Kesian kesayangan saya

By Aisyah Rahim at Tuesday, June 28, 2011 3 suka menconteng =)
Semalam pergi kerja dengan kereta my housemate which is we are also an officemate. Okay balik kerja as usual if aku tak pergi kerja dengan kesayangan aku mesti balik and terus belek-belek dia.

Sampai-sampai je kat rumah semalam around 6++pm semalam, aku checkla kesayangan, sekali hatiku rasa sangat terbakar. Ada la pulak kesan calar yang sangat banyak okay. Nangis aku masa tu. Baru aku tahu perasaan sayang kereta tu macam mana. I know the feeling and it really hurts okay. Bengang je aku time tu. Macam nak campak je nak mengamuk.

Start hari ni, aku akan drive kereta untuk ke office. Tak nak benda sama berulang. Kalau semuanya terjadi sebab aku takpelah jugak. Ni tak, bukan sebab aku langsung kot. Tak pasal-pasal nak kena fikir nak polish ke wax lah apa kebenda yang aku pun tak berapa tahu. Sekarang baru tahu peranan seorang lelaki. Memang aku perlukan lelaki dalam hidup jugaklah. Haha. SIOTT je.

Okaylah, Nak sambung buat kerja. Nak release tension je ni.


Aisya suka emo

By Aisyah Rahim at Monday, June 27, 2011 0 suka menconteng =)
Dah nak dekat bulan 7. Dulu every July mesti saya akan excited gila. Tapi sekarang tak lagi. Sebab semuanya dah berubah. Orang cakap perkara yang dah lepas jangan dikenang-kenang. Teruskan dengan yang mendatang. Chaiyok!

Terbaik lah! Hehe

By Aisyah Rahim at Monday, June 27, 2011 2 suka menconteng =)
Okay, hari Jumaat last week adalah hari yang paling best sekali sebab dapat exercise secara tak sengaja. Terbaeklah.

Tepat jam 5 petang adalah waktu tamat office hour. So, saya adalah seorang pemalas dan takut untuk menempuh jammed di luar sana, jadi saya pun tunggulah di office dulu sehingga berasa yakin untuk menempuh jalan yang dah kurang jammed. Hihi. Okaylah, dalam pukul 6.++ pm tu bangun dari kerusi empukku di office dan menuju ke pintu keluar. Tiba-tiba rasa nak bergosip pula, maka singgahlah saya di tempat seorang member di office yang kebetulan duduknya berhampiran dengan pintu keluar. Borak punya borak sampai malas nak balik. Biasalah girls story. Saya sangat suka bergosip tau. Masa tengah-tengah gosip tu suddenly black out ok. Ingatkan nothing happened, so continue gossiping. Tiba-tiba alarm bunyi. Aku dah macam neves, okay bukan 'macam' la but 'memang' neves dah sebab first time rasa macam tu. Before this just fire drill je kot, so tak rasa lah takut sangat. Hihi.

Lepas alarm bunyi tu aku pun siap lah nak balik sebab dah macam takut kan. So, keluar lah pergi ke lift, lift pula tak boleh guna then ada something turun dari bumbung tu. Aku lagi lah neves. Terus lari masuk office, haha sumpah funny at that time. Nasib tak ramai orang.


Dalam tu ada lift

Tak lama lepas tu terus decide nak turun guna tangga sebab ada annoucement mengatakan yang kejadian ni mungkin mengambil masa yang agak lama. Haih. Gelap kot tangga tu. Aku dah lah penakut. So, kugagahi jua. Haha jiwang jap.

Kau bayangkanlah turun dari level 32 sampai ground floor. Terbaeklah. Macam apa je sebab tak pernah exercise. Hehe. Menggigil dowh kaki aku. Parking kereta pula dekat level -4. Lagi 4 3 tingkat kena turun tangga. Sampai-sampai dekat kereta terus rest macam tak pernah rest. Penaaaaaaaaaaaaaaaatt sangat. Huhu. Lepas 30 min teus drive balik.

Fuhh lega dapat rest..


Unplanned to Genting

By Aisyah Rahim at Friday, June 24, 2011 3 suka menconteng =)
Hello & Happy Friday.

Rasa macam lama tak mengupdate blog saya yang sepertinya dah bersawang ni. Tapi bukan 'macam lama' tak update, 'memang lama' pun tak update. Lately busy sikit. Buat-buat busy ke betulbetulbusy ke just aku yang tahu. Haha. Sakit hati kan. Tak tak. Actually memang betul pun busy. Hari tu asyik balik rumah pukul 7 lebih. Penaaaaaaaaaaattt sangat.

Aku tak ingat dah bila kejadian ni berlaku tapi nak kata lama ke baru ke pun not very sure la. So, masa kejadian tu, yang terlibat dalam kejadian ni are me, Ayu and Munet. Semuanya 'tanpa dirancang, tapi seperti dirancang'. Hehe. Aku suka semua ni. Hihi. Aku suka berjalan-jalan seprti ini. So, malas nak story panjang lebar. Just layan the pictures. Kesian Munet coz jadik our (me & Ayu) photogrpher. Hehe. Thanks to Abang Munet. Nanti kau dah kawen, siapalah nak jaga kitorang lagi. Huhu.


