Sambutan Hari Raya 2015 Group IT

By Aisyah Rahim at Friday, July 31, 2015 0 suka menconteng =)
Assalamualailum w.b.t,

Ye ini adalah kisah semalam. Bulan Raya ni penuh dengan sambutan raya je ye. Tak kisah kat rumah sedara ke rumah kekawan ke office ke memacam lah jemputan yang diterima. Tapi ada jugak yang tak dapat pergi. Kenduri kawen pun penuh. Huhu. Pendek kata penuh perut lah bulan Raya ni. Huhu

So inilah kisah aku semalam. Sambutan Hari Raya Group IT. So stall Division kitorang berlatarkan negeri Kedah & Perlis. Tema weolls haruslah hijau kuning. Hijau kuning negeri kedahku... Erkkk Perlis lak camno?? Haha. Maka tema hijau kuninglah aku jugak haritu. Nasib ada ya baju color hijau dan tudung kuning. Kalau tidak, takdolah kena mengena dengan tema hijau kuning. Kira tak masuk temalah kalau tak sama betul tak. Hehe.

Pepagi tu sampai kat tempat kejadian terus tolong pape yang patut. Setup sikit2 sebelum masuk meeting. Gigih ye bos bos I nak jugak buat meeting pada hari kejadian tu. Hikhikhik. So layan jelaaa. Lepas meeting boleh terus turun makan makanan yang lazat lazat itu. Hahahaha (Sambil gosok perut)

Dah taktau nak sembang apa lagi, meh layan gambo semalam. Idok lah banyaknyer gambonya ni tapi bolehlah. Zaaaaaassss

Setup our stall

Ready to serve tapi kena tunggu ucapan VP dulu sebelum start makan2

Posing lepas setup stall

Our unit tapi still sorng tertinggal sebab sibuk salin baju raya

Officemate

Geng lepak dolu2 masa bebujang

Geng unit yang freestyle

Bos2 aku

Bos2 jugaklah
 
Foods

Sebahagian Division aku

Bos yang baik hati serve untuk tetamu

Pilih dik pilih

Housemate masa bebujang dolu2

Ronda2 cari makan

Stall kami terbaik ok. Tempat pertama!!

Okay sesudah makan, haruslah perut dah ketat malah baju pun sendat. Nak kena start diet semula supaya gojes dan selim melim uolls. Barulah cun! Haha

Tapi apakan daya, pergi ke sana nampak makanan, pergi ke sini pun nampak makanan. Almaklumlah bulan raya.

Esok suamiku exam, lepas tu ada open house rumah bos beliau. Kenduri rumah officemate aku macam tak dapat pergi. Huwaaaa teringin nasi kenduri.

Ok dah lah. Chow dulu

Bye bye

Rezeki Itu Milik Allah

By Aisyah Rahim at Wednesday, July 29, 2015 0 suka menconteng =)
Assalamualaikum w.b.t,

Harini rasa nak berceloteh pasal rezeki. Pada aku rezeki tu subjektif. Kenkadang kita tak tahu apa rezeki kita esok dan akan datang. Yelah, sebabnya rezeki, ajal maut & juga jodoh tu dah ditetapkan oleh Allah sebelum wujudnya kita di dunia. (Eh betul tak ayat ni??) Kalau salah betulkan eh. Tapi lebih kurang cenggitulah kan.

So apa yang korang tahu pasal rezeki?

Apa yang aku faham mengenai rezeki...

Kredit dari http://hafiszankamarudin.com/2014/04/maksud-rezeki-dan-doa-dimurahkan-rezeki-allah/

Maksud rezeki sangat luas malah boleh diterjemahkan dalam pelbagai aspek. Rezeki bukan hanya tertakluk kepada duit sahaja semata-mata.
Rezeki meliputi makanan, pakaian, kesihatan, rumah yang luas, kenderaan yang selesa, isteri-suami yang soleh, anak-anak yang soleh malah juga termasuk dengan badan yang sihat, mampu tersenyum, dipermudah urusan untuk melakukan tugasan atau pergi ke sesuatu tempat, dan dapat tidur dengan lena.
Perkataan rezeki berasal daripada perkataan arab “rizq”, yang secara literalnya bermaksud “sesuatu yang diberi atau dikurniakan”.
Allah adalah pemberi rezeki yang mutlak dan memberi sesiapa sahaja rezeki-Nya. Sama ada umat Islam atau bukan Islam. Ia adalah refleksi kepada sifat Maha Esa, iaitu Maha Pengasih dan Maha Pemberi.
So kita sebagai umatNya, kenalah sentiasa bersyukur dengan rezeki yang dikurniakan. Kalau kita tak bersyukur, macam-macam kita akan rasa. Pastu janganlah nak dibandingkan sangat dengan kehidupan orang lain sebabnya rezeki dia Allah dah tentukan macam gitu. Kalau jeles macam mana sekalipun, kau cuba berusaha untuk dapatkan. Kalau ada rezeki, Insha Allah ada untuk kita. Gituuu...

