Sorry..

By Aisyah Rahim at Sunday, December 26, 2010 0 suka menconteng =)
Salam to all my lovely readers,

Thanks semua yang sudi terjah, visit and read blog yang tak seberapa ni.

Lama saya tak hupdate blog ni. Bukan apa, saya tak sempat nk buka blog saya ni. Saya betul-betul sibuk sangat dengan kerja-kerja yang tak pernah nak stop given by lecturer. Saya rasa semua yang baca blog saya ni tau kan yang saya sekarang tengah further study. Bukan nak buat-buat busy tapi saya sangat busy. If ikutkan hati, nak hupdate blog ni 24 hours 7. Ha kau. Tapi tulah, 1 hari=24 jam. Rasa-rasanya tak cukup dah sekarang. Saya nak 1 hari=berjuta million jam. Boleh? Haha melampau nyah.

Next, Thanks kepada yang sudi menyiggahkan diri ke blog ini. Hasrat hati nak singgah balik blog-blog korang. Sumpah nak terjah jugak blog-blog lain macam selalu I buat dulu. Seronok tau baca-baca blog orang. Interesting sangat. Tapi apakan daya nak buka blog sendiri pun saya tak sempat. Nak sentap la cenggini. Huwaaaaaaaaaaaaa T_T Sorry ye semua sebab tak dapat membalas kunjungan korang. Sorry sesangat. Nanti sempat and ada masa, I singgah yer. I try to do that, promise!

Now I am busy with a lot of assignment, tak kiralah individual or group, test lagi plus quiz. Erkkkk. Fengsan nyah. =( I nak free macam dulu. Nak makan tidur, bangun, enjoy plus makan and everything and also doing nothing. Best oohhhh. Heeee.

Okaylah, saya perlu cepat ni. This is just a quick update. Hope you all enjoy your day okay. See you in next entry. Perhaps. =)  

Untitled

By Aisyah Rahim at Tuesday, December 07, 2010 2 suka menconteng =)
Ya Allah..
Jauhkanlah hambaMU ini dari rasa seperti ini..
HambaMU ini tidak kuat lagi untuk menahan apa yang dirasa..
Sudah puas hambaMU ini menahan setiap rasa yang dirasa..
Bila pintu kebahagiaan akan ditemui?

Nafas hambaMU ini selalu sahaja sesak dengan semua yang selalu terjadi..
Jauhkanlan hambaMU ini dari insan yang mempunyai niat yang tidak baik ke atas hambaMU ini..
HambaMU ini sangat takut untuk menerima sesiapa sahaja yang membuatkan hatinya selalu tersentuh..
Jauhkanlah kasih sayang yang palsu dari hambaMU ini..
Sesungguhnya hambaMU ini hanya mahukan kasih sayang dan cinta yang sejati dan hanya keranaMU Ya Allah..

Ya Allah..
Kuatkanlah hati hambaMU ini dengan setiap dugaanMU..
Berikanlah hambaMU ini kekuatan seperti sebelumnya..
Mana hilangnya kekuatan hambaMU ini?

Ya Allah..
Janganlah Kau jauhkan kenahagiaan dari hidup hambaMU ini..
HambaMU ini hanya mahukan kebahagiaan seperti hamba-hambaMU yang lain..
Singkirkanlah rasa yang menyesakkan ini kerana ianya sering mengganggu kisah hidupku seharian..
Seringkali dirasakan yang diri ini selalu di dalam kesuraman..
Buangkanlah kesuraman yang ada..
Kerana hambaMU ini hanyalah seorang insan biasa yang juga memerlukan kasih sayang dan cinta sebenar..

The Most Beautiful Asmaul Husna (Siti Nurhaliza)

By Aisyah Rahim at Tuesday, December 07, 2010 0 suka menconteng =)

After watch Dakwah Muharram at TV3 last night, I just fall in love with this nice song.

Stress

By Aisyah Rahim at Monday, November 22, 2010 0 suka menconteng =)
Hai frens.
Lama sangat tak update blog ni. Rindu masa-masa terluang untuk update blog. Huwaaaa. Dulu nak sangat busy kan, hambik kau dah busy nak bising-bising pulak. Padan muka. Nak sangat, accept jela.

Now nih almost busy everyday. More assignment and case study to come. Adoi. Dah lah group dengan Iran's student. Memang mencabar punyalah wa cakap lu. Half of the class are from Iran. Mau tak gila. Dengan soalan yang pening-pening lagi. Tak suka. Pasal cuti raya haji pun diorang nak argue. Please la. Ni our country okay, is not yours. So accept jela. Banyak songeh betoi. Stress I.