On the way to Genting

Budak gedix

Bajet model
Kitorang tido dalam kereta je kot. Haha. Entah pape je. Lepas bangun terus jalan-jalan sekitar Genting. Masa tu jalan-jalan je. Hihi. Tak main game kat sana pun.

Adik beradik angkat. Hehe

Model lagi

Fees

Cover tapi tak jadik

Berlakon

Bagi peluang kat Munet

Breakfast pagi lepas bangun tido.

Setelah berulang kali naik turun escalator

Perasan nak jadi Super hero
Setelah penat-penat berjalan, we all turun dari Genting. On the way turun tu, Munet tanya ada apa dekat Gohtong Jaya sebab masa turun tu nampak signboard Gohtong Jaya. So, aku & Ayu pun cakap jom lah pergi sana tengok ada apa. Aku ingat tak ada apa pun. Tiba-tiba nampak strawberry farm, so ronda-ronda sana kejap. Best kan semuanya 'tanpa dirancang'. Hehe




Muka budak-budak gembira

At strawberry farm

Dapat berlakon makan berry je la..
Dah habis. Jom balik. Sampai rumah around 6 pm kot. Lepas hantar Munet dekat SK, aku & Ayu tersangkut jem. Hadoi. Thats whylah lambat sampai rumah. Lepas tu terus rushing sebab ada hal yang perlu disetelkan.

Till the next update. Hihi. Next trip Insyallah. Nanti I story ye if ada.

Tata

sabar tu separuh daripada iman. kan kan?

By Aisyah Rahim at Friday, June 17, 2011
Aku tengah bengang ni. Entahlah, lately busy dengan kerja di opis plus banyak je masalah yang nak datang. Sampai bengang aku tau. Pastu ada je benda yang boleh buat jantung aku ni macam sesak sampai darah ni nak jalan pun tak senang. Bencilah!

Aku sampai malas nak pikir masalah apa-apa pun just nak enjoy and nak hidup ni happy go lucky as a baby. Boleh happy2, tak ada masalah nak difikirkan kan. Penatlah sampai kadang-kadang rasa macam tak berguna je. Macam tak perlu ada je pun takpe. Ah lantaklah korang paham ke tak. Aku memang tengah bengang nak mampus sekarang ni. Rasa malas tu tak payahla nak cakap, Tuhan je tahu.

Apa yang aku boleh buat just bersabar jela. Apa lagi nak boleh buat? Kang kalau aku cakap lebih-lebih kang ada pulak yang terasa hati. Tak cakap pun susah. Ada lagi bila aku call je belom pun sempat nak habis cakap dah letak. Please lah. Macam apa ntah. Hish bengang betul. Aku rasa nak nangis pun ada. Rasa macam dah lemah sangat dah sampai tak mampu nak tahan. Ok if ada anyone yang read this entry just ignore je buat macam tak ada apa-apa k. Aku pun malas nak pikir dah. Orang kadang-kadang bukannya paham pun perasaan kita kan. Bukan senang nak puaskan hati semua orang.

Ok Bye! 

When am bored

By Aisyah Rahim at Thursday, June 02, 2011 1 suka menconteng =)
Those pictures are credit to Willy. Thanks William coz capturing and editing all those pictures. Actually dah lama nak update but I always don't have mood to update, that's why la dah lama tak update.

So, here we goes. Pictures ni semua saya tengah mengada-ngada. Sila muntah ye haha.


Budak gedixness

Kuat berangan-angan

Gossip girl

Okay ni je nak update buat masa ni. Bila ada mood lagi, I will update more and more. Haha. Tapi tunggulah ye zaman bila mahu update.

Ok bye.


Apa korang rasa bila orang mungkir janji?

By Aisyah Rahim at Tuesday, May 31, 2011 1 suka menconteng =)
Ni entry hari Selasa. Lambat post.. Hehe


Saya? Apa saya rasa? Hmm.. Terkilan kot. Terkilan sangat-sangat. Korang pulak apa yang korang rasa? Kot-kotlah korang nak share sama ke.. For me, I tak kisah pun if orang tu nak mungkir janji awal-awal ke siang-siang ke. Tapi if dah rasa-rasa nak mungkir janji tu bagitahu lah awal-awal kata tak jadi ke apa ke. Serius aku tak kisah kalau apa yang kau janji tu tak dapat dilaksanakan but please tell me earlier okay. Thats all.

Hari ni saya tak sihat sangat. Flu sepanjang hari. Adoi memang tak larat dan tak ada mood gila. Buat kerja pun macam tak nak je. Huhu. Hopefully tomorrow everything gonna be okay. Saya tak larat nak macam ni untuk esok lagi. Huwaaaaaa. =(

Haha. rasa dah out of topic dah kot ni. Just update sebab saya sangat terasa je dengan orang yang macam mungkir janji.

Okaylah, thats all for today.

