Ya Allah..
Jauhkanlah hambaMU ini dari rasa seperti ini..
HambaMU ini tidak kuat lagi untuk menahan apa yang dirasa..
Sudah puas hambaMU ini menahan setiap rasa yang dirasa..
Bila pintu kebahagiaan akan ditemui?
Nafas hambaMU ini selalu sahaja sesak dengan semua yang selalu terjadi..
Jauhkanlan hambaMU ini dari insan yang mempunyai niat yang tidak baik ke atas hambaMU ini..
HambaMU ini sangat takut untuk menerima sesiapa sahaja yang membuatkan hatinya selalu tersentuh..
Jauhkanlah kasih sayang yang palsu dari hambaMU ini..
Sesungguhnya hambaMU ini hanya mahukan kasih sayang dan cinta yang sejati dan hanya keranaMU Ya Allah..
Ya Allah..
Kuatkanlah hati hambaMU ini dengan setiap dugaanMU..
Berikanlah hambaMU ini kekuatan seperti sebelumnya..
Mana hilangnya kekuatan hambaMU ini?
Ya Allah..
Janganlah Kau jauhkan kenahagiaan dari hidup hambaMU ini..
HambaMU ini hanya mahukan kebahagiaan seperti hamba-hambaMU yang lain..
Singkirkanlah rasa yang menyesakkan ini kerana ianya sering mengganggu kisah hidupku seharian..
Seringkali dirasakan yang diri ini selalu di dalam kesuraman..
Buangkanlah kesuraman yang ada..
Kerana hambaMU ini hanyalah seorang insan biasa yang juga memerlukan kasih sayang dan cinta sebenar..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 suka menconteng =):
salam kenal dari uncle. terjumpa semasa blogwalking.
blog yang menarik dan tertib.
salam juga..
oh thanks ya al-lavendari..
=)
Post a Comment