Showing posts with label Love. Show all posts
Showing posts with label Love. Show all posts

Family Time di Bagan Lalang.

By Aisyah Rahim at Friday, November 06, 2015 0 suka menconteng =)

Assalamualaikum w.b.t,

Wah terasa lama tak update. Hehe. Dah takyah nak sedih-sedih dah. Jom layan cite.

Ingat lagi tak haritu aku ada bagitau yang aku dan hubby pergi buat site visit dekat Bagan Lalang sebab lepas tu nak datang sini dengan family aku kan. Ni ha cite dia(Site visit before family time di Bagan Lalang). Datang untuk stay kat Bagan Lalang lah maksud aku. So dah setel buat site visit dan pada hari yang sepatutnya kitorang pun ke Bagan Lalang.

Disebabkan dah lama punya cite. Mana yang aku ingat aku cite, mana yang tak ingat korang layan jelah gambo ni yer.

Time ni semua adik beradik aku ikut kecuali adik yang no dua aku sebab time tu dia fly ke China jenjalan dengan wife dia. So nasiblah ye. Next time plan lain.


Time baru nak bertolak ke Bagan Lalang

Sian dia tersepit kat belakang

Semua pun nak selfie & wefie. Haha layanss
Sampai pun dah petang, lepas check in kat situ terus pergi tepi pantai. Kitorang semua orang kampung so memang suka pergi main pantai. Jangan nak mengata ye. Tetiba emo hahaha

Adik-adik main pantai

Time ni hubby aku tengah ajar adik-adik aku macam mana nak berenang. Suka lah diorang sebab ada abang nak melayan.

Aku apa lagi boleh buat melainkan selfie, jaga Ibrah dan layan kerenah diorang.

Yang baring tu ayah aku. 

Terapi di pantai

Sayang Ibrah

Gediks

Hero.. Haha ni adik no 4. Anas nama dia. Berminat sila PM. 

Haaaa ni hubby aku yang sememangnya gila pantai. Dan dia sangat suka swimming

Seronoklah tu budak kecik tu orang melayan dia

Ni mama aku

Malam tu kitorang makan kat area tu je. Malas nak gi jejauh.

Makan time
Pagi esoknya dah nak check out. Sebab nak hantar adik aku yang no 5 tu register dekat MFI di Bangi. So awal jugaklah kitorang gerak dari Bagan Lalang.


Besnytaaa time ni pepagi di tepi pantai


Yeahhh selfie lagi

Wefie pulak



Budak suka garuk



 Lepas semua siap, kitorang breakfast kat area situ jugak.

Ibrah dan Kak Min

Ibrah dengan Tok

Habislah Ibrah dengan Wan
 Dah ni on the way balik dah
Ini memang gaya tidur yang dia paling suka dalam kereta. Favorite port tuuuu
Kesimpulannya... Ni dinamakan percutian yang rileks-rileks jer. Memang percutian malas malas punya.


Tunggulah bila pulak aku nak update. Hehe






Selamat Hari Ulang Tahun Husband

By Aisyah Rahim at Friday, April 24, 2015 0 suka menconteng =)
Assalamualaikum w.b.t

Hai korang.... Ni cerita seminggu lebih yang lepas. Hehe. Alkisahnyerrr aku lupa 11 April adalah birthday suamiku yang terchenta ni. Serius tahun ni memang tak hingat sebab sibuk dan penat kot. Sibuk dengan macam-macam. Over taw!!! Tapi uolls yang tak tahu tu senyap jelah eh, percaye jelah yang aku nih memang sibok. Tak yah lah dok nak mengate kat belakang.... Tak baik...

Husband aku ni weekend memang dia bizi dengan kelas sebab sekarang dia tengah further master (Bukan nak menunjuk ok). Just nak bagitahu kenapa asyik takde time weekend. Haaaa gittew. Kang ade lak yang salah faham pulak kan ingat aku nak menunjuk.

Bangun je pagi tu husband aku dah bagitahu yang dia nak kek walhal isteri kesayangan dia ni memang lupa then memang tak terhiraukan lah sebabnya minggu sebelumnya husband aku ni baru balik dari Sarawak, so dia memang belikan kek lapis sarawak lah. Aku pulak bila dia cakap nak kek tu memang aku ingat dia nak kek lapis tu lah kan. Hehehe. Ape daaaa punya bini. Dah pulak waktu dia cakap tu aku tengah sibuk siapkan breakfast sebelum dia ke kelas dia tuh. Memang dalam hati tu kejap-kejap lagilah aku potong, takpun kalau nak cepat sila ambil sendiri. Haaaa.... Last-last dia tengok bini dia macam betul-betul tak ingat, dia terus announce lah yang haritu birthday dia. Aduhai... Kesian kat suami kitew tau dapat bini yang super pelupa. Tak patut tak patut..... Dan-dan tu jugak terus wish Happy Birthday Abang... I Love Youuuu So Muchh.... Maafkan daku sebab terlupa... Muah ciked..Mihmihmih =p

Lepas dia pegi kelas tu, aku terus wish jugak kat dalam FB. Hahaha Over kan. Nak jugak Up kat FB wish birthday husband kite.

