Seperti Hilang.

By Aisyah Rahim at Friday, December 25, 2009 1 suka menconteng =)
Baru je. Tak lama. Baru je. Ok? Tiba-tiba handphone saya buat hal yang sama macam dulu. Screen dia tiba-tiba macam tak nak menyala sampai sekarang. Sedih. Handphone tu adalah yang kesayangan sebab adalah pemberian seseorang.

Dah mengadu dan dipujuk. Baru ok sikit. A bit la if ok pun. Yang rosak tu Nokia N76. Ingat nak tukar yang baru. No slide And no flip. Nak yang Nokia, simple dan ada camera. Siapa yang ada cadangan? Camera kalau boleh nak yang oklah. 2 megapixel kira ok jugaklah. Nak yang boleh guna memory card. Kawan-kawan blogger kalau ada suggestion, bolehla bagi ye. Sangat sedih sekarang.

Saya harap satu dari kawan saya juga jangan sedih-sedih. Please jadi kuat. Please Please jangan buat benda yang boleh dianggap "bodoh". Maaf dengan perkataan itu. Tapi fikirlah demi DIA, family dan rakan-rakan.

Tadi dah dapat tahu siapa penyelia untuk final year project saya. Tadi tak sempat nak jumpa dia sebab ada presentation LI (Latihan Industri). Okay je presentation. Berbekalkan keyakinan yang ada. Alhamdulillah dah settle. Thanks pada semua yang mendoakan saya. Sayang semua. Hug dari saya untuk semua.

Rindu juga pada dia yang telah menambat hati saya. Terima kasih. =)

Berdebar Semacam. =(

By Aisyah Rahim at Wednesday, December 23, 2009 6 suka menconteng =)
Besok saya ada presentation LI (Latihan Industri) aka praktikal. Saya kan lewat present. So now I am preparing my slide for tomorrow. Pray for me ya my blogger friends.

Thank You for your supporting.

=)

Me my self wish Good Luck for me my self. =p

Terima Kasih.

By Aisyah Rahim at Wednesday, December 23, 2009 3 suka menconteng =)
Alhamdulillah Follower saya dah cukup 10. Itu kira satu peningkatan bagi saya sebagai seorang blogger.

Terima Kasih semua kerana memberi sokongan kepada saya. Alhamdulillah.

Sekian. =)

Ini Tentang Hati.

By Aisyah Rahim at Tuesday, December 22, 2009 4 suka menconteng =)
Ermm.. Dengar tajuk cerita memang macam entah apa-apa kan? So, siapa yang tak nak baca sila close window anda sekarang.

Entry ni bukan pasal apa. Cuma nak betulkan keadaan dan salah sangka yang selalu orang tujukan pada saya. Ye saya mengaku saya ni tidak sesempurna mana. So, saya nak minta maaf awal-awal kalau ada buat salah dan silap pada sesiapa. Entry ini tidak ditujukan khas pada sesiapa. Cuma sekadar entry kosong saja. Hihi.

Saya sebenarnya tak suka kalau ada orang yang suka berprasangka pada orang lain.

Contoh 1: kalau kita tak cakap dengan seseorang tu sebab ada hal lain takkan terus nak kata pada orang tu terus nak kata kita tak ada mood kan? Apa salahnya tanya dulu kenapa tak cakap dengan dia? Entah-entah ada hal ke. Kan? Tengah berangan ke mengelamun ke. Apa-apa jelah sampai terlupa ada orang cakap dengan kita. Kan kan? Jangan nak main tuduh je. Bila dah selalu kena tuduh rasa bengang juga.Padahal kita sedikit pun tak ada prasangka nak tak ada mood dengan orang di sekeliling kita. Takkan setiap masa nak tak ada mood kan? Tapi perempuan ada masa-masanya je dia bad mood. So, please lah jangan salah sangka lagi. Please la. Okay?

Contoh 2: Masa YM. Kalau tak balas dikatanya bad mood jugak. Kenapa? Kenapa ye? Kenapa lagi? Tak fikir ke kita sedang buat apa. Ada orang datang ke, buat keja ke, apa-apa lah. Ye, saya mengaku saya pun kadang-kadang pernah berprasangka pada orang. Jadi jomlah kita buang perasaan buruk dan prasangka yang tidak elok itu. Katakan tak nak pada prasangka. Ehehe.

Contoh 3: Bila kita bergurau ada pula yang kata kita serius. Ini lagi tensyen kan? Sampai kononnya nak happy then last2 tak happy langsung. Salah siapa? Saya ke? Haha. Entahlah.

