Menghiburkan hati si bongsu

By Aisyah Rahim at Tuesday, August 04, 2015
Assalamualaikum w.b.t,

Aku ada 6 orang adik badik. yang bongsu iaitu adik yang akhir sekali ataupun anak ke enam dari adik badik kami now tengah belajar di Asasi Permata Pintar di UKM Bangi. Alhamdulillah result SPM beliau sangat cemerlang dari result SPM aku. So rezeki beliau di Asasi Permata Pintar ni. Actually beliau ada dapat tawaran di Matrikulasi jugak. Sama matrik dengan aku di Gambang, Pahang. Tapi weolls semua decide untuk Asasi ni. So beliau pun bersetuju untuk sambung ke Asasi ni. Salah satu sebabnya kenapa weolls nak beliau sambung di Asasi ialah kerana dekat dengan abang-abang dan kakak-kakaknya. So senanglah sikit kalau ada apa-apa ke kalau mama and abah aku datang pun senang ada tempat leh tido sebab rumah aku dekat je dengan UKM nun. Gittew!

So disebabkan beliau ni anak manja sikit dengan mama aku kan. Biasalah anak bongsu. Tetiap minggu mama akan visit dia kat hostel. Lagipun masa sekolah menengah dia di Yan dengan Sungai Petani dekat jugaklah even tak dekat mana. Ni pun dia berjauhan dengan parents aku dengan jarak yang agak jauh kan. Kira macam aku as kakak sulung kenalah jenguk adik-adik kan. Kakak mithali la tuw. Haha

Weekend baru-baru ni hari Sabtu tu aku pun buat keputusan nak ajak beliau breakfast. Then pergi ambil beliau di hostel terus pegi cari kedai makan untuk breakfast. Kesian pulak kan kat beliau asyik-asyik makan di hostel je. So cariklah kedai makan yang ada nasi. Beliau nak makan nasi ye. Taknak makanan ringan-ringan.

Meh layan jer adik aku nak makan apa. Lagipun aku ni taktau kedai makan best-best kat area bangi ni sebabnya aku bukannya food hunter pun. Kalau aku tahu wujudnya kedai tu, aku akan ke sinun je sampai rasa dah muak. Haaa gittew ye. Bukan kejap eh nak ke sana kejap nak kedai makan sini. Bukan aku ye. Sebab tak gheti den nak cari kedai makan sedap-sedap ni. Erghhh kadang-kadang tu stress jugak nak mencari kedai makan yang masuk dengan tekak ni ha.

Tunggu order

Hambik kau. Nasi 2 bukit, plus nasi aku suku lagi
Banyak kan. Walhal orangnya kurus kering tak macam aku. Huwaaaaa nanes aku tengok sebab aku pun tak dapat makan dan nak habiskan nasi banyak ni. Maunya pengsan aku kat situ lepas telan.

Ibrah makan roti ye sayang, nasi lemak aku kunyah-kunyah suap ke dia

Ibrah teman pakshu ye

Rahsia kopiam rupanya
Okay macam mana aku boleh pergi makan dekat Rahsia Kopitiam ni? Alkisahnya lepas balik dari Raya hari selasa malam tu lepas baru sampai dari Kedah nak hantar adik aku ni ke UKM. Carilah kedai makan yang berdekatan, sebab lapo kan. Nak berhenti kemain ramai orang dekat R&R. Tak kuasa mak hencik nak behenti kecuali isi minyak dan buang ayo kecik ye.

So pusing punya pusing punya pusing dekat area dekat dengan UKM tu, ni je kedai makan yang aku yakin sikit nak makan. Sebab Melayu. Lepastu cam bersih jugaklah. Oklah kan sebab adik aku tak berapa lalu nak makan dekat mamak. Geli katanya. Alhamdulillah harga berpatutan. Tapi malam tu punya makan aku taktau berapa kena bayo. So yang breakfast ni aku hanya bayo RM14.50 untuk nasi lemak biasa 1 makan dan 1 lagi tapau untuk hubby, 1 nasi lemak ayam yang double nasi, air milo ais dengan teh tarik. Oklah kan.

So tu cerita perihal adik aku. Selamat belajar leklok ye. Buktikan kau boleh!



0 suka menconteng =):

 

Aisya Rahim Copyright © 2010 Designed by Ipietoon Blogger Template Sponsored by Online Shop Vector by Artshare