Tujuan Saya Berblogging

By Aisyah Rahim at Friday, October 08, 2010
Hai everybody!! How are you today? Hopefully you are doing fine and same goes to me. Hehe. Saja nak mengisi masa lapang yang ada sebelum tidur ni. Sebenarnya dah lewat pagi ni. Mata ni tak nak terlelap. So saya saja nak story-mori kenapa saya berblog ni. Saya pun tak tahu kenapa saya mula berblog ni dan bagaimana saya mula terjebak dengan dunia blog ni. Kalau nak ingat-ingat balik jadik panjang ceritanya. Malas nak ungkit cerita lama cewah. Haha.


By Mr. Google
Dulu saya start berblog pun guna blospot ni rasanya then tukar kejap guna wordpress then tukar balik guna blogspot. Tu pun ada banyak accout tapi dah tak guna dah yang lain. Itupun atas sebab-sebab tertentu jugak yang malas nak diexplain disini. Bila saya buat email yang saya guna sekarang ni, saya terus buat blog ni. Dalam banyak-banyak blog yang pernah saya ada sebelum ni kan saya paling sayang yang ni tau. Tak tahulah kenapa saya sayang sangat dengan blog yang ni satu je. Mungkin jugak sebab blog ni guna nama saya sendiri dan blog yang sebelum-sebelum ni guna nama apa-apa entah. Haha.

Asalnya saya create blog ni senyap-senyap je tanpa bagitahu kawan-kawan saya. Saya kalau boleh tak berapa suka orang tahu pasal apa yang saya tulis dekat blog. Pelik kan. Maybe sebab saja suka-suka je nak berblog dulu. Tapi tulah, lama kelamaan saya pun tak tahu macam mana kawan-kawan saya tahu. Hehe. So saya biarkan aje orang nak tahu pun.

Dulu saya pernah privatekan blog saya ni atas sebab-sebab tertentu jugak. Sebab saya rasa biarlah blog ni jadi diari hidup saya seorang tapi bila fikir-fikir balik buat apa nak privatekan kan. Biar di publickan je. Boleh share pengalaman and something good with you kan.

Actually saya tulis blog ni saja je nak mengisi masa lapang yang tersangatlah lapang sekarang. Hehe. Seronok jugak writing for blog ni. Eventho i am not an author tapi ada jugak orang yang sudi baca hasil penulisan saya yang entah apa-apa dan tak menyumbang pun. Anyway, thank you guys. Sayang korang. Mmmmuahh! =p

Sometimes when i feel so sad i want to share my sadness to others too. Sebabnya saya tak nak sedih sorang-sorang. Dulu saya tak nak cerita sedih-sedih dekat blog ni sebab tak nak blog ni disurami dengan sadness. Tapi apa salahnya share kesedihan tu dengan kawan-kawan sebab at least kurang sikit beban yang ditanggung tu kan. Pasal kegembiraan saya pun saya akan publish jugak. Depends la. Okay.

Seronok jugak bila berblog ni sebabnya boleh kenal ramai orang dan kawan baru melalui alam maya ni. Kan kan? Bila dapat kawan baru boleh meramaikan kawan-kawan yang ada. Sesiapa yang sudi menjadi kawan saya thanks ye. Mungkin kadang-kadang saya ni tak pandai nak menghargai kawan. Saya tak nak tersilap dan terkurang dan terlebih langkah dalam persahabatan. Saya tak nak orang salah anggap dengan erti nilai persahabatan. Eh dah lari tajuk pulak. Ngee. Sorry. =)

Bila saya terbaca something interesting kat mana-mana saya rasa macam nak share dekat sini. Saya nak korang pun dapat apa yang saya dapat tak kira lah dari manapun. Sharing is caring rite? So lets share something after this. Jangan kedekut-kedekut ilmu. Tak baik. Tuhan marah tau.

Yang paling saya suka nak tulis dalam blog ni sebenarnya pasal kehidupan seharian saya. Tapi tak naklah everything yang saya buat tu saya tulis dekat sini. Tak manis jugak kan. Nanti bosan korang baca. Hehe. Saya pun bosan jugak. Tapi kan saya ni style malas nak tangkap gambar sangat sebab tu blog ni tak banyak gambar. Kalau betul-betul rajin dan mood tu ada, saya snaplah dan publish here. Serius memang saya ni pemalas habis. So biarin aja dong! Hehe.

Dan tujuan sebenar saya berblog malam ini adalah untuk memberitahu korang semua yang birthday saya dah tak lama. 21 oktober ni. Haa besar kau. Bila sampai tarikh ni genaplah usia saya 23 tahun. See dah tua kan saya. Bilalah saya nak kahwin ni? Nanti tua-tua sangat tak ada orang nak macam mana? Haha. Takpe-takpe rileks la. Jodoh tak ke mana. Apapun saya nak menunaikan kewajipan saya dulu. Baru nak fikir soal tu. Haha. Sumpah dah lari tajuk ni. Ok fine, sebelum umur saya 23 tahun ni banyak pengalaman gembira dan sedih yang saya lalui. Semua ni membuatkan saya menjadi lebih kuat. Insyaallah. Kadang-kadang orang tengok kita dari luar macam tak ada apa je, tapi di dalam hati ni tiada siapa yang betul-betul memahami melainkan saya sendiri dan Allah Yang Maha Mengetahui. Apa yang lebih penting disini kita kenalah menjaga hati dan perasaan kita sendiri dahulu sebelum orang lain sebabnya walau apapun yang terjadi kita sendiri yang akan menanggung semua tu. Kan? So, lu fikirlah sendiri seperti kata Nabil Raja Lawak tu.

Okaylah ada masa kita berjumpa lagi di lain masa. Hehe. Mesti bosan kan baca panjang berjela macam ni kan. Boleh mengantuk saya yang menulis ni pun. But while listening musics i can't sleep at all. All my roomie knows that i guess. Haha. Kesian diorang. Sorry ye my ex-roomie masa study dulu. Kesian korang yang baca entry saya ni yang taklah panjang sangat ni tapi sangatlah merapu ye. Haha.

So, till later. Good nite and sleep well tonite.

2 suka menconteng =):

The Sharkox on October 8, 2010 at 11:45 AM said...

Wish awai2....selamat hepi harijadi besday...yeay!
The Sharkox: Jejaka Kacak dari Sintok

Aisyah Rahim on October 8, 2010 at 8:00 PM said...

Awalnya Sharkox..hehe.btw thank u so muchhh! Yeay awk org yang the paling awal yang wish..

 

Aisya Rahim Copyright © 2010 Designed by Ipietoon Blogger Template Sponsored by Online Shop Vector by Artshare