Kekonon nak merasa naik ETS dari KL ke Sg Petani

By Aisyah Rahim at Tuesday, August 11, 2015
Assalamualaikum w.b.t,

Korang tahu kan ETS dah siap dan dah boleh digunakan setelah pelancarannya 11 Julai 2015 haritu. Haaa so apa lagi plannya aku nak balik ke Sg Petani hujung bulan ni yang ada cuti sempena Hari Kemerdekaan tu. So aku pun gogle harga ETS dan stesen yang sepatutnya untuk aku turun kat Sg Petani.

Ok korang kalau nak naik ETS dari KL ke destinasi-destinasi menuju ke arah Utara boleh refer Jadual Perjalanan di bawah. Untuk pengetahuan korang, perjalanan pertama perkhidmatan ETS untuk jajaran itu berlepas dari stesen KL Sentral tepat 9.30 pagi dengan membawa kira-kira 80 orang penumpang. So take note ye pukul 9.30 pagi dan jangan lambat. Karang kena tinggal dek ketapi. Tak dapek den nak nolong yo.

Info dari http://www.astroawani.com/berita-malaysia/jadual-perjalanan-dan-senarai-tambang-tren-ets-65830

Jadual Perjalanan
Harga dari KL Sentral ke Padang Besar

Harga tiket ETS (Klik gambar untuk view lebih besar)
Ok lepas google, aku pun cek lah kat website untuk seat yang masih available untuk hujung bulan ni 28/8/2015

Boleh ke website Website KTMB untuk pembelian tiket secara online.

Login dulu ye (Klik gambar untuk view lebih besar)
Keluar info kita lepas login then click "Ticket Reservation" (Klik gambar untuk view lebih besar)
Then pilih destination korang ye sekali date (Klik gambar untuk view lebih besar)

Korang boleh pilih Coach mana yang korang na dari A-E. Fully booked!!! =(
(Klik gambar untuk view lebih besar)
Huwaaaa fully booked laaaa.. Frust tau. Kalau keluar patung merah ni memang fully booked ye korang. Jangan nak happy-happy pulak. Tapi boleh cek coach lain kot-kot ada yang available. Tarikh ni memang nan hado ye. Semua coach fully booked. Takpa next time akan ku cuba lagi.

Ok tu je cara-cara nak booking tiket ETS ye.

Selamat Mencuba



0 suka menconteng =):

 

Aisya Rahim Copyright © 2010 Designed by Ipietoon Blogger Template Sponsored by Online Shop Vector by Artshare