujan lebat malam ni, esok cuaca mesti cerah elok kan. Insyaallah.

Salam Merdeka Ke-53

By Aisyah Rahim at Monday, August 30, 2010 0 suka menconteng =)
Salam Ramadhan =)

Hai semua, sedar tak sedar dah nak masuk 10 hari terakhir ramadhan kan. Sekejap aje. Padahal baru rasa macam baru semalam kita start berpuasa. Hmm. Apa-apapun selamat menjalani ibadah puasa.

Di sini saya nak mengucapkan Selamat Hari Merdeka yang Ke-53. Dah 53 tahun negara kita merdeka kan. Banyak sangat jasa tokoh-tokoh yang telah diperjuangkan untuk memerdekakan negara kita.

Sebagai rakyat Malaysia kita patut besyukur kerana berpeluang hidup di negara yang aman dan damai ni. Sebagai rakyat Malaysia kita pun seharusnya sanggup berjuang demi negara kita sendiri.

Salam Kemerdekaan yang ke-53 dengan penuh rahmat di bulan Ramadhan ini.

Selamat Berbuka Puasa. =)

Selamat bercuti untuk semua pekerja yang bercuti esok.

Follow mengfollow

By Aisyah Rahim at Saturday, August 28, 2010 0 suka menconteng =)
Salam semua,

Actually saya nak ucapkan bebanyak-banyak terima kasih kepada semua yang follow saya even takdelah seramai mana pun Tapi at least korang sudi mengfollow dan mengsudikan diri korang untuk membaca blog yang agak boring ni.

Justeru itu, siapa yang ada follow saya tapi saya tak perasan sila bagitau ye sebab saya nak follow korang balik. Fair la kan. Hehe. Bukan apa, sekarang ni laptop saya ada problem sikit. So, nak online pun through phone tapi nak update blog susah sikit sebab tak berapa biasa. Cuma ada sekali dua je pernha update guna phone. Lagipun ni asyik guna netbook mama aje. Paham-pahamla bila guna yang orang bukan boleh selalu. Hehe.

Thanks ye semua sebab sudi singgah di sini. Semoga korang semua diberkati oleh Allah selalu. Amin. =)

Nak kurangkan shawls yang ada

By Aisyah Rahim at Saturday, August 28, 2010 0 suka menconteng =)
Salam

Hai, saya ingat nak kurangkan shawl saya yang ada memandangkan saya dah tak pakai lagi shawls tu. Saya nak jual dengan murah aje dan mungkin ada yang free. Cumanya korang kena tambah sedikit kos penghantaran ye. Kalau berminat bolehla. Tunggu ye.

Terima kasih. =)

Berbuka Puasa Di Rumah Tok

By Aisyah Rahim at Saturday, August 28, 2010 0 suka menconteng =)
Salam ramadhan dan selamat berbicara kembali.

Hai. Sedar tak sedar dah 18 hari kita berpuasa kan? Cepat sungguh masa berlalu. Kejap je dah nak raya. Hehe. Rasa tak sabar pulak. Korang dah beli baju raya ke? Ke ada yang tak sempat shopping lagi? Kalau boleh janganlah membeli-belah sampai berlakunya pembaziran ye. Tak baik. Ala kadar jadilah.

Hari Khamis hari tu saya dan family balik rumah tok. Selalunya bila kitorang balik rumah tok, jarang nak bermalam di sana. Tapi kali ni ayah saya mengambil keputusan untuk bermalam di sana. So, kitorang pergi 2 kereta. Saya naik kereta dengan mak saya sebab kena bertolak dulu untuk pick up ikan yang telah siakap dan ikan merah yang telah diorder untuk dibawa ke rumah tok. Then nak pick up adik yang bersekolah di Yan. Weekend dia memang akan balik rumah usually. So, lepas ambil adik kitorang terus menuju ke rumah tok. Sampai-sampai aje mak saya terus ke dapur. Saya belom lagi. Hehe. Saya menikmati persekitaran dulu then baru tolong sikit-sikit. Haha. Keji pula rasa tak banyak tolong. Tapi saya tolong part lain ye.