Ni pun tengah dok menghadap article yang panjang berjela kot. Case study lagi. Dengan kena buat mind map lagi. Tak suka.

Saya kan ingat kan nak buat part time job la sebab nak earn some money. Any idea?

Random of my heart feeling

By Aisyah Rahim at Tuesday, November 16, 2010 0 suka menconteng =)
Hai, lately ni lama sangat tak update. Bukan apa. Busy sikit dengan class and assignment. Everyday ada class except on Saturday. Gila cool kan my class. So kepenatan. But i really like that busy. Seriously like. Sebab before this asyik duduk saja je. Sekarang dah start busy jadi suka sangat sebab tak adalah nak fikir benda-benda tak penting tu.

Assignment dah banyak yang mendatang. Class accounting, marketing and organizational management saya dapat catch up la but finance is very hard for me because long time i never use calculating and what not which related to calculation and formula. Oh sangat menduga kesabaran dan keimananku. Haha. But sometimes I used to enjoy this class because of this lecturer. Saya suka sebab kebaikan dia. Aiceh walaupun dia agak berumur sikit. Haha. Ok ok please be focused okay. Dont dreaming.

Esok nak balik Kedah lagi for Raya Haji. Actually dah balik pun last week. Hari Khamis malam bertolak balik then Sabtu malam balik KL. Dah lah flight delayed. Entah apa-apa Air Asia ni. Nasib baik delayed 30 minit je. If tak mahu aku angin satu badan. Ahad tu class pagi kot. Dengan tak cukup tidurnya. Orang ambil lambat lagi dekat LCCT. Malam kebengangan sungguh. Hish. Tapi nasib baik ada orang ambil. If tak mahu stress satu hari.

Hari Sabtu hari tu ada exam PTD. Rasa macam boleh jawab tapi tak tahulah dapat ke tidak. Haha. Dah lah tak prepare kot. Main pergi test je. Tak ada mood langsung okay. Dengan pikir family problem lagi. Adeh. Stress mak.

Ni dok depan netbook and sebelah ni ada 2 assignment yang perlu diterokai. Haha. Chaiyok2.

Okaylah. Goodnite all. Have a sweet dreams everyone.

Rindu

By Aisyah Rahim at Monday, November 08, 2010 0 suka menconteng =)
Wah rasanya lama sangat tak update blog ni. Dah banyak sawang sana sini. Sedih la. Banyak kekangan bila nak update. Internet tak adalah, busylah, tak sempatlah dan yang paling best sekali sebab malas nak update. Actually banyak benda kot nak update. Tapi bila lama tak update jadi lupa nak update apa. Saya boleh story one by one tapi dengan cara yang paling ringkas la. Huhu.

1. 2 minggu before end of October rumah saya ada sedikit kenduri doa selamat dan kesyukuran sempena my parents dan tok nak berangkat ke tanah suci yang pada mulanya dijadualkan 31 October 2010 but delayed to 5 November 2010.
The day before they go
2. Busy with preparation for Master of Business Administration (MBA) in UKM. So now saya sedang further study di UKM dan sekarang saya rasa sangat suka dengan business field. Masa Bachelor dulu I was in IT field. But now I have IT and business field. Sangat suka sebab campur dengan so many people from other country like Iran, China and Indonesia. Sekarang saya rasa more confident to communicate with anybody. So thats why lah agak busy sikit dan dah makin busy banyak. Hehe.

3. Busy dengan case study dan assignment yang ada kena buat mind mapping. Huh sangatlah stress gila bila pikir nak buat mind map. Susah tau. Saya sangat tak suka buat mind map. Tapi sekarang benda ni jadi sangat wajib okay. Stress mak!

4. Kena jadi ketua keluarga sekejap untuk adik-adik saya sebab parents saya sedang menunaikan ibadah.

5. Cuba jauhkan diri ni dari perasaan homesick dan rindu dekat rumah dan family.

6. Jatuh cinta sekali lagi sangat sukar dan tak mahu mengharap buat benda yang belum tentu pasti. Serik dan serik dan serik. So, saya biasa-biasa je dan masih single and available. Dan parents saya sangat risau tentang jodoh saya sekrang dan ini semua menstresskan saya. Sangat stress okay. Saya tak nak fikir pasal jodoh pun lagi.