Ada banyak lagi. Tapi takkan nak cerita semua kan? Nanti entry ni jadi entry paling panjang di dunia pulak. Hehe.

Tapi, saya selalu prasangka pada orang. Itu ini. Rasa macam nak ubah perangai. Yelah, Kita dalam hidup ni perlukan kawan, rakan dan sahabat. Kalau tak ada mereka-mereka ini, siapalah kita kan? Jom hargai semua yang ada di sekeliling kita.

Ni termasuk luahan ye. Hari ni penat sangat sebab beli barang yang sangat banyak. Penat gila. Dahlah barang tak angkut lagi semua ke kolej. Bila pula nak selesaikan yang ini? Adoi pening.

Sekian

Tiba-tiba.. Dengan serta merta dan secara tiba-tiba lagi..Huish...

By Aisyah Rahim at Monday, December 21, 2009 3 suka menconteng =)
Salam semua. Wah nampaknya dah lama saya tak update pulak. Rindu rasanya dengan blog kesayangan saya ni. Eceh. Hehe.

Sebenarnya... Sebenarnya kan... Saya rindu masakan mama saya. alaupun mihun gorengnya. Sangat menambat hati saya. Rasanya tak boleh lupa setiap masakannya. Hehe. Sedap.

Errmmm.. hari ni saya dah sampai di UKM. Dah dapat bilik baru. Tapi nantilah saya cerita dengan lebih lanjut. Sekarang tak ada masa sangat nak cerita. Hehe. Panjang ceritanya.  Tapi nanti saya ceritakan okay. Tapi kalau saya lupa, ingatkan ye.

Mengantuknya. Jam dah pukul 12.30 pagi. Esok tak ada kelas lgi. Maybe outing to find something for my new room.

Adoi kelas dah nak start. Presentation LI (Latihan Industri) hari Khamis. Must prepare a bit. Pray for me yea reders. Thank You.


Ni mihun goreng masakan mama.

Entry Khas

By Aisyah Rahim at Friday, December 18, 2009 1 suka menconteng =)
Selamat menyambut Maal Hijrah 1431.


May Allah Bless Us.

Teringat zaman dolu-dolu

By Aisyah Rahim at Friday, December 11, 2009 2 suka menconteng =)
Kadang-kadang bila fikir nak jadi kecil seronok kan? Heeee... Dulu saya sangat nakal. Suka buli adik-adik dan macam-macam lagilah perangai saya yang kadang-kadang buat saya benci dengan perangai dan tingkahlaku saya. Tak behave langsung.

Tapi biasalah budak-budak. Apa orang tua cakap pun bukannya nak dengar. Semuanya yang dibuat kira betul je bagi kita. Kan? Saya respect lah bila ada budak-budak yang memang tak nakal. Tapi ada ke? Kalau ada, sila angkat kaki eh salah sila angkat tangan. Hehe. Sila tak payah berbuat apa-apa bagi yang memang nakal. Hehe.

Bila zaman remaja pula lain ceritanya. Kan? Maisng-masing lagi fikir semuanya betul apa yang dibuat. Sampaikan kedang-kadang bila menyesal dah tak berguna lagi. Betul tak? Tapi semua manusia pun melalui zaman dan fasa tersebut. Siapa yang tak tu memanglah Pelik Bin Ajaib. Kan?

Masa kita kecil-kecil dulu mesti ada ramai kawan kan? Hehe. Tiba-tiba saya teringat satu cerita. Masa tu sekolah rendah tapi tak ingat darjah berapa. Masa tu juga saya masih di rumah lama. Rumah teres. Biasalah kawasan perumhan. Mestlah rapat dengan jiran tetangga  kan? Dulu masa saya tinggal dekat rumah lama, ada abang dengan adik ni berebutkan saya. Hehe. Tengoklah kecil-kecil dah ada orang berebutkan. Siap diorang sampai bergaduh dekat lorong rumah saya. Saya tak tahu pun, tapi aidik yang ceritakan. Sampai salah seorangnya, tak ingatlah abang ke adik ke dah rosakkan kereta lumba salah seorang daripada mereka. Nama mereka saya still tak ingat lagi Tapi kedua-duanya mula dengan huruf W. Haha. Masa ni kelakar. Ada banyak lagi cerita. Tapi masa tu saya macam tersuka dekat abang dia je. Tapi itu semua cerita lama. Masa kecil. Saya pun tak tahu kat mana lagi diorang sebab masa darjah 5 family kitorang berpindah kat rumah sekarang ni. Tapi kalau korang semua nak tahu, cinta saya pada yang satu iaitu yang sekarang ni saja.
Ececeh jiwang pula. Biarlah bukan selalu.