After dah siap memasak oleh tok dan mak saya, saya pula dan maksu mengambil alih tugas menghidangkan lauk yang ada serta membuat air. Tu kira baguslah. Tapi berbuka kali ni tak ramai yang balik. Ada dalam 4 buah family aje. Family mak saya semuanya 10 arang. Biasalah rumah masing-masing kan jauh. So, ni pun dah kira ramai. Best woh dapat berbuka bersama-sama. Bertambah best lagi kalau ada sepupu yang sama kepala. Alaaa, rindunya. Touching kejap. Huhu.

Okay, ni lauk-lauk yang ada. Tapi ni kira tak berapa banyak sangat. Huhu.


Okay kita kasi zoom sikit. Adoi lapar pulak ni. =p

Masa ni air tak hidang lagi.

After buka puasa dan solat semua. Saya dengan maksu bercadang nak buat kek coklat kukus. Sedapnya. Malam tu bertungkus lumuslah kitorang buat. Hehe. Actually saya tolong-tolong kacau aje. Hee. Ha.. Sambil tu kitorang dok mms gambar makanan yang ada dekat cousin saya yang jauh. Saja nak bagi diorang jeles. Haha. Diorang pun apalagi ddengan semngatnya mengreply mms dengan KFC. Haha. Teringin pula ni. Rindu dengan semua cousin dan adik beradik yang jauh. Bilalah dapat berbuka bersama keluarga yang lengkap? Hmmm..

Tapi saya cuma ada gambar proses buat kek je. Tupun tak banyak sebab sambil buat sambil bergosip. Haha. Biasalah perempuan kan. Sampaikan gambar kek yang dah siap pun tak sempat nak snap. Rugi je. Haih. Tapi takpe janji kenyang masuk perut. Apa lagi masa panas-panas pun kek dah terus masuk perut. KAHKAHKAH. Kelakar aje.



Malam tu tidur rumah tok saya. Sejuk sangat malam tu. Kat sini memang sejuk malam-malam biasalah dekat dengan gunung. Nak bangun pun malas. Hehe. Yang bestnya ada something yang buat saya happy malam ni. Happy sangat. Sepangjang hari keesokannya membuatkan saya asyik tak keruan dan tersenyum aje. Aku bersyukur kerana doaku dimakbulkan. Tak rugi tindakan aku buat sebelum ni. Harap-harapnya berpanjangan.

Okaylah. Hari ada kelas memandu pagi tadi. Alhamdulillah dah tak gementar bawa kereta. Tapi takut lagi untuk test JPJ. Harapnya elok lah.

Selamat berbuka puasa ye.

Tata.

I nak wish..

By Aisyah Rahim at Wednesday, August 25, 2010 2 suka menconteng =)
Happy womens day to all women & ladies out there.

May Allah bless us all the time. Amin

Kenangan raya dolu-dolu

By Aisyah Rahim at Wednesday, August 25, 2010 0 suka menconteng =)
Salam ramadhan

Lama rasanya tak update di waktu pagi. So hari ni nak ambil kesempatan untuk mengupdate blog di waktu pagi. Ok friend please clap your hand. Haha.

Okay tetiba teringat kisah lucu di pagi raya masa zaman muda mudi kecil kecil cili padi. Kisahnya bermula macam ni.