7. Sedang cuba mengelakkan benda yang perlu dielakkan dari hidup saya.

8. Takut sangat bila diri ini menjadi terlalu boros dan ini semstinya normal bagi seorang perempuan.

9. Seronok dapat new friends and new roommates.

10. Happy bila bersama.

11. Cuba menjadi matang seperti yang sepatutnya dan mengikut tempat.

12. Cuba arrange masa untuk jumpa semua orang yang saya kena jumpa.

Haaa. Dah tak tahu nak tulis apa lagi. Banyak sangat nak list update ni. Tapi tak tertulis sebab banyak sangat if nak listkan.

Okaylah, gotta go to do mind mapping. Dah nampak macam-macam dalam kepala ni. Tak nak stress-stress.

Selamat malam my sayang-sayang readers. Mmmmuahhxx! =p

Bukan ku tak mahu

By Aisyah Rahim at Wednesday, October 20, 2010 1 suka menconteng =)
Wah rasa macam dah lama tak masuk blog ni. Huhu. Bukan apa, hari tu memang tak sempat nak memandang blog ni sesangat. Banyak benda yang berlaku sampai tak sempat lah. Tapi nanti bila waktu dah mengizinkan saya will update ye fren. Lagipun sekarang ni saya agak serabut sedikit memikirkan masalah yang perlu diselesaikan. Masa dah tak cukup dah tapi banyak benda perlu dibereskan. Haih. Penat otak.
Doakan saya ye.

Thanks. Love you all. =p

Tak tahu nak letak tajuk apa

By Aisyah Rahim at Monday, October 11, 2010 0 suka menconteng =)
Seronok dapat present sampai banyak macam ni
 Saya jeles! Jeles! Huhu. Saya pun nak hadiah banyak macam ni. Ye bagi sesetengah orang banyak ni taklah banyak sangat kan. Tapi birthday saya pun tak dapat bayak macam ni. Ni hadiah yang mu mom dapat semalam. Semalam adalah last day dia di sekolah lama sebelum dia ke sekolah yang baru hari ni. Saya yang excited nak buka hadiah tu semua.

Ada sesiapa ke nak bagi saya hadiah untuk birthday saya yang dah makin hampir ni? Silalah jangan malu-malu haha. Padahal saya yang tak malu. Ingat 21 october tau. Kesian saya. Dah lah tak ada someone special yang nak bagi hadiah. Huhu.

Semalam saya dah try drive kat kawasan rumah. Haha. Sumpah kelakau! Enjin asyik mati. Semalam bawa manual hari ni try auto pulak. Aiyok! Now ni every night will be my tutorial class for driving. Haa, nampak sangat macam mana lah saya dapat lesen kan. Hmmm. Semalam jugak saya belajar isi minyak. Semua orang tengok, malu I. Ish. Tapi takpe, practice make perfect right? Hee

Saya dah mula neves dah ni. Start 31 october ni my parents dah nak berangkat pergi menunaikan fardhu haji di Mekah. Tinggal saya berdua dengan adik. Semua kena buat sendiri. Thats why saya kena pandai dan cekap driving sekarang. Takkan nak duduk rumah aje. Gila ah bosan.  Bila driving insyaallah senanglah sikit nak bergerak balik kampung ke kan. My mom pun dah risau if saya duduk rumah je dengan adik. Apapa jadi siapa nak tengok. Saya risau bila malam je, siang tak apa lagi. Risau risau risau. Fenin fenin fenin. Sedih pun dah mula terasa bahangnya. Huwaaaaaaa. T_T

Hari Sabtu ni Insyaallah ada sedikit majlis doa selamat dan kenduri kesyukuran sempena my parents nak berangkat ke sana. Nasib baik catering, so tak payah buat kerja. Hihi. Pemalas kan. Next week nya majlis di rumah tok. Sehari selepas birthday saya means that 22 october la majlis tu.

Okaylah tu aje update buat masa ni. Update bila ada mood nanti ye.

Tata.

Random feeling

By Aisyah Rahim at Sunday, October 10, 2010 0 suka menconteng =)
Sehari dua ni saya asyik nak senyum aje. Hehe. Tapi tak mahu terlalu happy. Takut sangat Tuhan tarik balik happiness tu. Saya harap semua ni berkekalan. Amin. =)

Kalaulah ini titik permulaan untuk kebahagiaan saya, saya terima dengan redha. Tapi saya nak berlagak seperti biasa je. No more no less. Insyaallah. Sebab sometimes we dont really know when it comes. So just let it be.

