Showing posts with label jalan2. Show all posts
Showing posts with label jalan2. Show all posts

Aktiviti pada hari Sabtu

By Aisyah Rahim at Sunday, July 11, 2010 0 suka menconteng =)
Hari ni hari Ahad. Hari yang bosan sangat. Huhu. Bangun tidur pun agak lewat. Tapi padahal dah bangun awal sebenarnya. Bila tengok jam macam masih awal, sebab tu sambung tidur. Malas sangat nak buat apa-apa. Mungkin sebab hari yang sebelumnya tak cukup tidur dan juga penat berjalan. Entahla.

Okay, hari Sabtu saya dengan mama dan abah pergi Bertam sebab nak ambil adik saya yang kedua di kolej dia. Saya bangun awal okay. Haha. Awal dari biasa sebab saya nak ikut parents pergi ambil adik. Memang tak tahulah nak buat apa kalau tak. Sebab ada kawan ajak main boling tapi dia tak cakap bila lagi. So, saya just ikut ajelah yang mana cepat kan.

Sampai Bertam sana around 11 lebih pagi kot. Mengantuk sangat okay. Tapi malas nak layan. Baik layan perasaan best keluar berjalan. Lagi fun. Kan? So, dah ambil barang-barang semua dan bersiap nak balik. Then my dad cakap jomlah pergi Penang jalan-jalan di QueensBay (betul ke Queensbay or Queenbay). Sampai sana dalam 12 lebih tengah hari. Adik saya drive. Lepas aje Jambatan Pulau Pinang, ada polis tahan. Dia cakap adik saya drive laju. Haha. Memang pun. Polis cakap dengan ayah saya suruh tengok-tengokkan adik saya masa drive. Saya ni dah berdebar-debar takut kena saman ke apa. Yang mak saya dah baca-baca doa da, Haha. Luckily tak kena saman okay. Alhamdulillah. So, we all pun terus pergi Queensbay tu. Pergi mall la. After lunch semua jalan-jalan sambil shopping sikit-sikit. Saya just beli baju kurung dan sedikit barang yang lain. Seronoklah saya dapat jalan-jalan sambil shopping. Tu kan hobi saya. Hehe.

Ni masa tengah tunggu makanan. Muka tahan lapar. =p




Cukupal sekadar pandangan dari dalam kereta. =)

Ingat nak jalan-jalan tepi pantai ke apa tapi semua maca penat aje. Terus balik tapi tak terus balik rumah la. Singgah kejap dekat rumah tok saya. Lepak-lepak sana. Tiba-tiba kawan saya call ajak main boling. Haha. Memang taklah, dah la penat lepastu tak sampai rumah lagi.Sori Awie. Lain kali hang bagitau awal-awal okay. Before tu, saya sempat pergi gunting rambut. Wah happy gila. Thanks maksu sebab teman along. Then makan kejap dekat rumah tok, terus balik rumah. Satu hari saya tak on laptop. Rasa tenang sangat. Tapi ada juga benda yang buat saya runsing dan tak suka. Biarlah saya aje yang tahu. Yang pasti saya tak suka.

Okayla. kena masak nasi ni. Adik saya dah bising. Dia cakap lapar coz nak pergi beli lauk. Haisshhh! Masak nasi aje pun malas. Serius malas sekarang. Tapi kalau ada mood, tak payah suruh masak, senang je aku masak.

P/s : Miss my 'S' shooo muchhhhh... =)

Res is merah rite?

By Aisyah Rahim at Wednesday, November 25, 2009 0 suka menconteng =)
Okat tajuk ni takde kena mengena dengan entry ni. Kuikui. Saja bosan pagi ni, so ingat nak update dari hari tu lagi. Cuma tak berkesempatan bila main dengan malas ni kan. Heh heh.

Hari isnin hari tu aku pergi hantar report for my industrial training. Sampai je UKM terus pergi jumpa supervisor I kan. Discuss sikit2 then dia tengok report. Hantar report segala then pergi bayar yuran. Settle yuran. alhamdulillah.

After dah settle semua dekat UKM, weols which mean aku, liza, mira and adik2 liza nak pergi jalan2 coz weols sangat bosan nak duduk rumah. Layaaaaannnn~

OK, ceritanya macam ni. Adik2 liza datang dari Temerloh untuk angkat barang dia untuk bawa balik sana since dah habis praktikal kan. Rumah sewa dia dekat Shah Alam. Dia balik hari Selasa so dia nak bawa adik2 dia jalan. Yang sorang nak pergi Masjid Jamek, yang sorang lagi nak pergi KLCC. So, aku, liza dengan mira pikir punya pikir then kitorang decide  pergi Masjid Jamek first then weols pun ke KLCC. Penat jugak okay. Berjalan satu hari. But okaylah. Seronok jugak even dah salu pergi KLCC and Masjid Jamek.


Abaikan baju tu sebab now nih in proses menjimatkan baju. Coz nak balik rumah hari ni.
Yay untuk saya!


Layan je muka bajet poyorrrrr


From left : Liza, aku & Mira

<
Bukti ni haaa aku ke KLCC (poyo macam tak biasa pergi!)
Tapi jarang nak bergambar di lura ni haaa

Okay after jalan2 dekat KLCC and snap2 picture weols balik and aku terus balik rumah. Tak ada apa2 yang menarik pun nak buat dekat sini. Kawan2 pun busy. Tak best!

Hari Khamis lepas kerja

By Aisyah Rahim at Sunday, October 18, 2009 0 suka menconteng =)
Okay, tengok title je mesti korang dah tahu kan entry ni pasal apa. Kan2?
Actually, hari Khamis atau 8/10/2009(even dah lama still nak post jgak, tak kira! Hehe), aku dengan kawan aku a.k.a housemata aku sekarang pergi MidV untuk jalan2. Kononnya nak penuhkan masa lapang sebab dia stress kerja yang memang dia tak ada. Hehe.. Pening ayat aku. Kui kui.

Kitorang habiskan masa dengan window shopping. From 1 to 1 la bak kata orang. Ambil2 gambar(Snap snap) hehe.

Meh aku tayangkan picture2 yang ada.
Tada~

aisya

Zainab

aisya & Zainab

Kitorang singgah solat Maghrib di surau MidV. Lepas tu chow balik rumah sewa. Okaylah terisi lah masa lapang kitorang. Sangat bosan okay di rumah.

aku

Zainab yang insaf

Okay lah, will post it later..
Daa~
 

Aisya Rahim Copyright © 2010 Designed by Ipietoon Blogger Template Sponsored by Online Shop Vector by Artshare