Saya ingat lagi, saya juga pernah bergaduh dengan kawan masa kecil. Kawan perempuan. Panjang cerita dia. Dan sampai sekarang saya tak tahu kenapa dia nak cari gaduh dengan saya. Siap bertulis surat bagai. Sumpah kelakar. Sampai sekarang bila berjumpa, kitorang tak pernah tegur. Kawan tu adalah anak kawan ayah saya. Sekarang dia dah pindah ke Perak. Jarang pergi rumah dia dah.

Lepas sekolah pergi matrik. Dekat matrik kenal dengan kawan-kawan. Kenal juga dengan si dia. hehe. Kat sinilah segalanya buat saya jadi matang. Ouh matang sangat ke? Tak adalah sangat. Hehe. Tapi zaman ni indah sangat. Saya rindukan segala-galanya. Si dia tu siapa? Nanti saya kenalkan pada kawan-kawan bloggers. Itupun kalau nak lah.  Dengan kawan-kawan matrik juga selalu jumpa sampai sekarang dan kitorang dah jadi macam family dah. Kitorang dah ada family tree. Nanti saya upload bila dah snap family tree tu. Kitorang letak dalam 1 kad yang sama dan ada banyak copy. Kad tu diberi kepada semua ahli keluarga kitorang. Ahli keluarga disini adalah kawan-kawan ni lah. Bukan ahli keluarga masing-masing. Faham ke? Kalau tak faham, sila tanya dan saya akan jawab soalan anda. Hehe.

Bila dah masuk universiti, saya kenal dengan banyak lagi kawan-kawan. Dan juga ada banyak pengalaman menarik. Masa awal-awal masuk U dulu, saya baik dengan 3 orang kawan tapi dah berpecah. Bukan berpecah apa, cuma kurang berjumpa sebabnya 2 yang laintu course lain dengan saya dan seorang lagi. Sekarang ada geng baru pula. Kalau buat kerja kumpulan kitorang mesti nak buat sama-sama. Macam tak suka verpecah. Hehe. Seronok kan bila difikirkan? Dari kecil kita dapat kenal pelbagai jenis kawan. Dan dari situ juga kta dapat kenal mana kawan, sahabat, rakan dan juga kekasih. Ala, sedihnya. Tak nak berpisah dengan kawan-kawan. Sayang semuanya. Sayang dia juga. Tak sangka dah dekat 6 tahun hubungan kita.

Okaylah. Sampai sini saja kot yang saya teringat. Nanti kalau ada apa-apa yang saya teringat lagi, saya ceritakan yea.

Boleh tak?

By Aisyah Rahim at Thursday, December 10, 2009 0 suka menconteng =)
Hari ni aku tak ada mood sangat-sangat. Moody gila.

Rasa tensyen je. Rasa sakit hati je.

Boleh tak?

Apa Pendapat Rakan-rakan?

By Aisyah Rahim at Wednesday, December 09, 2009 3 suka menconteng =)
Perlu ke saya letak chat box kat tepi sini?                     -->
Kalau tak perlu, saya tak nak letak.
Dan jika permintaan ramai, Insyaallah akan saya kotakan..
Jangan risau.

Masakan Mama

By Aisyah Rahim at Wednesday, December 09, 2009 0 suka menconteng =)
Hai

Dah rasa macam lama sangat tak update. Tiba-tiba hari ni terasa nak update. Bukan tak online langsung, cuma rasa nak rest sekejap. Hehe. Malas sebenarnya.

Okay biarin aja dong.

Jom cakap-cakap pasal cerita sebenar. Bukan cerita dongeng ye. Disebabkan tajuk entry ini adalah masakan mama, itu bermakna saya panggil mak saya mama. Bagi sesiapa yang panggil ibu, mak, mummy, ummi atau sebagianya sila tukarkan masakan mama kepada masakan _____ (yang korang panggil pada mak korang).

