Showing posts with label Rindu. Show all posts
Showing posts with label Rindu. Show all posts

Happy melambung-lambung

By Aisyah Rahim at Saturday, October 09, 2010 0 suka menconteng =)
Tadi saya just baring-baring while waiting for my parents to come back from bacaan yassin di masjid berhampiran. Thought dapat teman my mom ke sekolahnya untuk kemaskan barang-barang kan nak pindah sekolah lain dah. Tapi ada majlis sikit dekat masjid tu so my mom cakap tak jadi nak saya temankan. So continue baring-baring dengan perasaan bosan. Jangan ingat saya asyik baring je ye. Tadi pagi penat mengemas dan membasuh. See saya sangatlah rajin. =p

Tiba-tiba i received a call from someone yang dah lama saya tunggu-tunggu selama ni. Ingat lagi 2 entry saya pasal menunggu seseorang tu? Here kalau tak pernah baca sebelum ni or even you all dah lupa : click sini dan sini. Mula-mula dia call just cakap dia tu kawan saya masa belajar dan grad sekali. Saya macam dah recognise dia punya suara. Tapi nak pastikan betul-betul then i tell dia punya nama (Kenapa tak nak cakap his/her ada sebabnya ye. Sorry.). Nervous gila kot tadi. Happy jugak ada. Tak sangka sangat-sangat. Macam mimpi jugak ada tapi itulah realiti. Dia cakap handphone dia hilang. Bersyukur sangat usaha saya selama ni berbaloi. Thanks to my lovely cousin yang bagi idea tu jugak. Kalau tak, entahlah.

Lama jugak we all chit chat on the phone then cerita sikit-sikit pasal dia dan saya. Happy tu sangatlah tak tergambarnya. Keajaiban itu mungkin akan berlaku sesekali. Percayalah. Tuhan dah tentukan segalanya.

Mode : happy tapi tak nak happy sangat. Tak sabar nak balik KL. =p Hope everything gonna be fine after this. Amin.

Aku merinduimu

By Aisyah Rahim at Saturday, October 09, 2010 0 suka menconteng =)
Dulu saya ada dia. Saya kenal dia since my secondary school. Masa tu saya tinggal di hostel. Tapi tak ingat masa form berapa kenal dia betul-betul dengan rapat sekali. Haha masa dulu-dulu dia lah rakan dan sahabat. Buat jahat sama-sama. Seriusly kitorang pernah kuar ikut pagar belakang sekolah berdua je sebab nak beli makanan. Lapar sangat kot malam tu. Sampai dikejar oleh lelaki. Berlari-lari kitorang sambil membimbit beberapa bungkus nasi yang dipesan oleh kawan-kawan yang lain. Gila ahh masa tu. Lapar punya pasal sanggup keluar ikut pagar belakang tapi we are so lucky sebab tak ada warden yang tahu. Fuhh. Actually banyak lagi kitorang pernah keluar ikut pagar tepi dan depan. Tapi masa siang la lepas sekolah. Tapi pernah sekali je kantoi. Huish. Apalah saya ni tak nak ingat lagi. Tak suka.

Okay sebenarnya nak cerita pasal someone that i really miss gila tak tahu nak cakap macam mana. Masa sekolah dulu dengan dialah yang saya paling rapat. Rakan tidur dalam kelas. Semua cikgu dah tahu. Haha. Nakal. Biasalah budak asrama. I know semua orang yang tinggal di asrama semua sama je. Kan kan? Jangan tipuuulahh!. Hehe.

Last saya jumpa dia pun secara tidak sengaja. Masa tu tahun 2007 kalau tak silap. Saya dekat stesen lrt Masjid Jamek kot tak ingatlah. Tengah tunggu train sambil sembang-sembang then terpandang dia. Sumpah tak percaya masa tu. Sangat tak sangka dan memang tak tersangka lah. Haha. Rindu sangat masa dengan dia. Masa lepak dekat rumah dia. Masa dia datang tidur rumah saya. Dia pakai baju sekolah saya dan ikut saya pergi sekolah saya sebab tu saya dah pindah sekolah sebab tak sama sekolah dengan dia dah lah. Sediihhh. =.=

Baru-baru ni saya try call dia punya no phone. But its not her. Means that dia dah tak pakai no tu lagi. Last yg saya tahu dia dah nak kerja dah. Saya nak sangat jumpa dia. Tak tahulah nak cakap macam mana. Bila bukak almari tengok ada benda yang she gave to me. Tapi ada yang dah hilang sebab adik saya lah main-main masa saya tak ada di rumah. Korang pun mesti teringat lagi kan masa korang sekolah-sekolah dulu. Best kan zaman kenakalan dulu. Dulu kitorang ada kakak angkat tau. Hehe biasalah girls school. Bila dia jumpa kakak angkat dia saya ikut dan begitu jugak dengan dia.