Satu hari di hari raya pertama if tal silap. If silap, jadi hari raya kedua la. Macam tu. Masa tu saya sekolah rendah tapi tak berapa ingat darjah berapa. Rasanya darjah 2 kot. Not sure lah. Okay macam biasa lepas dah semua berkumpul kat rumah tok di pagi raya, kitorang ramai-ramai akan berjalan collect duit raya from house to house. Agak banyak lah, if tak sempat raya pertama then continue raya kedua. Sampai rumah yang ke berapa puluh entah, macam biasalah kitorang bagi salam tapi tuan rumah tak jawab pun. Kitorang dengan tanpa segan silu bagi salam lagi dan lebih dari tiga kali rasanya. Punyalah nak collect duit. Haha. Lawak betul. Tapi tuan rumah still tak jawab salam. Kitorang pun tunggulah kejap. Tak lama lepas tu ada orang keluar. Yang kelakarnya tu adalah rumah chinese. Hehe. Patutlah tak jawab salam kan. Tapi rumah kat situ semuanya melayu sebab tu tak tahu rumah tu rumah chinese tambahan pula tak ada gaya macam rumah chinese.

Tulah salah satu cerita kelakar masa raya zaman dolu-dolu. Hehe. Korang ada cerita kelakar time raya tak? Mesti semua ada kenangan manis kan masa raya.

Okaylah. Hari ni ada misi yang perlu diselesaikan. Hmm, tapi tak berapa pandaila but must try first.

Selamat bekerja untuk yang bekerja.

Selamat berpuasa dan selamat berbuka.

Tata.

Goodbye Daniel

By Aisyah Rahim at Sunday, August 22, 2010 0 suka menconteng =)
Salam Ramadhan dan selamat bertemu kembali..

Mesti korang semua tertanya-tanya siapa Daniel ni kan? Nak tahu ke tak? Haha. Kalau tak nak tahu tak nak ceritalah. Siapa nak tahu angkat tangan. Okok saya cerita ok. Ramai je yang nak tahu nampaknya.

Daniel ni nama samaran abang sepupu saya. Nama dia lain sungguh dari Daniel ni. Haha. Dia ni anak mak lang saya yang sulung. Abang kepada sepupu yang sama baya dengan saya. Adik dia Ain atau nama glamer is Uda. Haha. Ni kalau Uda baca mesti marah saya. Sori beb.

Okay sambung cerita balik pasal Daniel ni. Hari ni Daniel ni fly pergi oversea untuk kerja di sana for a few month or one year maybe. Sedih pula. Siapa yang nak buli saya lagi? Hehe. Dia selalu buli saya dan panggil saya 'debab'. Kejam kan. Haih geram saya dan saya membalas dengan memanggil dia 'tembun'. Haha. Fair la kan. Tapi baru-baru ni bila balik rumah tok, pak ndak saya tegur saya 'seroh' katanya. 'Seroh' ni bahasa utara ye means 'kurus' atau susut badan sikit. Ala, something like that la. Huhu. So, Daniel ni jeles kot dia kata saya perasan 'seroh'. Haha.

Tapi semalam kan saya mesej-mesej dia cakap selamat jalan apa semua. Pastu saya cakap apa kata puji saya 'seroh'. Then dia kata saya 'seroh' la sikit tapi lepas raya nanti mesti naik. Cis geram I tau. Huhu. Takpe-takpe I nak maintain je. Insyaallah. Pray for me too ye guys.

Hari ni dia fly dlm pukul 11 pagi macam tu. Sedih lol. Tapi after 3 or 4 month after this dia akan balik then pergi balik. Cousins saya yang tinggal di Sunway lagi sedih. Selalu tinggal 4 orang now dah tinggal 3 orang. Saya selalu tumpang sana bila pergi sana. Kitorang tinggal cousins aje semua. Rapat dah macam adik veradik dah. Sayalah yang paling selalu kena buli. Ni bila dah kat rumah jadi sedih pula bila berjauhan dengan diorang. Waaaa. Tapi saya selalu call my twin, Uda. Hehe. I love her bloody much. Uda selalu ada bila saya sedih.

Tadi saya call Uda, kitorang story mory pasal time diorang hantar Daniel di KLIA tadi. Sedih aje dengar cerita. Raya ni dia tak ada. So sad but just accept it.

