Assalamualaikum w.b.t,
Hai semua.. Hujung tahun lepas pada 22 December 2016 kami
ada penambahan ahli keluarga baru.
Memperkenalkan Dahlia Darwisyah Binti Razni adik kepada
Muhammad Ibrah.
 |
Fresh from my tummy |
 |
Berjemur sebab jaundice |
Alhamdulillah baby Dahlia sihat dan beratnya sewaktu lahir
adalah 3.26kg.
Sekarang dia dah 4 bulan. Biasalah bila ada baby girl ni
rasa asyik nak melaramkan dia saja.
Dialah princess sekarang dalam family.
Alhamdulillah Alhamdulillah Alhamdulillah dengan rezeki
Allah buat kali ini.
Bersyukur sangat masa bersalinkan Dahlia tiada masalah lain
selain jaundice dekat sebulan.
The rest semuanya Alhamdulillah aku panjatkan kesyukuran.
 |
Dah balik rumah yeay |
 |
Nama saya Dahlia |
Ibrah dah jadi Abang dah sekarang. Masa baby Dahlia sampai ke rumah Abang Ibrah tengok je adiknya. Agaknya pelik kan siapa pulak lah budak kecik ni. Hehe.Abang Ibrah pun dah pandai berdikari dah sekarang. Tapi tapi kesian Abang Ibrah sebab selalu kena marah sekarang sebab buat perangai kan. Ummi ni memang garang.
Kali ni ummi pantang sendiri di KL. Tak balik kampung. Masa abang Ibrah pun ummi pantang sendiri tapi bezanya di hospital sebab ibrah kena masuk ward selama 2 bulan. Kali ni alhamdulillah dipermudahkan. Cuma luka czer tu lambat sikit sembuhnya. But alhamdulillah sekarang the scar getting better berbanding masa berpantang.
Sampai sekarang Baby Dahlia belum bersunat. Tengah plan nak bersunatkan Baby Dahlia dan aqiqahkan dia. Semoga urusan adik dipermudahkan ummi selalu berdoa. Insha Allah amin....
Ni gambar umii awal awal naik kerja
Till then jumpa lagi kalau ummi rajin update