Showing posts with label Bengang. Show all posts
Showing posts with label Bengang. Show all posts

Pot pet pot pet

By Aisyah Rahim at Thursday, August 13, 2015 0 suka menconteng =)
Assalamualaikum w.b.t,

Selamat Khamis. Rasa macam nak membebel-bebel pagi ni. Tapi tak tahu nak membebel pasal apa. Haha.

So meh nak pot pet pasal kisah semalam. Pagi semalam time hantar Ibrah dekat nursery dia tu. Aku ni jenis bila turun dari kereta mesti tengok-tengok dulu kat kereta. Biasalah aku ni jenis kalau ada yang tak kena kat kereta mesti macam cepat je terperasan.

Kebetulan semalam turun-turun je dari kereta nampak kemek yang macam ke dalam sikit dekat tepi tempat isi minyak tu. Mula lah angin kemarahan aku laju je merasuk, Bukan apa, sebab sebelum ni dah ada 2 tanda tau dekat area berdekatan pintu dekat atas dan bawah. Aku boleh tahan lagi sebab takdelah teruk sangat. Tapi yang tanda baru ni agak teruk sikit dengan ada lubang ke dalam sikit dan ada macam warna coklat-coklat (Tak reti nak describe).

Aku macam suspek jiran parking kereta dekat rumah aku. Sebab dia contractor yang selalu parking lori sebelah kereta aku (kotak parking kereta kami bersebelahan). Tapi dia kadang-kadang parking lori kat kotak parking dia. So kemungkinan besar time dia angkat-angkat barang. Tapi aku memang anginlah sebab aku rasa semua tanda kat kereta aku tu sebab dia. Banyaklah sebab kenapa aku syak dia. Malas nak cite. Ini sebab kecuaian dia je. Jangan salah paham ok.

So, pagi semalam memang pergi keje dalam keadaan bengang. Husband aku pulak pujuk nak betulkan kereta siap cat sekali bagai. Baik betul hati husband aku. Ni sayang lebih. Hehe

Takpelah, semoga si pembuat onar tu mendapat balasan yang setimpal. Petang semalam terus pergi kedai member husband aku untuk tahu bajet yang perlu dan nak tahu berapa lama boleh siap. Jumlah yang dikenakan masih dalam bajet husband aku. Husband aku kata agak murah lah jika dibandingkan dengan kedai lain.

Nanti aku share kedai tu. Tapi kedai tu opposite dengan Tesco Ampang. Dah 2 kali kereta aku pernah masuk workshop dia. Alhamdulillah berpuas hati. Ownernya melayu. =)

Ok lega dah bebel dan pot pet.

Bye




Kesian kesayangan saya

By Aisyah Rahim at Tuesday, June 28, 2011 3 suka menconteng =)
Semalam pergi kerja dengan kereta my housemate which is we are also an officemate. Okay balik kerja as usual if aku tak pergi kerja dengan kesayangan aku mesti balik and terus belek-belek dia.

Sampai-sampai je kat rumah semalam around 6++pm semalam, aku checkla kesayangan, sekali hatiku rasa sangat terbakar. Ada la pulak kesan calar yang sangat banyak okay. Nangis aku masa tu. Baru aku tahu perasaan sayang kereta tu macam mana. I know the feeling and it really hurts okay. Bengang je aku time tu. Macam nak campak je nak mengamuk.

Start hari ni, aku akan drive kereta untuk ke office. Tak nak benda sama berulang. Kalau semuanya terjadi sebab aku takpelah jugak. Ni tak, bukan sebab aku langsung kot. Tak pasal-pasal nak kena fikir nak polish ke wax lah apa kebenda yang aku pun tak berapa tahu. Sekarang baru tahu peranan seorang lelaki. Memang aku perlukan lelaki dalam hidup jugaklah. Haha. SIOTT je.

Okaylah, Nak sambung buat kerja. Nak release tension je ni.


sabar tu separuh daripada iman. kan kan?

By Aisyah Rahim at Friday, June 17, 2011
Aku tengah bengang ni. Entahlah, lately busy dengan kerja di opis plus banyak je masalah yang nak datang. Sampai bengang aku tau. Pastu ada je benda yang boleh buat jantung aku ni macam sesak sampai darah ni nak jalan pun tak senang. Bencilah!

Aku sampai malas nak pikir masalah apa-apa pun just nak enjoy and nak hidup ni happy go lucky as a baby. Boleh happy2, tak ada masalah nak difikirkan kan. Penatlah sampai kadang-kadang rasa macam tak berguna je. Macam tak perlu ada je pun takpe. Ah lantaklah korang paham ke tak. Aku memang tengah bengang nak mampus sekarang ni. Rasa malas tu tak payahla nak cakap, Tuhan je tahu.

Apa yang aku boleh buat just bersabar jela. Apa lagi nak boleh buat? Kang kalau aku cakap lebih-lebih kang ada pulak yang terasa hati. Tak cakap pun susah. Ada lagi bila aku call je belom pun sempat nak habis cakap dah letak. Please lah. Macam apa ntah. Hish bengang betul. Aku rasa nak nangis pun ada. Rasa macam dah lemah sangat dah sampai tak mampu nak tahan. Ok if ada anyone yang read this entry just ignore je buat macam tak ada apa-apa k. Aku pun malas nak pikir dah. Orang kadang-kadang bukannya paham pun perasaan kita kan. Bukan senang nak puaskan hati semua orang.

Ok Bye! 
 

Aisya Rahim Copyright © 2010 Designed by Ipietoon Blogger Template Sponsored by Online Shop Vector by Artshare