Bye

Its complicated now

By Aisyah Rahim at Friday, May 06, 2011 3 suka menconteng =)
Parah ni, memang dah parah ni. Makin lama makin teruk kalau macam ni. Kalau aku tinggalkan macam tu je, habislah. So, better move on je aku rasa. But it is really hard lah. Aku cuma risau yang semua ni sementara je. Aku harap sangat Tuhan sentiasa melindungi aku dari benda-benda yang tak elok. Aku tak nak menyesal nanti. Takut sangat kalau benda yang dah lepas tu berulang kembali sebabnya sejarah mungkin boleh berulang kembali. Cukuplah sejarah tu menjadi sejarah dan kekal sebagai sejarah dalam hidup aku.

Tapi aku perlukan sesuatu untuk merealisasikan apa yang aku inginkan tu. Susah kalau buat tanpa apa-apa bantuan. Aku just perlu kuatkan semangat je. Tap tulah, nak kuatkan semangat tu macam susah sikitlah. Kena ada orang yang bagi sokongan moral dekat aku. Huhu.

Tadi masa dekat office, kak yuzi dapat sejambak bunga from her husband. But u know what? I feel something deep in my heart. Its really touching okay. Aku pun nak jugak macam tu. Haha. Tapi teringin jelah kan. Dulu pernah dapat sejambak tapi dah lama dah and its nothing now.

Semalam keluar dengan one of my best bestfriend. Kite saja mula-mula ingat nak lepak je. But we suddenly  just went to the counter ticket and queue there to buy any movie ticket. But he decide to watch Fast5. Mula-mula aku macam tak minat gila kot movie tu. Serius aku macam WTH nak tengok that movie. Sebab aku tak suka sangat action movie ni. Tapi bila dah tengok macam suka gila dekat Vin Diesel ni. Sumpah suka gila dengan his character.
Vin Diesel
Aku suka gaya dia yang bersahaja tapi dia sangat macho. Haha. Cara dia buat something dalam Fast5 tu buat aku terpikat. Aku rasa whatever yang dia buat tu sangat cute. Sebab tulah bila aku dah suka something or someone tu aku memang betul-betul suka. Bila dah suka mulalah susah nak lupakan benda tu. Sebab tu aku risau bila dah suka something tu aku akan risau gila ah sebab takut susah nak lupa. Huhu. Aku ada tengok-tengok zodiak tu, aku kan Libra. Dalam tu ada cakap yang orang Libra ni mudah suka akan sesuatu. Well, sama tau. I was like hmmmm that is true for me but for different people different character la kan.
Aku nak tengok dari awal la Fast and furious tu. Rasa macam best plak. Hehe. Tu la orang ada kata 'Tak kenal maka tak cinta'. Aku setuju sangat dengan statement tu.

Bilalah ada orang nak bagi aku flowersssss ni? Nak lah. Huhu.. Mengada-ngada lah aku ni. Haha.

Okaylah tak sabar nak pukul 5 ni. Nak chowwwww dulu. hihi


  

U decide, not me

By Aisyah Rahim at Thursday, April 28, 2011 3 suka menconteng =)
Hola,

Aku ni ada banyak sangat kelemahan, yang paling aku perasan is decision problem. Aku memang tak pandai buat keputusan. Kalau buat sesuatu tu mesti nak harapkan orang lain. Macam apa je aku ni. But this is me, the real me. Susah bagi aku nak buat keputusan. Okay meh nak share beberapa contoh bila aku tak reti nak buat keputusan.


Contoh 1

Bila keluar dengan someone or somebody or whatever, mesti benda macam ni akan terjadi.

Dia : Nak makan kat mana ni?
Aku : Entah, tak tahula. I ikut je.
Dia : U fikirlah nak makan kat mana. Asyik I je yang decide.
Aku : Alaaa.. I tak retilah nak fikir-fikir ni.
Dia : Okay, kalau macam tu kita tunggu sampai U dah dapat idea nak makan mana.

Haa. See. Aku memang tak reti okay nak decide bab-bab makan tang mana ni. Bukan tak tahu nak makan kat mana. Biasalah, kat Malaysia ni kan banyak choice tempat makan sampai pening nak fikir makan kat mana. Sangat stress okay. Okay, jom ke contoh yang kedua.


Contoh 2

Okay, contoh yang kedua ni selalu sangat terjadi. Aku sangat tak reti nak elakkan dari benda macam ni berlaku. Ada satu kali weekend tu, aku ingat nak duduk rumah je, tapi last-last minit tu mesti ada jugak benda lain yang aku akan buat. Macam pergi hangout dengan kawan ke balik rumah cousin ke. So, aku ni selalu jugak akan suruh orang yang decide untuk aku. Adeh. Lomah den ni.


Ni antara dua contoh yang aku boleh bagi setakat ni la. Ada lagi tapi macam malas nak tulis panjang-panjang. Hehe.

Nanti senang-senang aku update sebab sekarang aku rasa macam tengah memikirkan sesuatu untuk decide.
Lemah betul nak decide.


