Showing posts with label aisyah rahim. Show all posts
Showing posts with label aisyah rahim. Show all posts

SeQy Beauty @ Sid.co

By Aisyah Rahim at Wednesday, April 08, 2015 0 suka menconteng =)
Assalamualaikum w.b.t;

Hai Uolls! Pejam celik pejam celik dah hari Rabu. Macam cepat sangat masa berlalu. Hehe. Makin rasa cepat masa berlalu rasa macam makin malas. Aduh!! Kenapakah???

Malas yang takyah cakaplah. Malah mahu berbuat apa-apa!. Ngehehehe... Rasa macam nak relaks-relaks jer. Tak nak buat apa langsung! Boleh ke cenggitu?? Kalau boleh laju jer kite nak balik rumah dok lepak lepak je kat rumah. Haha. Masalahnya memang tak boleh dong! Dushhh!!

Ok dah jangan malas! Sila wake up! Bangun lihat cermin.. Hehe Cantik jugak kan aku ni (Perahsan jap)?? Biasalah perempuan..... Feeling mau kasi lebih lah. Haha

Ok dah dah. Aisya sila jangan melalut! Tajuk dah lari nih! Cepat bagitahu orang-orang semua yang SeQy Beauty dah berada di Sid.co tau selain dari kite dah park SeQy Beauty di Mik'yal nun di Bertam sana.... Cepatlah ke sana!

Jommm ke Sid.co di TTDI Grove Kajang! Selain SeQy Beauty, macam-macam lagi yang ada di sana. Moh ler bawak sedara mara, kengkawan suami dan anak-anak ke sana yok!

Uolls yang berada di sekitar Kajang bolehla ke :
58-2, TTDI Grove Kajang. (Atas Poliklinik TTDI Grove Kajang)
Kalau tak tahu boleh refer IG @sid.co

SeQy Beauty di Sid.co

Budak bambam yang perasan cantik dengan SeQy Beauty

Ok daaaaa.... Babai

Sorry..

By Aisyah Rahim at Sunday, December 26, 2010 0 suka menconteng =)
Salam to all my lovely readers,

Thanks semua yang sudi terjah, visit and read blog yang tak seberapa ni.

Lama saya tak hupdate blog ni. Bukan apa, saya tak sempat nk buka blog saya ni. Saya betul-betul sibuk sangat dengan kerja-kerja yang tak pernah nak stop given by lecturer. Saya rasa semua yang baca blog saya ni tau kan yang saya sekarang tengah further study. Bukan nak buat-buat busy tapi saya sangat busy. If ikutkan hati, nak hupdate blog ni 24 hours 7. Ha kau. Tapi tulah, 1 hari=24 jam. Rasa-rasanya tak cukup dah sekarang. Saya nak 1 hari=berjuta million jam. Boleh? Haha melampau nyah.

Next, Thanks kepada yang sudi menyiggahkan diri ke blog ini. Hasrat hati nak singgah balik blog-blog korang. Sumpah nak terjah jugak blog-blog lain macam selalu I buat dulu. Seronok tau baca-baca blog orang. Interesting sangat. Tapi apakan daya nak buka blog sendiri pun saya tak sempat. Nak sentap la cenggini. Huwaaaaaaaaaaaaa T_T Sorry ye semua sebab tak dapat membalas kunjungan korang. Sorry sesangat. Nanti sempat and ada masa, I singgah yer. I try to do that, promise!

Now I am busy with a lot of assignment, tak kiralah individual or group, test lagi plus quiz. Erkkkk. Fengsan nyah. =( I nak free macam dulu. Nak makan tidur, bangun, enjoy plus makan and everything and also doing nothing. Best oohhhh. Heeee.

Okaylah, saya perlu cepat ni. This is just a quick update. Hope you all enjoy your day okay. See you in next entry. Perhaps. =)  

Random feeling

By Aisyah Rahim at Sunday, October 10, 2010 0 suka menconteng =)
Sehari dua ni saya asyik nak senyum aje. Hehe. Tapi tak mahu terlalu happy. Takut sangat Tuhan tarik balik happiness tu. Saya harap semua ni berkekalan. Amin. =)

Kalaulah ini titik permulaan untuk kebahagiaan saya, saya terima dengan redha. Tapi saya nak berlagak seperti biasa je. No more no less. Insyaallah. Sebab sometimes we dont really know when it comes. So just let it be.

Saya tak nak terlalu tergesa-gesa dalam apa yang saya buat. Dan apa yang saya buat selalu saya meminta diberi petunjuk oleh-Nya. Semoga saya selalu berada di dalam jagaan-Nya. Tak nak tersilap langkah lagi dah. Slow-slow ye. Kalau bukan yang ini mungkin yang lain. So, just be positive in whatever kinda problem. Kalau boleh saya tak nak mengganggu kebahagiaan orang lain yang sedang mengecapi kebahagiaan mereka itu kerana saya tahu betapa sakitnya bila mengalami kesedihan. Kan kan?

Ni bukan nak buat ayat jiwang tapi saya tak rasa ni macam jiwang cuma luahan perasaan saya tatkala ini. Hehe. Apapun saya nak pesan supaya jangan kita terlalu terburu-buru untuk mengecapi kebahagiaan masing-masing. Insyaallah kebahagiaan itu akan datang dengan sendirinya. 

