Kisah naik teksi akhirnyaaaa......

By Aisyah Rahim at Wednesday, September 02, 2015
Assalamualaikum w.w.t,

Alkisah satu hari yang aku dah tak ingat bila. Tapi agak lama dah benda ni berlalu. Aku kenal pakcik Teksi yang aku namakan di sini sebagai Pakcik A. Aku kenal masa aku naik teksi dari Ampang Park ke Nursery anak aku dekat area berdekatan.

Aku ni suka bercakap, so aku sembang-sembang dalam teksi pakcik A ni. Kalau tak salah, aku bertanyakan mengenai leather seat yang dia buat dekat seat teksinya. Sebab terlalu kemas pada aku jahitan seat tersebut. So aku pun risiklah di mana tempat Pakcik A buat seat tu.Tapi bukan leather ye.Ala-ala leather tu.. PVC kot kalau tak salah aku. Hehe sorry sebab tak tahu sangat.

Pastu pakcik A minta no tel husband aku untuk bagi lokasi kedai untuk buat seat tu. Aku cakap, takpe pakcik boleh bagi kat no tel aku je. Sebab pada aku bukannya apapun, just nak bagi lokasi kedai je kan. So Insha Allah takde masalah pada aku dan husband aku. So pakcik A pun send location kat no tel aku.

Oh lupa nak bagitahu, kalau husband aku outstation, aku akan naik teksi untuk ke nursery anak aku atau terpaksa balik awal dari office atas sebab-sebab tertentu. Gittew ye. Ok lepas aku jumpa husband aku, tetiba dia bagitahu yang dia kena outstation untuk beberapa hari. So dia suggestkan aku naik teksi dari nursery anak aku ke LRT station.Sebabnya susah nak ke sana kalau takde kenderaan, bukan aku taknak drive parking ke sana. Aku ada alasan sendiri!

Tetiba teringat yang baru je aku dapat no tel pakcik A lepas dia send location kedai seat tadi kan. Alhamdulillah... Bukan senang nak dapat no tel Teksi memandangkan nursery anak aku tu susah sikit nak dapat teksi. Perancangan Allah tu adalah yang terbaik. Insha Allah..

Bermula dari saat itu, kalau husband aku outstation je aku akan contact Pakcik A untuk ambil dan hantar aku ke nursery anak aku atau ke LRT station. Lama kelamaan hubungan kami menjadi rapat. Bukan setakat aku je, husband dan anak aku pun baik dengan Pakcik A. Malah isteri dan anak lelaki Pakcik A juga rapat dengan aku dan husband aku. Pakcik A bahasakan Atuk dengan anak aku. Pakcik A dengan Makcik baik sangat, Ada juga kami berkunjung ke rumah Pakcik A pada hari minggu dan juga bulan Puasa baru-baru ni. Rasa beruntung sangat aku kenal orang yang baik-baik. Syukur.. perkanalan kami hanya disebabkan aku naik teksi Pakcik A je. Dan Pakcik A dan Makcik anggap kami macam anak angkatnya.

Beberapa minggu lepas kami keluar makan sekali. So jom layan gambar kami.

Ibrah main dengan nenek dan atuk

Pakcik A & isteri

Lauk sedap sangat

Susah benar nak ambik gambar dengan si tenit

Tengok tuuu

Aduhai sayang

Haaaa oklah sikit
 Okay tu je nak cerita. Kesimpulannya pada aku, kalau kita berbuat baik pada orang disekeliling kita Insha Allah Allah akan ketemukan orang-orang yang baik dengan kita.



0 suka menconteng =):

 

Aisya Rahim Copyright © 2010 Designed by Ipietoon Blogger Template Sponsored by Online Shop Vector by Artshare