Okaylah. Tata



By Aisyah Rahim at Tuesday, April 26, 2011 2 suka menconteng =)
Sekarang ni if ada masa terluang aku akan bermain Sudoku and WordSearch. Dulu aku langsung tak pandai main Sudoku. Baru je mula berjinak dengan Sudoku ni. Start dengan pinjam buku Sudoku dari Munir (opismate). Tapi try main yang easy level je dulu then try yg hard sikit, tapi biasalah macam kura-kura. 
Sudoku & WordSearch
Photo by Me
So, bila dah lama sikit aku beli buku sendiri. Tapi ada word search. Best jugak sebab boleh hilangkan bosan yang ada ni. Hehe. So, kalau korang bosan pergi kedai buku then find the Sudoku and try. Serius rasa best dan mencabar. Tapi bila dapat solve kan kau akan rasa puas gila lah. Bukan senang kot nak finish the game. Hiks.
Apa tunggu lagi, pi la kedai buku berhampiran dan belilah buku Sudoku. Eceh promote pulak. At least otak korang ada juga berkerja kan dari duduk saja tanpa buat apa-apa. Otak pun kena fikir jugak takkan nak senang je. Hehe.


Kenangan lalu kembali

By Aisyah Rahim at Monday, April 25, 2011 2 suka menconteng =)
Semalam aku buka external hard disk. Saja godek-godek semua folder. Banyak sangat kenangan yang ada dalam hard disk ni. Mostly pictures la yang banyak dalam hard disk ni. Sedih gila bila tengok. Rasa macam nak patah balik zaman dulu-dulu Cuma taknak “cute” macam dulu je. Hehe. “Cute” here meaning gemuk sikitlah. Tak nak macam tu. Nak kurus gila + slim je. So, here the pictures. Sikit jelah nak share with you guys. Hehe. Tapi just ignore ke”cute”an aku tu ok. Jangan nak mengada kata aku gemuk. Sekeh kang.
Tu je nak share. Korang pernah tak sampai satu masa teringat zaman dulu-dulu? Aku selalu sangat macam tu. Kadang-kadang tu boleh menangis. Aku ni jenis emo sikit. Hihi.

First year

Rasanya second year

Pun second year


Third year

Tak ingat bila

First year

Final year

First year lagi

Final year jugak kot
Okaylah, just nak cakap malas gila nak pergi kerja esok. The whole week ni jiran-jiran kat depan meja saya tak ada. Sorang cuti coz nak exam, sorang lagi pergi travel ke Phuket. Haha. Willy you owe me a souvenir coz you leave me alone till Thursday. Kak Yuzi pula asyik tak sihat sebab Keisha. Hehe. Kesian dia. So, saya lagi kesian sebab akan keseorangan. So, bila sorang-sorang nanti saya akan berjalan-jalan ke tempat orang. Bosan lah tempat saya tak ada orang. Jom bekerja!

The time will come

By Aisyah Rahim at Monday, April 25, 2011 0 suka menconteng =)
Penat kan bila kena tahan apa yang kita nak. Sakit hati sangat bila tak dapat apa yang kita nak. Benci bila ingat apa yang kita nak tu tak dapat-dapat sampai sekarang even dah lama kita tunggu.
Penat bila kena tahan rasa untuk dapatkan apa yang kita nak tu. Rasa tu lah yang buat kita jadi tak menentu macam ni. Jadi manusia memang ada macam-macam naluri kan. Nak itu nak ini but then bila tak dapat frust menonggeng. Ada orang yang kuat memang boleh face that situation as cool as they can. Aku? Sometime lemah je rasanya. Huhu.
So, bila dah penat apa nak buat? Be cool babeh. Chill la jangan makan cili dah la tapi chillis takpe sebab sedap. Hehe. Alaaaa lama dah tak makan dekat Chillis.

Okay, bila suka sesuatu tu apa kita akan buat. Kita akan tengok dan tenung benda tu lama-lama kan. Macam kita tengok kasut yang kita suka. Tapi ada something yang buat kita tak boleh dapat that kasut, so tengok je dulu. Nanti lama-lama insyaallah dapatlah. Aku selalu macam tu. Suka tengok-tengok dulu then berangan-angan and dreams of that type of something that I really want to be mine. Hopefully, it would be mined as well as I wish one day. Korang pernah tak berangan macam ni? At least once a must rite?
Tapi bila tak dapat buat apa? Redha je ke? Takpe, kita berusaha dulu. Mana tahu dapat kan. Kalau tak berusaha macam mana nak dapat betul tak. So, macam mana nak berusaha tu ikut cara masing-masing lah. Kalau aku, adalah cara tersendiri yang aku akan buat. Sometimes it can be so obvious sampai orang perasan. Semua tu diluar jangkaan aku sampai sendiri malu pun ada. Tu yang aku tak suka tu. Bila aku dah suka something tu tak dapat den nak control. So, bersabor lah yek orang-orang disekeliling aku. By the way, thanks sebab memahami aku selama berada dengan korang. Hehe. Sebab aku ni sangatlah terbanyak songehnya. Serius aku tak dapat control perangai aku yang tersangatlah mengada-ngada ni. Orang yang berada disekeliling aku je yang paham. Haha. Tapi aku harap aku tak terlalu over lah sebabnya bila aku dah terover kadang-kadang tu sampai tak terjaga hati orang lain.
So, sekarang bila dah kerja dah banyak la wishlist aku. Bukan masa PAMA takde wishlist. Ada, Cuma beza sikitlah dengan duit sendiri. Kalau tak pandai manage, masak lah aku. Hihi.
Actually dalam post ni ada banyak maksud tersirat. Hanya aku je yang paham.