Saya tak nak terlalu tergesa-gesa dalam apa yang saya buat. Dan apa yang saya buat selalu saya meminta diberi petunjuk oleh-Nya. Semoga saya selalu berada di dalam jagaan-Nya. Tak nak tersilap langkah lagi dah. Slow-slow ye. Kalau bukan yang ini mungkin yang lain. So, just be positive in whatever kinda problem. Kalau boleh saya tak nak mengganggu kebahagiaan orang lain yang sedang mengecapi kebahagiaan mereka itu kerana saya tahu betapa sakitnya bila mengalami kesedihan. Kan kan?

Ni bukan nak buat ayat jiwang tapi saya tak rasa ni macam jiwang cuma luahan perasaan saya tatkala ini. Hehe. Apapun saya nak pesan supaya jangan kita terlalu terburu-buru untuk mengecapi kebahagiaan masing-masing. Insyaallah kebahagiaan itu akan datang dengan sendirinya. 

Happy melambung-lambung

By Aisyah Rahim at Saturday, October 09, 2010 0 suka menconteng =)
Tadi saya just baring-baring while waiting for my parents to come back from bacaan yassin di masjid berhampiran. Thought dapat teman my mom ke sekolahnya untuk kemaskan barang-barang kan nak pindah sekolah lain dah. Tapi ada majlis sikit dekat masjid tu so my mom cakap tak jadi nak saya temankan. So continue baring-baring dengan perasaan bosan. Jangan ingat saya asyik baring je ye. Tadi pagi penat mengemas dan membasuh. See saya sangatlah rajin. =p

Tiba-tiba i received a call from someone yang dah lama saya tunggu-tunggu selama ni. Ingat lagi 2 entry saya pasal menunggu seseorang tu? Here kalau tak pernah baca sebelum ni or even you all dah lupa : click sini dan sini. Mula-mula dia call just cakap dia tu kawan saya masa belajar dan grad sekali. Saya macam dah recognise dia punya suara. Tapi nak pastikan betul-betul then i tell dia punya nama (Kenapa tak nak cakap his/her ada sebabnya ye. Sorry.). Nervous gila kot tadi. Happy jugak ada. Tak sangka sangat-sangat. Macam mimpi jugak ada tapi itulah realiti. Dia cakap handphone dia hilang. Bersyukur sangat usaha saya selama ni berbaloi. Thanks to my lovely cousin yang bagi idea tu jugak. Kalau tak, entahlah.

Lama jugak we all chit chat on the phone then cerita sikit-sikit pasal dia dan saya. Happy tu sangatlah tak tergambarnya. Keajaiban itu mungkin akan berlaku sesekali. Percayalah. Tuhan dah tentukan segalanya.

Mode : happy tapi tak nak happy sangat. Tak sabar nak balik KL. =p Hope everything gonna be fine after this. Amin.

Aku merinduimu

By Aisyah Rahim at Saturday, October 09, 2010 0 suka menconteng =)
Dulu saya ada dia. Saya kenal dia since my secondary school. Masa tu saya tinggal di hostel. Tapi tak ingat masa form berapa kenal dia betul-betul dengan rapat sekali. Haha masa dulu-dulu dia lah rakan dan sahabat. Buat jahat sama-sama. Seriusly kitorang pernah kuar ikut pagar belakang sekolah berdua je sebab nak beli makanan. Lapar sangat kot malam tu. Sampai dikejar oleh lelaki. Berlari-lari kitorang sambil membimbit beberapa bungkus nasi yang dipesan oleh kawan-kawan yang lain. Gila ahh masa tu. Lapar punya pasal sanggup keluar ikut pagar belakang tapi we are so lucky sebab tak ada warden yang tahu. Fuhh. Actually banyak lagi kitorang pernah keluar ikut pagar tepi dan depan. Tapi masa siang la lepas sekolah. Tapi pernah sekali je kantoi. Huish. Apalah saya ni tak nak ingat lagi. Tak suka.

Okay sebenarnya nak cerita pasal someone that i really miss gila tak tahu nak cakap macam mana. Masa sekolah dulu dengan dialah yang saya paling rapat. Rakan tidur dalam kelas. Semua cikgu dah tahu. Haha. Nakal. Biasalah budak asrama. I know semua orang yang tinggal di asrama semua sama je. Kan kan? Jangan tipuuulahh!. Hehe.