Selamat jalan Daniel, have a safe jouney yea. Jangan sedih-sedih tau. Tapi saya sedih sebab masa kat airport tadi Daniel tangkap gambar semua yang pergi hantar dia tadi. Katanya nak hilangkan rindu. Tapi gambar saya tak ada. Aiceh dia beli Camera baru sebab tu sedih gambar saya tak ada dalam camera baru tu. Huhu.

Okaylah. Malam ni nak cuba tido awal. Dah 2 hari tak boleh tidur malam. Bila nak tidur aje kepala ni fikir banyak sangat sampai serabut gila. Tak nak fikir lagi.

Good nite.

Selamat bersahur.

Bukan senang nak jadi senang

By Aisyah Rahim at Saturday, August 21, 2010 0 suka menconteng =)
Salam Ramadhan...

Hai. Semua puasa tak hari ni? Saya puasa. Alhamdulillah sampai hari penuh lagi. Harap-harap kawan-kawan semua pun puasa penuh juga ye.

Susah kan nak membahagiakan diri sendiri. Tak ada orang pun yang faham apa yang kita rasa. Memanglah orang boleh cakap ' aku faham perasaan kau' dan apa lagi ayatlah. Faham tak semestinya merasai apa yang kita rasa. Kan kan?

Kita kalau boleh nak membahagiakan orang lain. Tapi kita sendiri yang tak bahagia. Mungkin bahagia kita tu tak sampai lagi. Dulu ada sorang kawan saya pernah cakap macam ni kat saya " Syah, aku rasa hidup kau perfect sangat, kau ada segala-galanya yang kau nak. Aku ni tak macam kau.". Hmm. Kdangkala orang cuma nampak kesenangan kita aje. Kesusahan kita? Sakit hati yang kita tanggung? Selalunya sesetengah orang tak akan tunjuk apa yang dia rasa. Kalu boleh nak hide kesedijan yang dirasa. Tapi susah juga. Bukan senang oh. Kan?

Apa kata bulan ramadhan yang mulia ni kita banyak-banyak berdoa pada Allah untuk memudahkan segala urusan kita. Insyaallah. Saya kalau boleh tak nak sedih-sedih lagi. Nak buang segala kesedihan yang ada tu. Bila sedih hati jadi gelisah aje. Tak senang nak duduk.

Okaylah dah cukup bicara soal hati. Huhu. Korang semua berbuka apa hari ni. Hari ni saya makan simple aje kot. Tak kisahlah makan apa yang penting dapat berpuasa. Yummy nak makan durian & rambutan lagi malam ni. Sedaaaaaaaaaaaaaap. Haaa... Terliur tak? Saya ni tak tahan dah bila ingat durian tu. Macam terpanggil aje. Haha. Pagi tadi saya sahur makan bubur durian aje. Alhamdulillah dapat bertahan.

Ni nak pergi dapur jap. Tengok-tengok apa yang patut. Hehe. Hari ni saya kena buat semuanya. Tapi tak adalah banyak sangat.

Alamak bau kari dah masuk dalam bilik ni ha.. Got to go.

Tata. Jumpa lagi. =)

Selamat berbuka.

Please tell me how

By Aisyah Rahim at Friday, August 20, 2010 2 suka menconteng =)
Salam ramadhan semua.

Hmm.. Hari ni dah genap 10 kita semua berpuasa kan. Seronok sangat bila bulan ramadhan ni. Rasa tenang aje. Tapi setenang-tenang pun ada juga rasa sedikit tak tenang.

Saya nak tanya lah, macam mana eh nak singkirkan sesuatu atau benda yang kita sayang tu dari hati dan perasaan ni dengan begitu mudah? Nak sangat. Memanglah senang orang cakap itu ini apa semua untuk lupakan, tapi bahu yang memikul ni ha yang tahu apa yang dirasa.