Bak kata orang, Kalau dah jodoh

By Aisyah Rahim at Monday, April 25, 2011 0 suka menconteng =)
Hmm.. korang pernah dengar tak orang dulu-dulu kata “kalau dah jodoh takkan ke mana”? Aku selalu dengar statement ni. Memang betul pun statement ni. Banyak yang aku boleh relatekan dengan statement di atas ni.


By Mr Google

Cerita 1:

Arina (bukan nama sebenar), Arina ni study dekat oversea which is univesiti dekat negara mana tak boleh diberitahu lah. Jangan marah. Hihi. Sebelum dia study kat oversea tu dia ada kapel dengan Zamani (juga bukan nama sebenar). Then bila dia dah study dekat oversea sana tu, dia dah makin jauh dengan si Zamani tu. Biasalah long distance relationship lah katakan. Di oversea tu dia bermain cinta dengan seorang yang bernama Yusri (pun bukan nama sebenar). Setelah setahun dua Arina dan Yusri bermain cinta di sana, sampai satu masa si Yusri ni mula buat hal yang mana dia telah berlaku curang dengan si Arina ni tadi. Tapi padanlah dengan muka si Arina ni sebab dia pun pernah tinggalkan Zamani ni kan. Arina rasa sangatlah sedih lalu membawa diri dan cuba mencari cinta yang lain. Biasalah orang cantik. Tapi lelaki-lelaki yang dikenali selepas Yusri semuanya hanya inginkan kemewahan si Arina ni sahaja. So, Arina ni dah malas nak mencari sang cinta ni lagi. So, bila Arina ni dah pulang ke Malaysia untuk summer break, tanpa disengajakan Arina terjumap dengan Zamani semula. Sejak dari itu, mereka telah bermain cinta semula. Selepas itu mereka bertunang dan dalam perancangan untuk majlis perkahwinan merka tidak lama lagi. How sweet lah kan. =)



Cerita 2:

Ina (bukan nama sebenar) telah menjalinkan hubungan dengan seorang kekasih orang secara senyap-senyap. Syafiq (bukan nama sebenar juga) adalah kekasih orang itu. Dalam erti kata lain, scandal ataupun kekasih gelap. Hehe. Dulu aku ingat kekasih gelap tu maknanya orang berkulit gelap dan kekasih cerah tu orang berkulit cerah. Entah apa-apa je kan. Okay back to the sory. Setelah lama mereka menjalinkan hubungan secara senyap-senyap, akhirnya tembelang mereka pun pecah eh ke sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah jua. Hehe. Whateverlah. Korang paham ke? Buat-buat paham lah ye. So, girlfriend si Syafiq ni pun sangatlah marah dengan hubungan Syafiq-Ina ni. Siapa tak bengang wei kalau boyfriend sendiri main kayu tiga kan. Tapi tanpa pengetahuan si Syafiq ni, si girlfriend yang bernama Sarah (bukan nama sebenar juga) pun ada scandal juga. Serius lagi tu. Siap nak bertunang dah. Gila lah kan. Alasan Sarah ni sebabnya Syafiq ni kurang berharta. Siot je Sarah ni. So, si Syafiq ni ttersangatlah patah hati dengan si Sarah ni. Ops lupa nak bagitahu, lepas Sarah ni dah tahu hubungan Syafiq-Ina, Syafiq-Ina dah tak contact each other dalam masa setahun lebih macam tu. So, bila Sarah dah nak bertunang dengan orang lain, Syafiq ni pun try contact Ina semula. Diorang pun bercinta agak lama jugalah. Sekarang diorang dalam perancangan nak berkahwin dah. InsyaAllah bulan Jun ni. Dah tak ada tuning dah, terus nak kahwin pun. Aku doakan agar mereka bahagia. =)



Cerita 3:

Yang ni carita pendek je, Si Fatimah (bukan nama sebenar) ni dulu study dekat KUIS kot kalau tak salah aku. Then kat sana dia kenal someone, nama dia Saiful (nama tak sebenar). So, tak lama setelah kenal tu, Saiful ni terus cakap dengan si Fatimah ni nak jumpa parents si Fatimah ni. Fatimah dan Saiful ni dua-dua anak ustaz. So, Saiful ni kira macam hormat si Fatimah ni la. Saiful ni senior Fatimah. Sebelum Fatimah habis belajar, dia ajak Fatimah ni kahwin sebab masa tu Saiful ni dah berkerjaya. Bagus kan? Hihi. Fatimah ni jiran aku. Kalau tak salah, macam nil ah cerita mereka. Majlis perkahwinan diorang pun simple aje. Sekarang ni mereka dah ada anal sorang.