Last saya jumpa dia pun secara tidak sengaja. Masa tu tahun 2007 kalau tak silap. Saya dekat stesen lrt Masjid Jamek kot tak ingatlah. Tengah tunggu train sambil sembang-sembang then terpandang dia. Sumpah tak percaya masa tu. Sangat tak sangka dan memang tak tersangka lah. Haha. Rindu sangat masa dengan dia. Masa lepak dekat rumah dia. Masa dia datang tidur rumah saya. Dia pakai baju sekolah saya dan ikut saya pergi sekolah saya sebab tu saya dah pindah sekolah sebab tak sama sekolah dengan dia dah lah. Sediihhh. =.=

Baru-baru ni saya try call dia punya no phone. But its not her. Means that dia dah tak pakai no tu lagi. Last yg saya tahu dia dah nak kerja dah. Saya nak sangat jumpa dia. Tak tahulah nak cakap macam mana. Bila bukak almari tengok ada benda yang she gave to me. Tapi ada yang dah hilang sebab adik saya lah main-main masa saya tak ada di rumah. Korang pun mesti teringat lagi kan masa korang sekolah-sekolah dulu. Best kan zaman kenakalan dulu. Dulu kitorang ada kakak angkat tau. Hehe biasalah girls school. Bila dia jumpa kakak angkat dia saya ikut dan begitu jugak dengan dia.

Saya tak suka bila lost contact dengan kawan-kawan sekolah lama dulu. Saya nak always keep in touch. Kita banyak tahu erti persahabatan masa di sekolah la kebanyakannya. Kan? Masa tulah susah senang sama-sama. Tapi even saya tulis entry ni mesti dia pun tak tahu. Tapi kalaulah dia rajin nak membaca blog-blog dan terjumpa blog saya, ketahuilah yang aku sangat rindu dekat hang Noor Ilyana.

Salah satu benda yang dia beri
Dia buat dua tau note ni. Satu untuk dia dan satu untuk saya.

Okaylah. Kenapa saya selalu merindui orang je lately ni. Haih.

Faizal Tahir - Hanyut

By Aisyah Rahim at Saturday, October 09, 2010 0 suka menconteng =)


Suka sangat dengan this song. Sedih aje bila dengar. Sob sob sob =.=

Tujuan Saya Berblogging

By Aisyah Rahim at Friday, October 08, 2010 2 suka menconteng =)
Hai everybody!! How are you today? Hopefully you are doing fine and same goes to me. Hehe. Saja nak mengisi masa lapang yang ada sebelum tidur ni. Sebenarnya dah lewat pagi ni. Mata ni tak nak terlelap. So saya saja nak story-mori kenapa saya berblog ni. Saya pun tak tahu kenapa saya mula berblog ni dan bagaimana saya mula terjebak dengan dunia blog ni. Kalau nak ingat-ingat balik jadik panjang ceritanya. Malas nak ungkit cerita lama cewah. Haha.


By Mr. Google
Dulu saya start berblog pun guna blospot ni rasanya then tukar kejap guna wordpress then tukar balik guna blogspot. Tu pun ada banyak accout tapi dah tak guna dah yang lain. Itupun atas sebab-sebab tertentu jugak yang malas nak diexplain disini. Bila saya buat email yang saya guna sekarang ni, saya terus buat blog ni. Dalam banyak-banyak blog yang pernah saya ada sebelum ni kan saya paling sayang yang ni tau. Tak tahulah kenapa saya sayang sangat dengan blog yang ni satu je. Mungkin jugak sebab blog ni guna nama saya sendiri dan blog yang sebelum-sebelum ni guna nama apa-apa entah. Haha.

Asalnya saya create blog ni senyap-senyap je tanpa bagitahu kawan-kawan saya. Saya kalau boleh tak berapa suka orang tahu pasal apa yang saya tulis dekat blog. Pelik kan. Maybe sebab saja suka-suka je nak berblog dulu. Tapi tulah, lama kelamaan saya pun tak tahu macam mana kawan-kawan saya tahu. Hehe. So saya biarkan aje orang nak tahu pun.

Dulu saya pernah privatekan blog saya ni atas sebab-sebab tertentu jugak. Sebab saya rasa biarlah blog ni jadi diari hidup saya seorang tapi bila fikir-fikir balik buat apa nak privatekan kan. Biar di publickan je. Boleh share pengalaman and something good with you kan.

Actually saya tulis blog ni saja je nak mengisi masa lapang yang tersangatlah lapang sekarang. Hehe. Seronok jugak writing for blog ni. Eventho i am not an author tapi ada jugak orang yang sudi baca hasil penulisan saya yang entah apa-apa dan tak menyumbang pun. Anyway, thank you guys. Sayang korang. Mmmmuahh! =p

Sometimes when i feel so sad i want to share my sadness to others too. Sebabnya saya tak nak sedih sorang-sorang. Dulu saya tak nak cerita sedih-sedih dekat blog ni sebab tak nak blog ni disurami dengan sadness. Tapi apa salahnya share kesedihan tu dengan kawan-kawan sebab at least kurang sikit beban yang ditanggung tu kan. Pasal kegembiraan saya pun saya akan publish jugak. Depends la. Okay.