Petang tu adik aku pulak surprise nak belikan kek untuk abang ipar dia nih. Adik ipar kesayangan katanya. So bermulalah episod nak surprisekan husband aku nih. Oklah nak taip husband panjang sangat, aku ringkaskan jadik Mr R je. So, bila Mr R balik je rumah, konon nak suruh dia pi mandi cepat-cepat sebab konon nak siap-siapkan kek time dia mandi then lepas dia keluar tu terus boleh surprisekan dia. Dia yang memang pelik dengan sikap aku tu pun sound aku apesal asyik nak suruh mandi jer. Agenda la sangat kan. Kaaannnnn.

Dah dia tanak mandi takpe. Biar je dia makan dulu, lepas je makan dia terus duduk depan TV. So aku kat dapur pun konon terus siapkan kek secara senyap2. Letak lilin, nyalakan lilin bla bla bla..Hahaha lawak bila dipikir-pikirkan. Dah siap terus bawa kek ke depan then terus kami ramai-ramai nyanyi lagu Happy Birthday kat dia. Muka macam terkejut lah jugak. Heehe..

Apepun layaaaan jelah gambar nih haaa. Penat dah nak taip. Layaaaannnzzzzz......

Muka memang excited dapat kek

Dari dulu memang tak reti nak tengok kamera

Haaaa.. Baru reti lepas penat suruh tengok kamera.

Ok tu je kisah birthday Mr R kite.

Selamat Hari Kelahiran serta hari peningkatan usia buat abang...
Semoga abang sentiasa dimurahkan rezeki, diberikan kesihatan yang baik, dan bahagia dengan sayang di alam rumah tangga kita... Insya Allah...
I Love You till Jannah.....



Hambek kau Cuti seminggu balik kampung

By Aisyah Rahim at Thursday, March 26, 2015 0 suka menconteng =)
Assalamualaikum w.b.t;

Hi uolls,

Aduh sangat malas mahu hupdate ini belog. Almaklumlah cuti seminggu balik kampung. Hehe Best wei balik kampung. Lama pulak tu kite balik kampung kan, haruslah best sesangat. Selalunya balik 2 3 hari je. Paling lama pun 4 hari. Ni dapat cuti seminggu memang ohsem lah.

Camne boleh cuti seminggu tu??? Hubby kite kebetulan outstation kat area kedah. Dia kena buat audit dekat Sg Petani & Alor Star. Lepastuh nursery anak kite pun tutup seminggu atas sebab-sebab tertentu (Kalau rajin nanti kite cerita kena ia tutop ok). Thats why lah kite terpaksa cuti seminggu itu. Tapi memang best lah cuti dok rumah mak kite kan.

So kite malas nak cite banyak, kite letak gambar je ye. Uolls cuci lah mata ok. Tak larat den nak cerito. Hiks.

Layanzzzzz......

Time nak bertolak dari KL

Kakak angkat Ibrah

Kepenatan la tuh

Fefeling princess

Rumah kampung

Lepak dengan Geng Kapak Tumpoi


Sibuk memasing dengan henpon 
Berjalan malam di Night Safari 


Budak terpaling letih

Gate Cafe, Taiping

Inside Gate Cafe




Sila refer sini kalau nak peri Gate Cafe




Budak malas bangun pagi 

Suasana kampung

I love suasana kampung


Fefeling retis kejap

Lepak tepi Taman Tasing Taiping

Fefeling berkelah

Budak tuh sibuk nak main

Ummi mengade2 nak masuk gambar Haha

Selamat Pengantin Bari Ismah

Happy for you, Dear

Kenduri Anak Pak Tam Di Kampung Binjai, Kedah

Selamat Pengantin Baru Kak Long
Seronok jumpa Wan Im dan Tok Ani

Breakfast






Mandi pool




Babah, Wan Im & Ibrah

Kampung Babah belakang Istana Anak Bukit, Kedah

First time visit Kampung Babah


Nanti kite datang sini lagi ye

Teringin nasi daging

Hubby layan Gulai Ikan Sembilang

Babah paksa Ibrah main rumput, memang budak bandar sungguh!

Lepak petang kat rumah Wan Im & Tok Ani

Makan Mee Kuah Kat Rumah Kampung Baba di Kuilm

Lepak rumah Kawan Babah with Mr P

Kengkawan Mr P

Kawan Mr P lagi


Ibrah balik rumah Tok Nyang @ Tok Nek

Main masak-masak di Kulim untuk lunch

Reload Seqy Beauty di Vendor Butik Mik'yal, Bertam, Penang

On the way balik KL

 Ok habis cerita balik Kedah. Haha

Bai





 

Aisya Rahim Copyright © 2010 Designed by Ipietoon Blogger Template Sponsored by Online Shop Vector by Artshare