Showing posts with label office. Show all posts
Showing posts with label office. Show all posts

#Throwback: Potluck Raya Lagi & Doa Selamat

By Aisyah Rahim at Tuesday, August 18, 2015 0 suka menconteng =)
Assalamualaikum w.b.t,

Yeay ada potluck raya lagi. Bukan setakat potluck raya sahaja, kami turut meraikan bakal-bakal jemaah haji yang akan pergi menunaikan ibadah haji tak lama lagi. Semoga peroleh Haji yang Mabrur. Insha Allah...

Kali ni aku just bawa simple gila. Haha just sayur, susu pekat & susu cair. Simple kan? Kenapa aku bawa barang simple cenggini?

Nak tahu apa menu potluck raya kali ini?
Yeah jom meh nak cerita sini.

Berikut adalah menu raya kali ini. Aku kena bawa yang ada nama aku je tu. Hehe
  1. Nasi Lemak
  2. Ayam Goreng
  3. Air - Aisya
  4. Buah
  5. Kuih Seri Muka
  6. Mangkuk,Cawan, Sudu, garfu
  7. Steamboat

a.       Chicken Ball / Fish Ball/crab stick/ Fish Kek/ Dan Lain2
b.      Sayur Kangkung / Sawi (putih)  /Brokoli / Cauliflower - Aisya
c.       Maggi / Mee Cintan / Bihun
d.      Telur Ayam
e.      Tahu
f.        Perencah Tom Yam Kiub
g.       Sos
h.      Udang/Sotong
i.         Hotdog
j.        Senduk



Haaa.... Meriah tak meriah tak menu weolls. Meriah sangat tau. Selalunya kan menu raya nasi minyak lah, ketupat lah dan seangkatan dengannya.

Tapi menu weolls steamboat. Ini kira main menu jugak lah selain nasi lemak. Semua menu pun win sangat.

Dan tanpa takanak tulis panjang lebarnya jom layan gambar potluck raya kali ni.

Nasi lemak

Bahan nasi lemak

Air siarap lemon (Belum letak ais lagi time nih)

Bahan-bahan steamboat uolsss!!

Steamboat tomyam walaweh

Macaroni

Kuih muih

Kuih dan muih lagi

My Nasi Lemak. Portion nak diet kunun

Ada lagi makanan yang tak sempat di snap termasuklah beberapa jenis kek dan sebagainya.... Banyak tak terkata. Alhamdulillah rezeki....

Tugas tambahan aku kali ni ialah meng'refill' kuah steamboat. Lajuuuu kemain semua orang makan steamboat. Haha. Layann

Ni pulak jemputan yang datang termasuklah geng-geng kitorang sebagai tuan rumah.
Bacaan Doa

Tunggu tetamu datang

Ucapan sempena Bos nak menunaikan Haji (Yang bertudung hijau tu)

Jom makan

Makan yokk

Officemate ku

Gegar vaganza

Bersama Kak Norli
Ramai lagi tetamu yang hadir tapi ai is malu nak snap sebab ada yang muka-muka baru dan tak berapa nak mesra sangat. Hehe.

Alhamdulillah majlis berjalan lancar. Nasi lemak licin... Bahan-bahan steamboat ada lebih sikit dan masing-masing bawa balik. Boleh sambung makan kat rumah pulak kan.

Ok tu je cerita Jumaat lepas.


Sambutan Hari Raya 2015 Group IT

By Aisyah Rahim at Friday, July 31, 2015 0 suka menconteng =)
Assalamualailum w.b.t,

Ye ini adalah kisah semalam. Bulan Raya ni penuh dengan sambutan raya je ye. Tak kisah kat rumah sedara ke rumah kekawan ke office ke memacam lah jemputan yang diterima. Tapi ada jugak yang tak dapat pergi. Kenduri kawen pun penuh. Huhu. Pendek kata penuh perut lah bulan Raya ni. Huhu

So inilah kisah aku semalam. Sambutan Hari Raya Group IT. So stall Division kitorang berlatarkan negeri Kedah & Perlis. Tema weolls haruslah hijau kuning. Hijau kuning negeri kedahku... Erkkk Perlis lak camno?? Haha. Maka tema hijau kuninglah aku jugak haritu. Nasib ada ya baju color hijau dan tudung kuning. Kalau tidak, takdolah kena mengena dengan tema hijau kuning. Kira tak masuk temalah kalau tak sama betul tak. Hehe.

Pepagi tu sampai kat tempat kejadian terus tolong pape yang patut. Setup sikit2 sebelum masuk meeting. Gigih ye bos bos I nak jugak buat meeting pada hari kejadian tu. Hikhikhik. So layan jelaaa. Lepas meeting boleh terus turun makan makanan yang lazat lazat itu. Hahahaha (Sambil gosok perut)

Dah taktau nak sembang apa lagi, meh layan gambo semalam. Idok lah banyaknyer gambonya ni tapi bolehlah. Zaaaaaassss

Setup our stall

Ready to serve tapi kena tunggu ucapan VP dulu sebelum start makan2

Posing lepas setup stall

Our unit tapi still sorng tertinggal sebab sibuk salin baju raya

Officemate

Geng lepak dolu2 masa bebujang

Geng unit yang freestyle

Bos2 aku

Bos2 jugaklah
 
Foods

Sebahagian Division aku

Bos yang baik hati serve untuk tetamu

Pilih dik pilih

Housemate masa bebujang dolu2

Ronda2 cari makan

Stall kami terbaik ok. Tempat pertama!!

Okay sesudah makan, haruslah perut dah ketat malah baju pun sendat. Nak kena start diet semula supaya gojes dan selim melim uolls. Barulah cun! Haha

Tapi apakan daya, pergi ke sana nampak makanan, pergi ke sini pun nampak makanan. Almaklumlah bulan raya.

Esok suamiku exam, lepas tu ada open house rumah bos beliau. Kenduri rumah officemate aku macam tak dapat pergi. Huwaaaa teringin nasi kenduri.

Ok dah lah. Chow dulu

Bye bye

Knowledge Sharing Session

By Aisyah Rahim at Wednesday, October 21, 2009 0 suka menconteng =)
Hari ni je ada KSS (seperti tajuk diatas,hihi malas tulis panjang). Dari pukul 9 sampai la pukul 12 lebih tengah hari macam tu. Terisilah masa yang lapang di opis(haha lapang tak boleh blah).
 

Aisya Rahim Copyright © 2010 Designed by Ipietoon Blogger Template Sponsored by Online Shop Vector by Artshare