Tapi alhamdulillah hari demi hari semuanya makin okay. Amin, hendaknya sampai ke sudah.

Bukan senang kan nak lupa sesuatu tambah-tambah pula benda tu terjadi secara mengejut. Hish kadang-kadang tak boleh terima tapi terpaksa terima. Sebabnya kita tak nampak lagi hikmahnya, mungkin kita akan dapat sesuatu yang lebih baik. Tapi if dapat sesuatu yang lebih tak baik macam mana? Nauzubillah. Mintak simpanglah dari semua tu. Tapi semua tu kuasa Allah.

Ni ceramah free ye. Hehe. Terasa nak membebel sebab lama tak membebel. Nak bebel lagi, tapi nanti ada orang bising pulak bebek tengah-temgah malam ni.

Tadi masa berbuka saya makan banyak sangat. Hish takut berat saya naik lagi. Bukan senang oh nak turunkan berat badan ni. Nak naik nerat badan memang senang tak payah cakap. Tutup mata sambil makn pun boleh naik. Haha. Tengok membebek lagi.

Dah nak raya dah. Raya tahun ni tak sama dengan raya 4 tahun lepas. Sedihnya. Tapi tak apa. Life must go on. Be strong aisya! Chaiyok!

Jomlah ready untuk tidur. Dah lewat ni nanti tak bangun sahur pulak. Pagi tadi dah sahur lambat. Tapi afdhal kan. Insyaallah.

Sekarang tengah kuatkan hati dengan penuh semangat melakukan sesuatu yang memang susah. Dengan izinNya, insyaallah. Doakan yang terbaik buat saya ye.

Kadang-kadang ada benda yang kita boleh cerita dekat orang dan ada juga benda yang kita kena keep sorang-sorang supaya orang tak tahu.

So, jom berundur dulu. Selamat bersahur dan jangan lupa bangun sahur.

Goodnite =)

Benci sana benci sini

By Aisyah Rahim at Wednesday, August 18, 2010 0 suka menconteng =)
Salam ramadhan semua..

Tiba-tiba saya nak bercerita pasal benci membenci ni. Nak mula macam mana ye. Hmmm.. Okayla saya cuma nak cakap yang kita ni sebagai manusia tak baik kan membenci antara satu sama lain. Bila sekali kita membenci seseorang tu, sepuluh kali orang akan membenci kita. Nak ke macam tu? For sure u tak nak macam tu kan. Kalau boleh kita nak orang selalu sayang kita. Tapi susah juga macam tu, sebab susahlah nak orang menyayangi kita ni. Ha.. macam contoh kat bawah ni, taknaklah macam tu ye. Tak baik. Kalau boleh juga, bila timbulnya rasa nak benci tu cepat-cepat kita minta maaf ye.

Picture by Mr. Google

 More better we say no to hate. Hmm..This is good for us and people around us. So, from now on say no to 'hate'. Haa.. Macam nilah kawan-kawan.

Picture also by Mr. Google

 Hmm... saya pun pernah benci orang tapi bila fikir-fikir balik tak baik lorhh. So, sempena hari yang baik dan bulan yang baik ni saya nak mohon maaf kepada semua ye kalau saya pernah membenci kalian. Sebenarnya tak pernah terlintas nak membenci pun. Cuma ada anasir-anasir yang menyebabkannyaberlaku  tu. Ceh ayat bagus punya baik. Eh ni betul-betul serius ni.  Okay, saya tak nak benci siapa-siapa dah lepas ni.

Kalau ada silap dan salah harap dimaafkan ye. Saya mohon maaf sekali lagi. 0-0 ye bulan Ramadhan ni kawan-kawan.

Okaylah, selamat meneruskan puasa di bulan Ramadhan ini. Insyaallah. Amin.
 

Aisya Rahim Copyright © 2010 Designed by Ipietoon Blogger Template Sponsored by Online Shop Vector by Artshare