Oleh kerana kau sekarang tengah cuti yang agak panjang dan banyak menghabiskan masa di rumah. Aku selalu dapat merasai masakan mama yang enak-enak belaka. Walaupun hanya ikan siakap goreng dengan kuah kicap letak cili. Perghh! Sedap hingga menjilat jari dan pinggan. Haha. Teringat lagi masa kecil-kecil dulu kalau aku makan mesti sampai menjilat jari dan pinggan. Haha. Macam apa je. Tapi dah besar panjang dan bukan besar lebar ni aku dah tak menjilat pinggan. Cukup sekadar menjilat jari. Sunnah nabi kan menjilat jari tu.

Masakan mama sangat sedap sampai aku rasa tiada siapa dapat menandinginya. Eceh. Sebagai seorang anak kita harus membanggakna masakan mama. Kan? Aku sangat suka makan mihun goreng yang mama masak. Bukan apa, walaupun ia nampak simple tapi rasanya tak sama dengan orang lain masak. Aku rasa yang dekat kedai memang tak sama denagn mama masak. Itulah susah jadinya kalau belajar jauh-jauh. Betul tak? Tapi yang bestnya bila kita balik rumah sekali sekala, bila cakap nak makan itu ini mesti mama laksanakan. Hmm bangga. Hehe

Aku kalau makan mama masak mesti lebih dari 2 pinggan sekali makan. Kadang-kadang boleh menjangkau 5 kali untuk sekali makan. Sampai mengah aku dibuatnya. Tapi aku rasa mama puas tengok aku makan apa yang dia masak.

Jom makan masakan mama!


p/s: kalau jumpa makanan pun tak kira siapa yang masak, aku tetap makan. Haha

Hujan lebat

By Aisyah Rahim at Monday, December 07, 2009 6 suka menconteng =)
Hujan lebat di luar rumah. Taught that ingat nak blogging lama-lama. Saya kan baru permulaan untuk berblog menggunakan blog baru. This is my new blog.

Okay bila juhan tak berani nak on lappy lama-lama. Actually baru lepas mandi. Mandi sangat lewat. Biasalah hari cuti. Budak uni kan tengah holiday sekarang. Nak solat dan makan tengah hari. Yummy yummy!

Jumpa lagi!

Satu peringatan

By Aisyah Rahim at Sunday, December 06, 2009 2 suka menconteng =)
Hola.

Semalam saya tidur adalah agak lewat. Mula-mula plan nak tidur awal. Tapi tak tahu macammana saya terpack all my stuff yang nak di bawa balik KL again.

Saya balik KL on 15/12/2009 night. Mula-mula dah beli tiket bus 10/12/2009 but told my mom to change the date. Ok done that. Actually masa balik cutu hari tu, saya bawa balik banyak sangat barang sampai kena tinggal dengan Kakak tu. Sebenarnya saya yang minta ditinggalkan. Pardon me. If nak tahu lebih lanjut, click here.

Okay, mari sya ceritakan sedikit sebanyak tentang sya. Tak banyaklah, Okay, starting from 6/7/2009 until 20/11/2009, I must take the Practical course which mean almost 5 month like that. Practikal dekat Menara TM. During 5 moth practical, Ihave rent  a room at Flat Kg Kerinchi. So that dekat dengan Menara TM. Since dah tamat practicak thats why balik hari tu. Bawa balik banyak barang tujuannya tak nak bawa balik KL lagi. After thi, only one sem to go. I am studying at UKM Bangi. So, aktiviti pindah randah semua diuruskan sendiri cause my parents susah nak datang KL due on their busy. Sigh!

Okay tak nak cerita panjang sah.

After dah pack semua my stuff. Around 3++ a.m I go to my bed to have a sleep. Sekarang ni after dah 5 bulan practical asyik bangun awal, selalu je susah nak bangun lewat. Automatically around 6++a.m mesti terjaga. WTF lah.. Haha. Tapi bangu awal untuk solat lah. Maksud I bila dah bangun solat susah untuk sambung tidur. Kalau dulu bole je. Ni dah nak start study hope bole tidur bangun lewat. Tapi tak juga kalau dah kuliah awal pagi. Apa punya budak nak minta bangun lewat. Baguslah bangun awal kan. Mengucap mengucap. Tak ada kaitan.

Okay dag bangun pagi tu kemas-kemas rumah apa yang patut then tolong mama sikit-sikit kat dapur even tolong tengok itu adalah one type of tolong rite. Haha. Kidding!

Dah siap semua  saya makan untuk breakfast. Mihun goreng. Bihun ke mihun? Siapa tau? Ok lepas makan, start aktiviti blogging. Read blogs and read something interesting.