Image result for rezeki

Kenapa aku cakap rezeki itu Allah dah tentukan? Cuba bayangkan, harini kita pergi kerja seperti biasa. Kononya ke cafeteria untuk membeli makanan untuk sarapan, sedang pilih makanan tetiba terjumpa kawan then masa beratur untuk bayar makanan tu, tetiba kawan tu cakap dia bayarkan. Dia nak belanja. See? Nampak tak rezeki kita yang hari ni sarapan kawan kita dah belanja. Maknanys Allah dah tentukan rezeki kita pagi ni kawan kita belanja. Alhamdulillah murah rezeki kawan ni. Insha Allah mudah-mudahan

Contoh lain pula bila bos ajak teman dia ke suatu tempat untuk suatu urusan. Tetiba dah sampai waktu lunch. So memasing cari tempat untuk lunch. Ingat nak pergi bayarkan lunch tadi, rupanya bos dah bayarkan lunch kita. Nampak tak rezeki itu macam mana.

Contah akhir pula bila hujung bulan kita akan dapat gaji kan bagi yang makan gaji macam aku. Kononnya dapat gaji RM4000. Contoh ye. Dalam RM4K tu bukan aku belanjakan untuk aku sorang je duit tu. Ada bagi ke sini bagi ke sana, bayat itu bayar ini. Last-last tinggal untuk belanja kita hanya berapa duit je. Gituuuu. Nampak tak yang duit gaji kita tu bukan 100% rezeki kita, mungkin ada berapa % rezeki orang lain.

Rezeki tu memang luas. Bukan rezeki itu semata-mata duit. Luas sangat rezeki ni. Dan kadang-kadang kita tak jangka itu rezeki kita. Tapi at least kita berushalah untuk cari rezeki tu apatah lagi rezeki yang halal.

Jadi, bersyukurlah dengan rezeki yang Allah kurniakan tu. Kalau rasa nak lebih sialalh usaha lebih. Kalau rasa dah cukup setakat tu, dah cukuplah rezeki yang kau dapat setiap haritu. Ikutlah usaha kau kan. Jangan lupa bersedekah.



"Tangan yang memberi lebih baik dari yang menerima".
Dan ingat kalau kita sedekah kat orang yang memerlukan tu takkan miskin kita ni, percayalah. Malah kita akan dapat lebih ganjaran pahala dan akan dapat sesuatu mungkin.

Tu je kot nak sembang-sembang pasal rezeki ni. Jom amalkan doa murah rezeki




'Bekal' of the day

By Aisyah Rahim at Tuesday, July 28, 2015 0 suka menconteng =)
Assalamualaikum w.b.t.,

Sekarang mood rajin nak buat bekal untuk Ibrah kena ada. So teruja sangat sampai terbeli buku resepi ni.
300++ Resepi & Panduan Lengkap

Menu yang baru cuba
Terus buat menu Makaroni & Keju ni untuk Ibrah. Malay sangat ken aku ni. Mcaroni & Cheese untuk Ibrah lah ye.

Tapi tapi tapi tertinggal nak beli cream. So guna apa yang ade jelah


Rebus Macaroni

Tumis bawang dengan planta

Macaroni siap di tos

Cheddar Cheese

Bunga kubis

Tomato ceri

Tepung gandum

Oregano

Goreng macaroni

Tada!! Siap!

Tu je yang mampu aku buat untuk first try. Tak penah buat macaroni cheese tau.

Nanti kalau rajin kita up lagi bekal untuk Ibrah ye.




#Throwback: Ibrah's first ride

By Aisyah Rahim at Tuesday, July 28, 2015 0 suka menconteng =)
Assalamualaikum w.b.t.,

Yeay Ibrah dah pandai ride. Ummi dengan babah eksaited sampai Ibrah kena naik 2 kenderaan.

Mula-mula eksaited

Masih suka

Dah start buat perangai

Redha jelah anak oi
 Nasib mu lah wahai Ibrah, ummi dengan babah pulak yang excited. Hehe

Raya oh Raya

By Aisyah Rahim at Tuesday, July 28, 2015 0 suka menconteng =)
Assalamualaikum w.b.t;

Salam Aidilfitri dari kami. Jom layan gambar Raya di Kedah. Ada lagi yang bila beraya je tak sempat snap sebab malas dan pelupa nak snap. So ni je yang ado. Layannnnsss

Rahim's Family



Abah & Mama
Razni's little family
Muhammad & Atikah

Aminah


Anas

Amir
Bukhari

Raya pertama

Raya di Kulim
Raya Kedua





Selfie Raya empat

Raya di Kampung Hubby di Penang

Beraya di Kulim lagi
Ok tu je aktiviti Raya kami tahun ni plus ada yang gambar takdok kat sini.

Selamat Hari Raya....

 

Aisya Rahim Copyright © 2010 Designed by Ipietoon Blogger Template Sponsored by Online Shop Vector by Artshare