Happy melambung-lambung

By Aisyah Rahim at Saturday, October 09, 2010 0 suka menconteng =)
Tadi saya just baring-baring while waiting for my parents to come back from bacaan yassin di masjid berhampiran. Thought dapat teman my mom ke sekolahnya untuk kemaskan barang-barang kan nak pindah sekolah lain dah. Tapi ada majlis sikit dekat masjid tu so my mom cakap tak jadi nak saya temankan. So continue baring-baring dengan perasaan bosan. Jangan ingat saya asyik baring je ye. Tadi pagi penat mengemas dan membasuh. See saya sangatlah rajin. =p

Tiba-tiba i received a call from someone yang dah lama saya tunggu-tunggu selama ni. Ingat lagi 2 entry saya pasal menunggu seseorang tu? Here kalau tak pernah baca sebelum ni or even you all dah lupa : click sini dan sini. Mula-mula dia call just cakap dia tu kawan saya masa belajar dan grad sekali. Saya macam dah recognise dia punya suara. Tapi nak pastikan betul-betul then i tell dia punya nama (Kenapa tak nak cakap his/her ada sebabnya ye. Sorry.). Nervous gila kot tadi. Happy jugak ada. Tak sangka sangat-sangat. Macam mimpi jugak ada tapi itulah realiti. Dia cakap handphone dia hilang. Bersyukur sangat usaha saya selama ni berbaloi. Thanks to my lovely cousin yang bagi idea tu jugak. Kalau tak, entahlah.

Lama jugak we all chit chat on the phone then cerita sikit-sikit pasal dia dan saya. Happy tu sangatlah tak tergambarnya. Keajaiban itu mungkin akan berlaku sesekali. Percayalah. Tuhan dah tentukan segalanya.

Mode : happy tapi tak nak happy sangat. Tak sabar nak balik KL. =p Hope everything gonna be fine after this. Amin.

Purple around here

By Aisyah Rahim at Tuesday, July 13, 2010 0 suka menconteng =)
Hye..

Saja je tak tahu nak update pasal apa. Tak ada apa-apa sangat yang special pun pasal saya sekarang. Hari Ahad hari just pergi dinner with my family. Tu je. Best sangat dapat makan-makan. Haha. Before balik Sunway dapat pekena Vanilla blended my fav! Sampai muak gila dah. Haha..

Haaa.. Balik pada tajuk sebenar. Perasan tak if you all masuk sini ( i mean my blog la), sana sini purple. Betul tak? Thats mean yang saya suka warna purple ni gila la. If boleh saya nak semua yang kena mengena dengan life saya ada connection with purple color. Haha. Cool to me. Why I like purple color so damn much?

For me, purple is cute. Haha. Macam comel-comel je. Eventhough saya ni tak la comel mana pun. Tapi boleh tak saya nak perasan comel? Haha. Geli pulak.

Saya rasa purple ni soft color. Macam boleh buat hati saya tenang je macam soft gitu. Pening pun peninglah korang nak faham. Tapi that is reality. Rasa macam best lah dengan purple ni.

Purple sweet I guess! Sebab bila saya tengok benda warna purple aje mesti nak beli or I want to get that whatever it is. Haha. Tapi ada juga warna purple yang tak menarik perhatian saya. Macam tone color tu la yang maybe tak menarik hati saya.

Saya pernah berangan nak ada kereta warna purple. Rumah warna purple. Barang-barang keperluan semestinya lah nak warna purple. Kiranya semua pun nak warna purple la. Tapi mesti boring kan sebab satu color je. Kawan-kawan saya yang rapat masa kat UKM dulu sampai panggil saya 'Minah Purple'. Haha. Tapi sejak kebelakngan ni saya dah macam suka banyak-banyak color.

Sekarang ni, saya dah tak tunjuk sangat yang saya suka warna purple. Janji apa yang saya suka tu cantik, saya akan dapatkan. Senang kan hati kita berubah? Hmmm. Macam tulah saya sekarang. Bukan berubah apa, benda yang saya rasa perlu saya ubah, saya ubah la. Tu je.

Dah lewat malam ni. Saya tak boleh tidurlah. Tengah layan perasaan. Tadi petang ada dapat message from someone. Hish.. Entahlah apa perasaan saya sekarang. Bercampur baur. Tapi tak nak mengharap apa-apa. Saya tak nak sedih-sedih lagi. Penatlah asyik nak bersedih aje. Semua orang tak faham saya. Asyik nak menyalahkan aje. Sampai saya jadi sedih. Tak apalah. Maybe saya ni tak penting dalam hidup orang lain. Biarlah saya jauh-jauh dari diorang dan itu mungkin akan jadi lebih baik dan tiada hati yang akan terluka.

Penat nak fikr semua ni!

Soriii... Entry ni campur-campur la. Huhu

P/s : Rindu tu masih ada. Tapi biarlah hati ini je yang tahu.

Sekian.

XOXO =)

Tentang aisya

By Aisyah Rahim at Sunday, October 18, 2009 0 suka menconteng =)
Perlu ke saya cerita details pasal diri saya? Hehe. Saya cerita sikit-sikit ajela ye.
Cukuplah sekadar tahu nama saya Aisyah Rahim.
Saya baru je habis belajar. Ijazah Sarjanamuda Teknologi Maklumat Dengan Kepujian. Siapa-siapa yang nak ambil saya kerja silalah. Haha.

Saya ni suka sangat berangan sampai termimpi-mimpi apa yang diangankan sebelum tidur. Tak sukalah macam tu. Sebab bila apa yang diangankan tu takkan dapat.

Saya ni anak sulung. Saya suka nak kongsi apa-apa yang saya rasa dengan orang sampai saya rasa orang jemu nak dengar. So, thats whylah saya buat blog ni. Mungkin boleh dijadikan tempat meluahkan perasaan saya.

So, enjoy!

 

Aisya Rahim Copyright © 2010 Designed by Ipietoon Blogger Template Sponsored by Online Shop Vector by Artshare