Ni lah antara cerita-cerita pasal jodoh yang aku boleh share setakat ni. Sweet kan. Ada lagi cerita lain, ada yang happy dan sedih juga. Tapi cukuplah tiga je. Cuma yang aku nak cakap tak semestinya kau kawan dengan somebody tu lama-lama dan kau terus assume dia jodoh kau. No, don’t think like that sebab Allah dah tentukan tiga benda sejak dari kita lahir iaitu, jodoh, rezeki dan juga ajal kita if am not mistaken lah. Correct me if am wrong. Jodoh tu akan sampai bila dah tiba masanya. Jangan risau sebab Allah dah jadikan kita semua berpasangan. Whateverpun, kita kena lah banyak berdoa pada Tuhan supaya dikurniakan pada kita golongan yang baik-baik.

Memang tak nak letak tajuk pun

By Aisyah Rahim at Wednesday, April 20, 2011 0 suka menconteng =)
Hari ni sampai opis, as usual buka FB. Godek-godek apa yang patut then tersentap. Sangat! Sampai nak meleleh air mata ni ha. Dua benda yang bagi aku sakit hati. Tu je. Tapi now dah ok, selalu think positive. So, cool babeh.

=)

It hurts me

By Aisyah Rahim at Friday, April 15, 2011 0 suka menconteng =)
Hai.

Yeayyyy!! Haha. Yeayy sebab today is Friday. Best kan? I rasa best la but i don't know your's. Okaylah, nothing to update actually. Just nak luahkan perasaan je.

Lately ni, rasa macam sakit macam-macam. Sakit itulah, sakit inilah. sampai I rasa my body system dah tak berfungsi as usual. Haritu ada pergi klinik panel then doc bagi I ubat. Bila tak makan je sakit gila sampai rasa macam nak menangis. Actually dah seminggu lebih kot rasa sakit gila tapi I tahan je sebab fikir macam nothing happened in my body kot after this. Kejap je kot rasa sakit macam tu. Lama-kelamaan sakit tu menjadi-jadi. So, biar jela. Yang paling teruk adalah semalam. Yesterday I was at TM TTDI, memang ujian sangat. Tuhan je tahu apa aku rasa. Masa on the way balik rumah naik LRT lagilah. Adoi. Ada je orang nak buat aku marah, dah lah aku tahan sakit. Semua benda pun jadi lambat je. Naik bengang je. So, instead of waiting for the bus as usual aku blah naik lrt & taxi. Aku dah queue up the line untuk naik bus tapi bus lama sangat. Memang benganglah semalam.

Lepas dah sampai rumah, aku terus buat apa yang patut. Then lepas dah mandi, aku luahkan apa yang aku rasa dekat housemat aku. Sampai nangis-nangis. Sakit kot, bukan nak tipu. Kesian diorang sebab tolong belikan makanan dekat aku even masa tu hujan lebat. Aku appreciate sangat-sangat. Thanks Ana and Lia.

Hari ni, rasa macam okay sikit. Tapi kurang sedap badan. Minta dijauhkan lah dari segala jenis penyakit. Amin. Weekend ni ada kawan nak datang tido rumah. Hope everything will be fine.

Yeay lagi sebab esok Sabtu untuk enjoy. Hihi. Bukan enjoy sangatlah sebenarnya tapi hari untuk merehatkan minda dan badan.

Saya ada dapat berita sedih semalam. Sedih sangat. Whatever pun tunggu confirmation letter or email dulu.

Okayla. Tata  



Sembilu

By Aisyah Rahim at Monday, April 11, 2011 3 suka menconteng =)
Hola =)

Last weekend my friends stay at my home for 2 days. We have a very good holiday for last weekend. It seems like a long time ago we don't spend time together like this. We went to night market near my house and shopping together. It was superb feeling you know when you spent your time with your bestfriends. We had chit chat in a dark night before we sleep. Haha. And also do something that we don't aspect like it happened when we was study for a few month ago such as bila u dah landing atas tilam while borak-borak then u told your friend that u are hungry. So, we go to gerai belakang rumah and lepaking just for minum2 and gossiping. It was so awesome rite? I like that moment. Hehe

So, my friends which are Liza and Ismah stay at my home. We had spend so much time. Thanks to Liza for accompany me to Times Square for shopping-shopping and make my self feel happy as well. =) I also spend around hundred for bought those things. But at least I am very satisfy with that.


Before we going back to my home, we try the Fish Spa. Haha. Geli okay. I tak suka masa ikan-ikan tu gigit kaki I. Eeeeeee. Geli sangat. So, here the pictures.


Mine, geli =)

Liza's
Rasa macam sedih la. Entahla, serabut, messy macam tu. Sigh!!! Berat dah kepala dok fikir. What I think was not so true cause I think I know him better but unfortunately I am not know him better. Penatlah nak serabutkan kepala. Sakit dah tahu. But it just me and Allah knows that.

Notice or not, lately ni I asyik post about feeling. Bored kan. Tapi nak buat macam mana. Don't know how to story but it just happened without I realize.

Whatever it is, yang penting hidup mesti enjoy. That's all. But remember this, even kita sedih, we just act like we always cool, more cooler than water cooler. Haha just kidding.