Aruond 1++P.m saya tertidur sampai pukul 4++ p.m macam tu. Lama sangat mungkin sebab tak cukup tidur kot.

Haaaa... Ini yang saya nak cerita sebenarnya. Mimpi yang menyebakan saya terjaga. Saya tak ingat sangat mimpi tu. Vut what I've remember is when we are in car, we must locked our car. Bukan masa tak ada dalam kereta je nak kunci pintu Kunci pintu kereta yang saya maksudkan ni adalah, contohnya masa kita nak beli gorang pisang tepi jalan atau stop whent traffic light is red. Kadang-kadang ada kereta yang auto lock tu tak apa, yang tak auto lock tu sila lock ok. Ingat!

Ini kerana, peragut-peragut sekarang dah makin maju. Boleh je diorang bukak pintu kereta kita cepat-cepat then rompak kita. Takut kan? So, be ware!

Satu lagi ada sesetengah kereta yang bila kita tak kunci pintu, secara autonya bonet pun tak kunci. Itu pun kena be ware! Mana tahu ada pearagut yang bijak akan pergi bukak bonet since dia tahu kita tak lock car.

Ini adalah satu peringatan sahaja. Untuk kita ambil iktibar daripada mimpi saya.

Orang kata tidur sebelum Zohor tak apa. Kan?

Jom sertai jalan-jalan

By Aisyah Rahim at Saturday, December 05, 2009 0 suka menconteng =)
Aku rasa hari ni macam nak jalan-jalan lah.. Hehe tapi bukan jalan-jalan kat luar or dalam rumah. Jalan-jalan yang aku maksudkan ni tengok-tengok blog orang. Heh. Menarik bukan? Mana tau dapat ILMU ke apa ke.
Jom ramai-ramai sempena weekend ni kita jalan!

Siapa yang nak aku singgah dan baca serta follow blog korang and link-link ke apa ke.
Just drop your link at the comment field.

Thank You.

aisyahrahim
xoxo

Deko Deko

By Aisyah Rahim at Friday, December 04, 2009 6 suka menconteng =)
Ouh peringatan. Ini bukan rancangan deko-deko yang dekat TV3 tu yea. Ini cerita aku mengenai gotong-royong mengemas rumah yang dah lama tak dikemas. Oh yeah!.Ohoho~

Pagi tadi aku bangun dalam pukul 10 lebih macam tu. Sebab hari ni dah dibagitahu awal-awal sebenarnya untuk kemas bilik aku. Bukan kemas apa actually nak exchange  almari dekat bilik adik aku ke bilik aku. Kerana almari di sana lebih muat untuk perempuan ok. Perempuan yang banyak songeh macam aku. Haha. Bukan tak nak beli almari baru, mama cakap tak lama lagi nak pindah ke Sungai Petani. Rumah dah lama siap tapi tak pindah-pindah sebab banyak masalah yang perlu diselesaikan misalnya pertukaran tempat kerja my parents. Ok dah tak nak lari tajuk (Haha tajuk pun tak ada kena mengena even adalah sikit kan).


Sumpah semak gila before kemaskini dijalankan.

Ok yang aku boleh jadi rajin ni sebab every Frday akan ada orang datang kemaskan rumah. Bukan pemalas okay cuma tak berkesempatan. Ececeh alasan. Okay abaikan. Penat oh pindah-pindahkan emua. Tapi apa yang penting KERJASAMA. Tak nyanyi okay.

Tengah kemas-kemas barang nak angkat apa yang patut, aku terjumpa ini.



Okay aku tahu ini tak ada apa pun bila pandang cuma ini membuatkan aku teringat sangat kerana ia adalah pemberian seseorang kepada aku. Ouh touching. Ingat juga dia padaku. Ececeh jiwang.

Dah penat lelah segala bagai, akhirnya DONE with flying colours. Haha tipu je. Ini bukan exam yang dapat result cemerlang. Ini dengan rasa sangat puas hati.


Ini belum siap semua baju nak gantung. Cuma puas hati nampak kemas.


Ini dia yang tak seberapa.

Finally siap!

Maybe akan ada sedikit perubahan di masa akan datang.

Apa nak jadi

By Aisyah Rahim at Thursday, December 03, 2009 4 suka menconteng =)
Wah title biar gempak!
Haha...
Saja nak cakap yang I malas nak update untuk seketika.

Sekian, terima kasih
 

Aisya Rahim Copyright © 2010 Designed by Ipietoon Blogger Template Sponsored by Online Shop Vector by Artshare