Saya tak suka bila lost contact dengan kawan-kawan sekolah lama dulu. Saya nak always keep in touch. Kita banyak tahu erti persahabatan masa di sekolah la kebanyakannya. Kan? Masa tulah susah senang sama-sama. Tapi even saya tulis entry ni mesti dia pun tak tahu. Tapi kalaulah dia rajin nak membaca blog-blog dan terjumpa blog saya, ketahuilah yang aku sangat rindu dekat hang Noor Ilyana.

Salah satu benda yang dia beri
Dia buat dua tau note ni. Satu untuk dia dan satu untuk saya.

Okaylah. Kenapa saya selalu merindui orang je lately ni. Haih.

My wish right now

By Aisyah Rahim at Friday, October 01, 2010 2 suka menconteng =)
Dear my loyal diary,
Saya selalu memohon pada Allah agar dia kembali walaupun telah ditakdirkan dia bukan untuk saya. Saya hanya mahukan penjelasan. That's all. Kita tahu apa yang kita rasa dan kita tahu apa yang kita mahu. Betul orang bilang 'penantian suatu penyeksaan'. Ini bukan cinta. Harap maaf! Saya tidak suka jiwang-jiwang buat masa sekarang. Ini rahsia hati dan tak siapa pun tahu.
Thanks my dear diary.

Never let my self forget

By Aisyah Rahim at Friday, October 01, 2010 0 suka menconteng =)
Dear lovely diary,
Setiap malam saya teringat seseorang itu. Dan saya masih pelik sampai sekarang kenapa dia telah meninggalkan beribu tanda tanya dengan panggilan misterinya. Sebelum hari raya itulah kali terakhir. Lebih tepat lagi malam raya. Saya mengharapkan jawapan terhadap pertanyaan-pertanyaan itu. Apa yang ada hanyalah sekeping gambar mms darimu yang selalu ku tatap untuk menghilangkan rasa rindu yang membuak-buak di dada. Itulah antara yang terakhir. Sumpah rindu! I harap U tampil memberi penjelasan. Dan apa yang lebih penting, kenapa kau hilang tanpa satu pun khabar berita?

8etul rasanya

By Aisyah Rahim at Sunday, September 26, 2010 0 suka menconteng =)
Saya pernah dengar kalau kita tiba-tiba teringat dekat seseoramg tu maknanya dia pun sedang mengingati kita. Hopefully la. Sebabnya saya sedang teringatkan someone. Dan harap-harap dia pun sedang teringatkan saya even sikit pun.

Tiba-tiba.. Dengan serta merta dan secara tiba-tiba lagi..Huish...

By Aisyah Rahim at Monday, December 21, 2009 3 suka menconteng =)
Salam semua. Wah nampaknya dah lama saya tak update pulak. Rindu rasanya dengan blog kesayangan saya ni. Eceh. Hehe.

Sebenarnya... Sebenarnya kan... Saya rindu masakan mama saya. alaupun mihun gorengnya. Sangat menambat hati saya. Rasanya tak boleh lupa setiap masakannya. Hehe. Sedap.

Errmmm.. hari ni saya dah sampai di UKM. Dah dapat bilik baru. Tapi nantilah saya cerita dengan lebih lanjut. Sekarang tak ada masa sangat nak cerita. Hehe. Panjang ceritanya.  Tapi nanti saya ceritakan okay. Tapi kalau saya lupa, ingatkan ye.

Mengantuknya. Jam dah pukul 12.30 pagi. Esok tak ada kelas lgi. Maybe outing to find something for my new room.

Adoi kelas dah nak start. Presentation LI (Latihan Industri) hari Khamis. Must prepare a bit. Pray for me yea reders. Thank You.


Ni mihun goreng masakan mama.
 

Aisya Rahim Copyright © 2010 Designed by Ipietoon Blogger Template Sponsored by Online Shop Vector by Artshare