Tomorrow got teaming with passion. =(

Okaylah, time to going back. Tata.


Macam best pulak

By Aisyah Rahim at Thursday, April 07, 2011 0 suka menconteng =)
Morning....

Rasa macam nak update something yang baru aku realize semalam. Haha. Dah lama suka dengar lagu Ku Menunggu By Rossa. Tiba-tiba baru terperasan dia punya lirik. Macam best pulak aku rasa.

Ku menunggu, ku menunggu kau putus dengan kekasihmu
Ta akan ku ganggu kau dengan kekasihmu
Kukan selalu di sini untuk menunggumu
Cinta itu ku berharap kau kelak kan cintai aku
Saat kau telah tak bersama kekasihmu
Ku lakukan semua agar kau cintaiku
Haruskah ku bilang cinta
Hati senang namun bimbang
Ada cemburu juga rindu
Ku tetap menunggu
Haruskah ku bilang cinta
Hati senang namun bimbang
Dan kau sudah ada yang punya
Ku tetap menunggu
Datang padaku, ku tahu kelak kau kan datang kepadaku
Saat kau sadar betapa ku cintaimu
Ku akan selalu setia tuk menunggumu
Haruskah ku bilang cinta
Hati senang namun bimbang
Ada cemburu dan juga rindu
Dan aku tetap menunggu
Haruskah ku bilang cinta
Hati senang namun bimbang
Dan kau sudah ada yang punya
Ku tetap menunggu
(Aku tetap menunggu) ku tetap menunggu
(Aku tetap menunggu) ku tetap menunggu
Ku tetap menunggu


Okay, lagu ni tak ada apa-apa makna pun pada aku but it just best for me.

That's all.
Rasa tak nak update pun tapi terupdate. Huhu

Feeling Unwell

By Aisyah Rahim at Monday, April 04, 2011 0 suka menconteng =)
Salam Hari Isnin

Hai all. Rasa macam lama tak update tapi takdelah lama sangat. Huhu. Saja la malas nak update sebab dah tak tahu nak update apa. Rasa macam everyday pun always the same. Seriuosly. Bangun + pergi kerja + balik kerja + makan + tidur +bla bla bla. Kan sama je kan? Boring sangat. Sigh. Nampak bebenor boringnya.

Lately ni rasa macam swing mode je. Rasa macam bodoh pun ada. Macam-macamlah rasa. Sampai dah tak tahu nak story kat siapa. Nak story rasanya macam tak ada siapa nak dengar. So, better senyap je. Senyap lagi bagus kot. Bila senyap takde buat orang sakit hati dengan kita kan. Yeke? Aku ni selalu bagi orang sakit hati ke? Yelah kot. Selalu sangat. Tapi nak buat macam mana. Aku ni sometime tak tahu nak jaga hati orang kot. Tapi orang pun tak jaga hati aku juga. Ishhhh! Penatlah rasa macam ni.

September ni Insyaallah dah continue study balik. Rasa macam malas je. Oh lupa nak story sini yang aku da postpone study jap sebab dah kerja. Aku bukan apa, postpone sebab tengah kerja sekrang. Hari tu full time study, but now I want to convert to part time. So banyak benda nak disetelkan. Duit lagi + benda-benda remeh temeh lagi. Malas nak pikir. =(

Satu lagi big problem aku, ni memang sangat serius punya. Kan dah dapat gaji first, asyik nak shoping je. Penatlah macam ni. Adeh. Tak pandai nak manage lagi kot. Pantang tengok benda semua nak capai. Tak penyabar betul aku ni. So, starting from now on, I have to try to manage my money as well la. Kena buat belanjawan. Hehe. This is my first time kot buat belanjawan bagai. Before this, I haven't done this ok. Selalu nak duit minta je. Sekarang dah tahu macam mana rasa bila duit tu mengalir dengan lajunya. Huhu. Sabor jela.

Ada satu lagi masalah besar yang aku try avoidkan dalam hidup aku ni. Serius susah. Rasa berat sangat-sangat tapi memang kena buat. Aku tak nak orang jadi macam aku ni. So, better aku pergi jauh-jauh dari hidup orang tu. Kan2?

Hmmm... Bila pikir-pikir balik, banyak betul masalah aku. Siapa yang create the problem? Aku sendiri jugak. So, aku sendiri lah yang kena solvekan this problem.

So, lepas ni aku kena chill selalu. Tehheeeee =)
Okaylah. Nak chow dulu. Actually malas gila nak update, tapi nak sangat luahkan apa yang aku rasa ni kat my truly lovely diary ni. Nak cerita kat orang segan, nanti orang tak mau dengar.

Bye

Unexpected Feeling

By Aisyah Rahim at Monday, March 28, 2011 0 suka menconteng =)
Assalamualaikum

Hai peeps. Hari ni hari Isnin as usual bangun pagi siap2 and go to office. Tak boleh nak bangun lambat dah. Sob sob sob.

Last weekend I balik my home sweet home. Yes Kedah. I apply leave for Friday and came back to KL yesterday. Am being so lazy lately. Rasa macam malas nak buat apa2 even for works. Tak suka feeling ni.