Seronok jugak bila berblog ni sebabnya boleh kenal ramai orang dan kawan baru melalui alam maya ni. Kan kan? Bila dapat kawan baru boleh meramaikan kawan-kawan yang ada. Sesiapa yang sudi menjadi kawan saya thanks ye. Mungkin kadang-kadang saya ni tak pandai nak menghargai kawan. Saya tak nak tersilap dan terkurang dan terlebih langkah dalam persahabatan. Saya tak nak orang salah anggap dengan erti nilai persahabatan. Eh dah lari tajuk pulak. Ngee. Sorry. =)

Bila saya terbaca something interesting kat mana-mana saya rasa macam nak share dekat sini. Saya nak korang pun dapat apa yang saya dapat tak kira lah dari manapun. Sharing is caring rite? So lets share something after this. Jangan kedekut-kedekut ilmu. Tak baik. Tuhan marah tau.

Yang paling saya suka nak tulis dalam blog ni sebenarnya pasal kehidupan seharian saya. Tapi tak naklah everything yang saya buat tu saya tulis dekat sini. Tak manis jugak kan. Nanti bosan korang baca. Hehe. Saya pun bosan jugak. Tapi kan saya ni style malas nak tangkap gambar sangat sebab tu blog ni tak banyak gambar. Kalau betul-betul rajin dan mood tu ada, saya snaplah dan publish here. Serius memang saya ni pemalas habis. So biarin aja dong! Hehe.

Dan tujuan sebenar saya berblog malam ini adalah untuk memberitahu korang semua yang birthday saya dah tak lama. 21 oktober ni. Haa besar kau. Bila sampai tarikh ni genaplah usia saya 23 tahun. See dah tua kan saya. Bilalah saya nak kahwin ni? Nanti tua-tua sangat tak ada orang nak macam mana? Haha. Takpe-takpe rileks la. Jodoh tak ke mana. Apapun saya nak menunaikan kewajipan saya dulu. Baru nak fikir soal tu. Haha. Sumpah dah lari tajuk ni. Ok fine, sebelum umur saya 23 tahun ni banyak pengalaman gembira dan sedih yang saya lalui. Semua ni membuatkan saya menjadi lebih kuat. Insyaallah. Kadang-kadang orang tengok kita dari luar macam tak ada apa je, tapi di dalam hati ni tiada siapa yang betul-betul memahami melainkan saya sendiri dan Allah Yang Maha Mengetahui. Apa yang lebih penting disini kita kenalah menjaga hati dan perasaan kita sendiri dahulu sebelum orang lain sebabnya walau apapun yang terjadi kita sendiri yang akan menanggung semua tu. Kan? So, lu fikirlah sendiri seperti kata Nabil Raja Lawak tu.

Okaylah ada masa kita berjumpa lagi di lain masa. Hehe. Mesti bosan kan baca panjang berjela macam ni kan. Boleh mengantuk saya yang menulis ni pun. But while listening musics i can't sleep at all. All my roomie knows that i guess. Haha. Kesian diorang. Sorry ye my ex-roomie masa study dulu. Kesian korang yang baca entry saya ni yang taklah panjang sangat ni tapi sangatlah merapu ye. Haha.

So, till later. Good nite and sleep well tonite.

Buat si jejaka

By Aisyah Rahim at Wednesday, October 06, 2010 0 suka menconteng =)
Malam ni saya rasa sayu dan sedih dan macam-macamlah. Tak tahu kenapa. Mungkinkah sebab sesuatu tu. Hmm. Bila fikir-fikir balik tak guna pun nak kenang ke nak ingat ke nak apa ke. Tapi ada sebabnya yang tersemdiri kenapa saya rasa macam ni.

Ya lelaki. Lelaki dan lelaki. Mungkinkah semua lelaki sama ha? Maaf ye lelaki-lelaki semua. Tapi memang mahu berbicara soal lelaki. Memang saya tak faham dengan lelaki ni. Susah kot nak memahami lelaki. Apa yang lelaki ni nak dalam hidup diorang sebenarnya? Tak pernah cukup dan tak pernah bersyukur mungkin. Tapi saya kurang pasti semua lelaki sama ke tak. Ini dari sudut pandangan saya saja. Kalau salah harap maaf lah ye.

