Assalamualaikum w.b.t,
Yeay ada potluck raya lagi. Bukan setakat potluck raya sahaja, kami turut meraikan bakal-bakal jemaah haji yang akan pergi menunaikan ibadah haji tak lama lagi. Semoga peroleh Haji yang Mabrur. Insha Allah...
Kali ni aku just bawa simple gila. Haha just sayur, susu pekat & susu cair. Simple kan? Kenapa aku bawa barang simple cenggini?
Nak tahu apa menu potluck raya kali ini?
Yeah jom meh nak cerita sini.
Berikut adalah menu raya kali ini. Aku kena bawa yang ada nama aku je tu. Hehe
- Nasi Lemak
- Ayam Goreng
- Air - Aisya
- Buah
- Kuih Seri Muka
- Mangkuk,Cawan, Sudu, garfu
- Steamboat
a.
Chicken
Ball / Fish Ball/crab stick/ Fish Kek/ Dan Lain2
b.
Sayur
Kangkung / Sawi (putih) /Brokoli / Cauliflower - Aisya
c.
Maggi
/ Mee Cintan / Bihun
d.
Telur
Ayam
e.
Tahu
f.
Perencah
Tom Yam Kiub
g.
Sos
h.
Udang/Sotong
i.
Hotdog
j.
Senduk
Haaa.... Meriah tak meriah tak menu weolls. Meriah sangat tau. Selalunya kan menu raya nasi minyak lah, ketupat lah dan seangkatan dengannya.
Tapi menu weolls steamboat. Ini kira main menu jugak lah selain nasi lemak. Semua menu pun win sangat.
Dan tanpa takanak tulis panjang lebarnya jom layan gambar potluck raya kali ni.
|
Nasi lemak |
|
Bahan nasi lemak |
|
Air siarap lemon (Belum letak ais lagi time nih) |
|
Bahan-bahan steamboat uolsss!! |
|
Steamboat tomyam walaweh |
|
Macaroni |
|
Kuih muih |
|
Kuih dan muih lagi |
|
My Nasi Lemak. Portion nak diet kunun |
Ada lagi makanan yang tak sempat di snap termasuklah beberapa jenis kek dan sebagainya.... Banyak tak terkata. Alhamdulillah rezeki....
Tugas tambahan aku kali ni ialah meng'refill' kuah steamboat. Lajuuuu kemain semua orang makan steamboat. Haha. Layann
Ni pulak jemputan yang datang termasuklah geng-geng kitorang sebagai tuan rumah.
|
Bacaan Doa |
|
Tunggu tetamu datang |
|
Ucapan sempena Bos nak menunaikan Haji (Yang bertudung hijau tu) |
|
Jom makan |
|
Makan yokk |
|
Officemate ku |
|
Gegar vaganza |
|
Bersama Kak Norli |
Ramai lagi tetamu yang hadir tapi ai is malu nak snap sebab ada yang muka-muka baru dan tak berapa nak mesra sangat. Hehe.
Alhamdulillah majlis berjalan lancar. Nasi lemak licin... Bahan-bahan steamboat ada lebih sikit dan masing-masing bawa balik. Boleh sambung makan kat rumah pulak kan.
Ok tu je cerita Jumaat lepas.
0 suka menconteng =):
Post a Comment