Okay, tutup cerita pasal malas. What I want to story here is when I was at home for last weekend, I found something that hurt my heart. Actually tak ada rasa apa dah pun cuma saja nak feeling sedih sikit sebab dah lama tak sedih. Haha. Bengong lah aku ni.

Here are the pictures for "somethings" that I found.

Key chain

A lot of memories here

Perfume box

Souvenir from somewhere

Masa terjumpa "somethings" ni dalam kotak yang dah lama tak terbuka, aku macam "Eeeee... sedihnyaaaa".. Konon2 feeling nak nangis la, tapi air mata ni dah tak boleh nak keluar dah. Tapi bagus juga. Tak penting pun menangis sebab orang yang tak sepatutnya kita sedih. Hehe. Apa aku merepek ni. Paham2lah ye.

First gaji dah dapat tapi dah nak habis. How to manage my money? Ouhhh still thinking.

Ni pulak aku terjumpa letter from one of my friend masa dekat matrik dulu. Dulu-dulu aku ni cukup sensitip. Suka sangat merajuk or terasa hati. Kawan aku ni pandai pujuk tau. Dia tulis surat yang sangat sweet but simple sangat. Yang penting aku really appreciate it. Aku simpan sampai sekrang. Lama dah tak contact dia. Rindu nak bergosip dengan dia.

Ni the letter.
Letter
"Kalau awak ada terbaca post ni. Saya minta maaf sangat dekat awak if saya ada buat salah dekat awak. Saya tak pernah niat pun nak bagi awak terasa dengan saya. Harap awak maafkan saya."

Okay, ni je kot update untuk hari ni. If aku rajin lagi aku update la. Teheeee...

Gudbye

Kejadian di Jepun

By Aisyah Rahim at Tuesday, March 15, 2011 0 suka menconteng =)
Salam,

Sekarang ni sedang heboh mengenai kejadian yang menimpa bumi Jepun. So, saya nak share sedikit mengenai apa yang saya terbaca.

1. Tarikh yg berlaku adalah pada 11/3/2011 bersamaan 6 RabiulAkhir 1432 Hijah or 6/4/1432.

2. so dengan tahun 1432 di pecahkan 14 || 32.

3. Jawapanya Jujuz ke 14 Quran.

4. Dan bulan 4.

Rahsia angka tahun ini : Jujuz 14 Ayat Quran ke 4.


Rujuk di Quran.

1. Jujuz 14 bermula pada surah Al-Hijr, dan ayat ke 4 dari surah AL Hijir menyatakan
"Dan kami tidak membinasakan suatu negeri, melainkan sudah ada ketentuan yang tetap baginya".

2. Rahsia seterusnya yang menunjukan Malapetaka ini akan berlaku di Jepun ialah dengan kedudukan Jepun dan Wilayah Seedai pada kedudukan geografi bg ( Jepun : Latitiude 36, Longtitude 138)
so dlm 1432, 14 dh di ketahui Jujuz Al Quran. maka yang di pecahkan 14
32 so di pecahkan lagi 3
2 ,so now secret no adalah 3.
di ambil pula lokasi latititude dan longitude.
3+6+1+3+8 = 21
so next 2+1 = 3
proved *. yg di maksudkan dengan no 3 adalah negara jepun.
Dan di dalam jepun jugak terdapat banyak wilayah.. maka wilayah yang akan di turunkan malapetaka itu ? Wilayah Seedai pada kedudukan geografi Latitiude 38'15 dan Longtitude 140'53
makan 3+8+1+5+1+4+0+5+3 = 30
so next 3+0 = 3.
*proved wilayah yang tuhan maksudkan dgn angka 3 adalah Wilayah Seedai di Jepun.

3. Rahsia seterusnya dengan tarikh 6
msa yang di laporkan oleh Jabatan Metrologi Rusia.. gempa bumi berlaku pada masa 1446 waktu Jepun..
so 1+4+4+6 =15
so next 1+5 = 6
*proved 6 membawa maksud masa yang akan berlaku.

4. Dah yang seterusnya 1432 apabila di pecahkan 14
32, kini di ambil pula angka 14 dan di pecahkan 1
4 , maka angka satu boleh di kelaskan sebagai permulaan hari. maksudnya di dalam Islam Jumaat adalah hari pertama dalam minggu itu. so angka satu memberi maksud malapetaka itu akan berlaku pada hari Jumaat.

5. Lihat.. betapa benarnya ayat al quran. segala yang di nyatakan tetap berlaku. walaupun suduh berabad kitab Quran di turunkan.

6. Walaupun zaman berubah sejauh mana sekalipun.. Al-Quran tetap bagi sepanjang zaman.

7. Di percayai banyak lagi rahsia yang masih tidak dapat di ketahui di dalam tarikh ini. namun sekadar ini pun telah membuatkan kita lihat dengan mata kita sendiri betapa mulia Al-Quran. dan segala yang di ungkapkan di dalamnya

8. WauAllahhu Allam.

Renung-renungkanlah.
 

Aisya Rahim Copyright © 2010 Designed by Ipietoon Blogger Template Sponsored by Online Shop Vector by Artshare