Salam Ramadhan dan Selamat Pengantin Baru

By Aisyah Rahim at Thursday, July 02, 2015
 Assalamualaikum w.b.t

Nampaknya dah masuk pertengahan bulan Ramadhan, so alang-alang tu kita nak wish sekali Selamat Menyambut Bulan Ramadhan yang mulia ini. Pejam celik pejam celik, daaaahh 15 hari kita sebagai umat Islam berpuasa kan. Semoga semuanya sentiasa dalam rahmat Allah s.w.t.
Bulan Puasa ni bulan untuk kita berbuat Ibadat kan, so banyakkanlah ibadat korang ye. Buat setakat yang termampu. Insha Allah.

Untuk adik-adik tu, kakak nak pesan ni. Cewwah kakak ler sangat hehe. Layan jer ye adik-adik. Kakak nak pesan, kalau nak main bunga api ke mercun ke jangan main tanpa pengetahuan keluarga korang tau. Kalau boleh tak payah nak main mercun tu. Bahaya. Kakak dulu tak main mercun pun, setakat bunga api je la yang berani. Lagi satu janganlah pandai-pandai pegi buat mercun sendiri. Kang kalau terjadi apa-apa kang kita juga yang kena. Betul tak kakak cakap ni. Haaaa dah panjang lebar dah membebel. Baik adik-adik simpan duit mercun tu buat duit simpanan. Lagiiiii bagus.

Ok dah now nak update cerita yang tertinggal tu.

Selamat Pengantin Baru Zafirah. Happy buat kamu kerna akhirnya sudah bertemu jodoh. Semoga menjadi isteri yang solehah buat suami yang terchenta ye.


Bergambo dengan Pengantin

Kami geng

Nak jugakkkk kennn
Next giliran siapa yaaa....

Haha saya sudah, Ada yang dalam gambar tu belum kawen lagi.. Jeng jeng jeng kita tungguuu yee..

Ada lagi geng yang tak dapat pergi majlis Zafirah time nih. Diorang ada urusan yang tak dapat dielakkan.

Apapun kita selalu doakan kengkawan kita semoga cepat bertemu jdoh. Aminn


#friendshipforever

0 suka menconteng =):

 

Aisya Rahim Copyright © 2010 Designed by Ipietoon Blogger Template Sponsored by Online Shop Vector by Artshare