Tolonglah wahai kaum lelaki ye. Fahamilah perempuan kerana mereka ini sangat lemah sebenarnya. Mahi disayangi dan begitu juga dengan lelaki kan. Bagi saya lelaki ni peliklah. Diorang ni nak perempuan dengar je cakap diorang. Tak suka. Ego tu tinggi sangat.

Ada macam-macam jenis lelaki yang saya pernah jumpa. Ada yang buat saya jengkel, geli, menyampah dengan perangai diorang. Kadang-kadang saya fikir perlu ke korang buat macam tu? Tak ada makna pun rasanya. Buat benda-benda yang diluar jangkaan perempuan itu sendiri. Dan tolonglah jangan terlalu selfish ye. Please lah bertolak ansur. Takkan kemananya kalau korang terus nak ego macam tu.

Tak. Saya bukan benci lelaki. Serius tak. Tapi saya tak berapa suka dengan perangai lelaki-lelaki sekarang ni. Please lelaki-lelaki ubahlah perangai korang. Sesungguhnya seseorang perempuan itu mudah untik menyayangi seorang lelaki. Berubah untuk suasana yang lebih ,enyenangkan apa salahnya ye tak? Berbaloi-baloi lagi adalah.

Tak nak cakap banyak. Please kaum lelaki jangan salah faham dengan entry ni. Think positive to get what you want.

Thats all. Sebenarnya ada lagi. Tapi kita cakap sikit-sikit dululah. Cakap banyak-banyak pun kadang-kadang orang baca tak habis. Kan? So, till then.

Tata. Lepas baca harap jangan disimpan di dalam hati. =)

Sharing is caring kan.

By Aisyah Rahim at Tuesday, October 05, 2010 4 suka menconteng =)
Hari saya bertungkus lumus menghabiskan puasa enam yang dah tergendala disebabkan hal-hal yang tertentu. Mohon sempat untuk menghabiskan. Lagi tiga hari saya patut puasa. Sedih kan buat akhir-akhir ni. Dah rasa lain macam je. Hehe. But its okay.

Okay lepas bukak puasa dan solat Maghrib tibab-tiba mood rajin tu datang. Pergi cari buku-buku ilmiah untuk dibaca. See. Saya memang rajin kan? So, cepat tepuk tangan pada saya. Hehe. Kembang setaman la. Alaa, bila sebut 'kembang setaman' teringat seseorang. Okay sambung hal sebenar. Actually I want to share something with you guys. I got it from this book. 'La Tahzan | Jangan Bersedih'. Banyak manfaat saya perolehi daripada membaca buku ini. Kalau korang nak tahu, my mom ni suka sangat membaca. Banyak gila kot buku-buku dekat rumah saya. Boleh dikatakan rumah ni semak dengan buku je. Tapi kadang-kadang best jugak bila bosan boleh selak-selak sambil dapat ilmu sedikit pun jadilah. Haaa gitu.

Apa yang saya nak share di sini ialah janganlah kita sentiasa mengingati masa lalu kerana jika kita selalu memikirkan masa lalu, kita seperti orang bodoh dan mensia-siakan masa kita. Mengingati masa lalu jugak merupakan sebuah pembunuhan terhadap satu cita-cita. Ha fikirlah. Betul tau. Kalau kita asyik fikir masa lalu kita, kalau masa lalu kita penuh dengan kesedihan susah untuk kita bangun untuk membina cita-cita dan masa depan kita. Simpan masa lalu tu dalam sebuah file dalam otak kita ni rapat-rapat dan kunci tanpa buka balik. Tapi kadang-kadang bolehlah kita selak-selak balik untuk direnungkan sebagai pengalaman dan pengajaran. Tak salah cumanya jangan selalu. Ingat tu kalau nak terus maju. Korang pun selalu praktis tau. Jangan diingat sangat masa lampau yang mungkin sedih tu. Memanglah sedih tapi janganlah dilayan sangat perasaan tu. Kalau hari-hari melayan perasaan tu mahu kau meroyan.

Then habis satu tajuk ni saya selak-selak lagi. Terjumpa satu hadis ni. Sesuai untuk orang yang mungkin bercinta. Ada betulnya ye hadis ni.

"Cintailah kekasihmu sekadarnya saja dan jangan berlebih-lebihan. Mungkin boleh jadi suatu hari dia akan menjadi orang yang paling kamu benci. Dan bencilah kepada seseorang sekadarnya saja dan jangan berlebihan, kerana boleh jadi suatu hari dia akan menjadi kekasihmu yang setia".

Kita macam pernah dengar kan seperti kata-kata dalam haids ni. Selalu je saya dengar dulu. Memang betul pun jangan nak sayang seseorang tu lebih-lebih dan jangan benci seseorang tu lebih-lebih. Bahaya.

