Please tell me how

By Aisyah Rahim at Friday, August 20, 2010
Salam ramadhan semua.

Hmm.. Hari ni dah genap 10 kita semua berpuasa kan. Seronok sangat bila bulan ramadhan ni. Rasa tenang aje. Tapi setenang-tenang pun ada juga rasa sedikit tak tenang.

Saya nak tanya lah, macam mana eh nak singkirkan sesuatu atau benda yang kita sayang tu dari hati dan perasaan ni dengan begitu mudah? Nak sangat. Memanglah senang orang cakap itu ini apa semua untuk lupakan, tapi bahu yang memikul ni ha yang tahu apa yang dirasa.

Tapi alhamdulillah hari demi hari semuanya makin okay. Amin, hendaknya sampai ke sudah.

Bukan senang kan nak lupa sesuatu tambah-tambah pula benda tu terjadi secara mengejut. Hish kadang-kadang tak boleh terima tapi terpaksa terima. Sebabnya kita tak nampak lagi hikmahnya, mungkin kita akan dapat sesuatu yang lebih baik. Tapi if dapat sesuatu yang lebih tak baik macam mana? Nauzubillah. Mintak simpanglah dari semua tu. Tapi semua tu kuasa Allah.

Ni ceramah free ye. Hehe. Terasa nak membebel sebab lama tak membebel. Nak bebel lagi, tapi nanti ada orang bising pulak bebek tengah-temgah malam ni.

Tadi masa berbuka saya makan banyak sangat. Hish takut berat saya naik lagi. Bukan senang oh nak turunkan berat badan ni. Nak naik nerat badan memang senang tak payah cakap. Tutup mata sambil makn pun boleh naik. Haha. Tengok membebek lagi.

Dah nak raya dah. Raya tahun ni tak sama dengan raya 4 tahun lepas. Sedihnya. Tapi tak apa. Life must go on. Be strong aisya! Chaiyok!

Jomlah ready untuk tidur. Dah lewat ni nanti tak bangun sahur pulak. Pagi tadi dah sahur lambat. Tapi afdhal kan. Insyaallah.

Sekarang tengah kuatkan hati dengan penuh semangat melakukan sesuatu yang memang susah. Dengan izinNya, insyaallah. Doakan yang terbaik buat saya ye.

Kadang-kadang ada benda yang kita boleh cerita dekat orang dan ada juga benda yang kita kena keep sorang-sorang supaya orang tak tahu.

So, jom berundur dulu. Selamat bersahur dan jangan lupa bangun sahur.

Goodnite =)

2 suka menconteng =):

kayna on August 22, 2010 at 11:33 PM said...

heyy be strong ok
bangun solat tahajud malam2..mintak Allah kuatkan dan tabahkan hati..tu laah ubat dia insyaallah..may ramadhan brings u happiness..:D

Aisyah Rahim on August 22, 2010 at 11:48 PM said...

Thanks Kayna.
I will. Insyallah.
I always try the best for myself too..
=)

 

Aisya Rahim Copyright © 2010 Designed by Ipietoon Blogger Template Sponsored by Online Shop Vector by Artshare