Showing posts with label true love. Show all posts
Showing posts with label true love. Show all posts

Selamat Hari Ulang Tahun Husband

By Aisyah Rahim at Friday, April 24, 2015 0 suka menconteng =)
Assalamualaikum w.b.t

Hai korang.... Ni cerita seminggu lebih yang lepas. Hehe. Alkisahnyerrr aku lupa 11 April adalah birthday suamiku yang terchenta ni. Serius tahun ni memang tak hingat sebab sibuk dan penat kot. Sibuk dengan macam-macam. Over taw!!! Tapi uolls yang tak tahu tu senyap jelah eh, percaye jelah yang aku nih memang sibok. Tak yah lah dok nak mengate kat belakang.... Tak baik...

Husband aku ni weekend memang dia bizi dengan kelas sebab sekarang dia tengah further master (Bukan nak menunjuk ok). Just nak bagitahu kenapa asyik takde time weekend. Haaaa gittew. Kang ade lak yang salah faham pulak kan ingat aku nak menunjuk.

Bangun je pagi tu husband aku dah bagitahu yang dia nak kek walhal isteri kesayangan dia ni memang lupa then memang tak terhiraukan lah sebabnya minggu sebelumnya husband aku ni baru balik dari Sarawak, so dia memang belikan kek lapis sarawak lah. Aku pulak bila dia cakap nak kek tu memang aku ingat dia nak kek lapis tu lah kan. Hehehe. Ape daaaa punya bini. Dah pulak waktu dia cakap tu aku tengah sibuk siapkan breakfast sebelum dia ke kelas dia tuh. Memang dalam hati tu kejap-kejap lagilah aku potong, takpun kalau nak cepat sila ambil sendiri. Haaaa.... Last-last dia tengok bini dia macam betul-betul tak ingat, dia terus announce lah yang haritu birthday dia. Aduhai... Kesian kat suami kitew tau dapat bini yang super pelupa. Tak patut tak patut..... Dan-dan tu jugak terus wish Happy Birthday Abang... I Love Youuuu So Muchh.... Maafkan daku sebab terlupa... Muah ciked..Mihmihmih =p

Lepas dia pegi kelas tu, aku terus wish jugak kat dalam FB. Hahaha Over kan. Nak jugak Up kat FB wish birthday husband kite.

Petang tu adik aku pulak surprise nak belikan kek untuk abang ipar dia nih. Adik ipar kesayangan katanya. So bermulalah episod nak surprisekan husband aku nih. Oklah nak taip husband panjang sangat, aku ringkaskan jadik Mr R je. So, bila Mr R balik je rumah, konon nak suruh dia pi mandi cepat-cepat sebab konon nak siap-siapkan kek time dia mandi then lepas dia keluar tu terus boleh surprisekan dia. Dia yang memang pelik dengan sikap aku tu pun sound aku apesal asyik nak suruh mandi jer. Agenda la sangat kan. Kaaannnnn.

Dah dia tanak mandi takpe. Biar je dia makan dulu, lepas je makan dia terus duduk depan TV. So aku kat dapur pun konon terus siapkan kek secara senyap2. Letak lilin, nyalakan lilin bla bla bla..Hahaha lawak bila dipikir-pikirkan. Dah siap terus bawa kek ke depan then terus kami ramai-ramai nyanyi lagu Happy Birthday kat dia. Muka macam terkejut lah jugak. Heehe..

Apepun layaaaan jelah gambar nih haaa. Penat dah nak taip. Layaaaannnzzzzz......

Muka memang excited dapat kek

Dari dulu memang tak reti nak tengok kamera

Haaaa.. Baru reti lepas penat suruh tengok kamera.

Ok tu je kisah birthday Mr R kite.

Selamat Hari Kelahiran serta hari peningkatan usia buat abang...
Semoga abang sentiasa dimurahkan rezeki, diberikan kesihatan yang baik, dan bahagia dengan sayang di alam rumah tangga kita... Insya Allah...
I Love You till Jannah.....



Pengajaran buat WANITA

By Aisyah Rahim at Tuesday, October 20, 2009 0 suka menconteng =)

Hari ni aku telah mendapat satu pengajaran dan juga nasihat oleh seseorang yang lebih tua daripada aku. Dah tentu dia juga adalah seorang WANITA. Okay hari ini cerita kita tentang WANITA yea.

Ini bukan perbincangan atau apa. Cuma pandangan dan pendapat saja. Aku rasa WANITA perlu berdikari. Berdikari bukan bermakna perlu berseorangan saja setiap masa untuk menghadapi apa saja yang bakal datang. Tak... Jangan salah faham dengan maksud B.E.R.D.I.K.A.R.I. ini.

Okay, WANITA perlu berdikari dalam masa2 tertentu saja. Fikirlah masa mana yang sesuai. Jangan terlalu mengharapkan LELAKI. WANITA juga perlu memilih LELAKI yang elok dipandang, beragama(taklah semestinya kuat agama, sebaik2nya begitulah), jangan biar dia mengurusakan wang kita(itu yang penting).

WANITA juga perlu ada aset sendiri. Jangan biarkan kita ditindas oleh LELAKI (dengar ye murid2 sekalian, haha jadik cikgu la pulak).

Jadi, sebagai kesimpulannya(bagi karangan okay?) kita haruslah memilih LELAKI yang sesuai dan memahami serta melayani diri kita sebagai WANITA seadanya.

Perlu juga memahami erti C.I.N.T.A yang sebenar dan fahami maknanya tersirat.

Akhir sekali, terimalah lagu WANITA oleh SN -->

Aku wanita punya hati nurani
Yang tak dapat dibohongi
Pabila cinta telah membutakan mata
Dan membuat tuli telinga
Apakah salah jika aku menyinta
Apakah salah jika engkau ternyata
Pilihan hati belahan jiwaku ini
Cintaku ini anugerah terindah
Dari yang maha kuasa
Cintaku padamu tak pernah berubah
Meskipun kita berbeza
Apakah salah jika aku menyinta
Apakah salah jika engkau ternyata
Pilihan hati belahan jiwaku ini
Aku wanita aku kaum hawa
Yang memang rapuh hatinya
Aku wanita aku punya cinta
Selayaknya manusia
Satu yang ku mahu
Ku wanita...
Yang hanya perlu kau fahami
WANITA


p/s : I love you
 

Aisya Rahim Copyright © 2010 Designed by Ipietoon Blogger Template Sponsored by Online Shop Vector by Artshare