Okaylah, tak boleh ceramah panjang-panjang nanti jemu. Hehe. Kalau ada apa-apa yang saya baca itu menarik untuk dikongsi, saya kongsi dengan korang ye. Sharing is caring rite? So renung-renungkan dan selamat beramal.

Anda buat anda dapat. Ewah! Haha

Dunia Akhir Zaman

By Aisyah Rahim at Tuesday, October 05, 2010 0 suka menconteng =)







Nauzubillah. Bila tengok video ni telah banyak menyedarkan saya. Rasa diri ni kecil sangat. Ambillah iktibar dari apa yang telah berlaku dan berlalu. Bandingkan dengan apa yang telah kita pelajari selama ini dari kita kecil. Rasa seperti diri ini ditipu hidup-hidup juga.

Oleh itu, fikirlah dengan sebaik-baiknya.

What actually I was waiting for

By Aisyah Rahim at Monday, October 04, 2010 0 suka menconteng =)
Semalam tak boleh tidur. Huhu. Hari ni neves gila. Neves sangat. Tadi saya test JPJ untuk lesen memandu kelas D untuk mendapatkan lesen P. Lesen kereta la maknanya. Alhamdulillah berkat kesabaran aku walaupun gelojoh nak cepat-cepat ambil lesen dulu. Biasalah I kan gedik sikit. hehe. Malas nak cerita ah masa test tadi macam mana sebab this is my secong time test JPJ. Hehe Tapi masa test dekat jalan raya, JPJ tu suruh saya pusing roundabout then terus balik pusat memandu. Yeay! Kalu tak, mahu neves lagi sementara nak melalui jalan 1, 2 atau 3 tu. Gila neves. Yang penting dah lepas. Tapi still tak berani nak drive. Takut lagi ah. Haha.

Okay one more thing, hari Ahad hari tu before latihan memandu, saya dah buat something which I hope it will work on that. Really hope for it. Amin. But I am still waiting for that until now. Biasalah penantian tu memang suatu penyeksaan. Tapi nak tunggu jugak.Kalau Tuhan dah tentukan macam tu takkan saya nak halang. Terpaksa redha je.

Saya dah dapat offer letter untuk MBA. Tapi kena tunggu lagi. Hopefully cepatlah dapat tahu. Alhamdulillah.

Pray for me ok. Thanks sayang-sayang semua. Hehe

My wish right now

By Aisyah Rahim at Friday, October 01, 2010 2 suka menconteng =)
Dear my loyal diary,
Saya selalu memohon pada Allah agar dia kembali walaupun telah ditakdirkan dia bukan untuk saya. Saya hanya mahukan penjelasan. That's all. Kita tahu apa yang kita rasa dan kita tahu apa yang kita mahu. Betul orang bilang 'penantian suatu penyeksaan'. Ini bukan cinta. Harap maaf! Saya tidak suka jiwang-jiwang buat masa sekarang. Ini rahsia hati dan tak siapa pun tahu.
Thanks my dear diary.

Never let my self forget

By Aisyah Rahim at Friday, October 01, 2010 0 suka menconteng =)
Dear lovely diary,
Setiap malam saya teringat seseorang itu. Dan saya masih pelik sampai sekarang kenapa dia telah meninggalkan beribu tanda tanya dengan panggilan misterinya. Sebelum hari raya itulah kali terakhir. Lebih tepat lagi malam raya. Saya mengharapkan jawapan terhadap pertanyaan-pertanyaan itu. Apa yang ada hanyalah sekeping gambar mms darimu yang selalu ku tatap untuk menghilangkan rasa rindu yang membuak-buak di dada. Itulah antara yang terakhir. Sumpah rindu! I harap U tampil memberi penjelasan. Dan apa yang lebih penting, kenapa kau hilang tanpa satu pun khabar berita?

Bersantai sekejap

By Aisyah Rahim at Tuesday, September 28, 2010 0 suka menconteng =)
Semalam SMS mama cakap bosan masa dia kat office. Bila mama dengan abah balik kerja. Kitorang keluar bertiga pergi beli barang then lepak petang kejap. At least senang hati bila dengan parents. =)

Port lepak
Masa ni pun dah petang sangat dah. Dah lah ada orang nak datang rumah hantar ikan. Hish kacau betul tak boleh dok lama-lama.
 

Aisya Rahim Copyright © 2010 Designed by Ipietoon Blogger Template Sponsored by Online Shop Vector by Artshare