Teringat zaman dolu-dolu

By Aisyah Rahim at Friday, December 11, 2009
Kadang-kadang bila fikir nak jadi kecil seronok kan? Heeee... Dulu saya sangat nakal. Suka buli adik-adik dan macam-macam lagilah perangai saya yang kadang-kadang buat saya benci dengan perangai dan tingkahlaku saya. Tak behave langsung.

Tapi biasalah budak-budak. Apa orang tua cakap pun bukannya nak dengar. Semuanya yang dibuat kira betul je bagi kita. Kan? Saya respect lah bila ada budak-budak yang memang tak nakal. Tapi ada ke? Kalau ada, sila angkat kaki eh salah sila angkat tangan. Hehe. Sila tak payah berbuat apa-apa bagi yang memang nakal. Hehe.

Bila zaman remaja pula lain ceritanya. Kan? Maisng-masing lagi fikir semuanya betul apa yang dibuat. Sampaikan kedang-kadang bila menyesal dah tak berguna lagi. Betul tak? Tapi semua manusia pun melalui zaman dan fasa tersebut. Siapa yang tak tu memanglah Pelik Bin Ajaib. Kan?

Masa kita kecil-kecil dulu mesti ada ramai kawan kan? Hehe. Tiba-tiba saya teringat satu cerita. Masa tu sekolah rendah tapi tak ingat darjah berapa. Masa tu juga saya masih di rumah lama. Rumah teres. Biasalah kawasan perumhan. Mestlah rapat dengan jiran tetangga  kan? Dulu masa saya tinggal dekat rumah lama, ada abang dengan adik ni berebutkan saya. Hehe. Tengoklah kecil-kecil dah ada orang berebutkan. Siap diorang sampai bergaduh dekat lorong rumah saya. Saya tak tahu pun, tapi aidik yang ceritakan. Sampai salah seorangnya, tak ingatlah abang ke adik ke dah rosakkan kereta lumba salah seorang daripada mereka. Nama mereka saya still tak ingat lagi Tapi kedua-duanya mula dengan huruf W. Haha. Masa ni kelakar. Ada banyak lagi cerita. Tapi masa tu saya macam tersuka dekat abang dia je. Tapi itu semua cerita lama. Masa kecil. Saya pun tak tahu kat mana lagi diorang sebab masa darjah 5 family kitorang berpindah kat rumah sekarang ni. Tapi kalau korang semua nak tahu, cinta saya pada yang satu iaitu yang sekarang ni saja.
Ececeh jiwang pula. Biarlah bukan selalu.

Saya ingat lagi, saya juga pernah bergaduh dengan kawan masa kecil. Kawan perempuan. Panjang cerita dia. Dan sampai sekarang saya tak tahu kenapa dia nak cari gaduh dengan saya. Siap bertulis surat bagai. Sumpah kelakar. Sampai sekarang bila berjumpa, kitorang tak pernah tegur. Kawan tu adalah anak kawan ayah saya. Sekarang dia dah pindah ke Perak. Jarang pergi rumah dia dah.

Lepas sekolah pergi matrik. Dekat matrik kenal dengan kawan-kawan. Kenal juga dengan si dia. hehe. Kat sinilah segalanya buat saya jadi matang. Ouh matang sangat ke? Tak adalah sangat. Hehe. Tapi zaman ni indah sangat. Saya rindukan segala-galanya. Si dia tu siapa? Nanti saya kenalkan pada kawan-kawan bloggers. Itupun kalau nak lah.  Dengan kawan-kawan matrik juga selalu jumpa sampai sekarang dan kitorang dah jadi macam family dah. Kitorang dah ada family tree. Nanti saya upload bila dah snap family tree tu. Kitorang letak dalam 1 kad yang sama dan ada banyak copy. Kad tu diberi kepada semua ahli keluarga kitorang. Ahli keluarga disini adalah kawan-kawan ni lah. Bukan ahli keluarga masing-masing. Faham ke? Kalau tak faham, sila tanya dan saya akan jawab soalan anda. Hehe.

Bila dah masuk universiti, saya kenal dengan banyak lagi kawan-kawan. Dan juga ada banyak pengalaman menarik. Masa awal-awal masuk U dulu, saya baik dengan 3 orang kawan tapi dah berpecah. Bukan berpecah apa, cuma kurang berjumpa sebabnya 2 yang laintu course lain dengan saya dan seorang lagi. Sekarang ada geng baru pula. Kalau buat kerja kumpulan kitorang mesti nak buat sama-sama. Macam tak suka verpecah. Hehe. Seronok kan bila difikirkan? Dari kecil kita dapat kenal pelbagai jenis kawan. Dan dari situ juga kta dapat kenal mana kawan, sahabat, rakan dan juga kekasih. Ala, sedihnya. Tak nak berpisah dengan kawan-kawan. Sayang semuanya. Sayang dia juga. Tak sangka dah dekat 6 tahun hubungan kita.

Okaylah. Sampai sini saja kot yang saya teringat. Nanti kalau ada apa-apa yang saya teringat lagi, saya ceritakan yea.

2 suka menconteng =):

Lovely Emy on December 11, 2009 at 6:40 PM said...

haah, rindu zaman dulu dulu :(

selalu gaduh dgn kawan kawan, zaman skg dah complicated..

apa apa pun tetap mhargai hari ini & esok :)

Mr. J @ pengerindu.com on December 11, 2009 at 7:59 PM said...

zaman mandi sungai best.. ponteng sekolah

 

Aisya Rahim Copyright © 2010 Designed by Ipietoon Blogger Template Sponsored by Online Shop Vector by Artshare