Selamat Hari Raya AidilAdha

By Aisyah Rahim at Sunday, November 29, 2009
Ye okay tak payah cakap. Dah lambat untuk mengucapkan selamat hari raya. Tapi nak cakap dan tulis jugak. Hehe.

Di kesempatan ini, saya aisyah rahim ingin mengucapkan Selamat Hari Raya AidilAdha buat muslimin dan muslimat terutama kepada keluarga tersayang, MFB tersayang, dan jugak rakan dan taulan yang dekat mahupun yang jauh secara langsung ataupun tak langsung. Jika ada salah dan silap harap dimaafkan dan halalkan lah makan minum aku yerk.

Ok dah cerita pasal nak balik raya haji ni. Nak dengar?

Angkat tangan (even I ca'tn see you). Huhu.

Begini ceritanya.... Untuk balik ke rumah aku di Kedah di mana aku sekarang tinggal di KL untuk praktikal. Ok sambung, untuk balik ke rumah ku, aku dah macam berjanji lah untuk tumpang kereta seorang kakak ni. Barang2 aku agak banyak sampai aku tak suspect banyak macam tu. Seaparu atau lebih barang aku dah di tumpang kan di rumah sepupu aku yang agak dekat dengan rumah sewa aku. Dah kemas2 pulak barang aku tu, tengok2 agak banyak. Aku adalah taku sekali bila fikir nanti tak muat untuk disumbatkan ke dalam kereta kakak tu.

Ok, after aku dah siap2 untuk balik, aku turunkan barang aku yang dari aras 3 dengan flat yang tak ada lift ok di ulang tak ada lift. Di mana flat ini agak buruk lah tapi tak adalah buruk mana pun. Tapi untuk praktikal, aku hanya layaaaaaaaannnnn~ Hehe.

Lepas dah turunkan barang segala dan penat lelah belum abih, kakak tu dah sampai dan dia nampak semua barang aku yang agak banyak tu. Dia pun call aku sebab masa tu aku kat dalam rumah sebab nak angkat barang sikit. Kakak tu cakap kereta dia dah penuh.then cakap punya cakap aku suruh kakak tu balik dulu sebab tak dapat nak fikir apa nak buat sebab masa tu dah sedih sangat (infiniti) sambil mata dah bergelinangan dengan air mata. Dan tak ada mood sangat. Aku call sepupu dan kawan aku kot2 nak tumpankan barang sikit lagi tapi dia tak ada kat rumah and kawan aku pula busy. ok fine. Aku pun suruh kakak tu balik dulu. Dia tak sampai hati sebenarnya. Tapi nak buat macam mana, dah barang aku banyak. Actually, aku dah habis menyewa kat rumah sewa tu.Thats why la aku tak nak letak barang dekat rumah. Lagipun ruah pangsa lama tu bakal dirobohkan tak lama lagi. Tapi tak tahu bila.

Ok after kakak tu dah balik, aku message dia, sepupu and kawan aku yang aku tak jadi balik. Aku call mama kata tak jadi balik. Seidh bai. Sebab aku dah berharap nak balik. Kau tahu aku meraung macam gila meroyan. Aku rasa 1 flat tu dengar. Sumpah malu! Haha. Annoying gila! Lepas tu sepupu aku terus call aku, dia cakap ok diorang pun memang nak balik Kedah. So, boleh tumpang. Tapi aku still menangis masa tu. Meraung macam orang gila laki. Dan kesudahannya aku balik dengan sepupu2 aku jugak malam tu.

Yang paling stress tu satu kampung tahu. Mama lah ni tak pandai simpan rahsia. Tu yang buat aku bengang. Sumpah itu semua buat aku rasa alu gila beb!

Now ni aku dekt Kedah. Tapi sebelum kitorang balik Kedah hari tu, We all singgah di rumah abang sepupu aku tu untuk ambil kucing2 dia. haha. Aku adalah tidur dengan kucing dalam kereta. Padahal takut gila kot dengan kucing. Tapi kucing tu dalam sangkar dan anak2 dia still kecik baru beranak. Haha.

Sampai rumah tok, kitorang tak tido sebab makan lah apa lah. Then sebelum balik rumah aku sendiri, ada cerita.

Nanti aku cerita. Ok dah balik rumah, aku pun tidur lama gila sebab masa tu 2 hai tak tido kot dalam kereta. Raya ke mana tapi still raya.

2 suka menconteng =):

kayna on December 2, 2009 at 9:26 PM said...

hahaha klaka weh ko meroyan kt flat sorg2..hik3

Aisyah Rahim on December 4, 2009 at 8:42 PM said...

tu la pasal kayna....
sumpah masa tu dah macam orang tengah gila talak rasa....
kalau ada orang recocr masyaallah maluuuuu....

 

Aisya Rahim Copyright © 2010 Designed by Ipietoon Blogger Template Sponsored by Online Shop Vector by Artshare