'Bekal' of the day

By Aisyah Rahim at Tuesday, July 28, 2015 0 suka menconteng =)
Assalamualaikum w.b.t.,

Sekarang mood rajin nak buat bekal untuk Ibrah kena ada. So teruja sangat sampai terbeli buku resepi ni.
300++ Resepi & Panduan Lengkap

Menu yang baru cuba
Terus buat menu Makaroni & Keju ni untuk Ibrah. Malay sangat ken aku ni. Mcaroni & Cheese untuk Ibrah lah ye.

Tapi tapi tapi tertinggal nak beli cream. So guna apa yang ade jelah


Rebus Macaroni

Tumis bawang dengan planta

Macaroni siap di tos

Cheddar Cheese

Bunga kubis

Tomato ceri

Tepung gandum

Oregano

Goreng macaroni

Tada!! Siap!

Tu je yang mampu aku buat untuk first try. Tak penah buat macaroni cheese tau.

Nanti kalau rajin kita up lagi bekal untuk Ibrah ye.




#Throwback: Ibrah's first ride

By Aisyah Rahim at Tuesday, July 28, 2015 0 suka menconteng =)
Assalamualaikum w.b.t.,

Yeay Ibrah dah pandai ride. Ummi dengan babah eksaited sampai Ibrah kena naik 2 kenderaan.

Mula-mula eksaited

Masih suka

Dah start buat perangai

Redha jelah anak oi
 Nasib mu lah wahai Ibrah, ummi dengan babah pulak yang excited. Hehe

Raya oh Raya

By Aisyah Rahim at Tuesday, July 28, 2015 0 suka menconteng =)
Assalamualaikum w.b.t;

Salam Aidilfitri dari kami. Jom layan gambar Raya di Kedah. Ada lagi yang bila beraya je tak sempat snap sebab malas dan pelupa nak snap. So ni je yang ado. Layannnnsss

Rahim's Family



Abah & Mama
Razni's little family
Muhammad & Atikah

Aminah


Anas

Amir
Bukhari

Raya pertama

Raya di Kulim
Raya Kedua





Selfie Raya empat

Raya di Kampung Hubby di Penang

Beraya di Kulim lagi
Ok tu je aktiviti Raya kami tahun ni plus ada yang gambar takdok kat sini.

Selamat Hari Raya....

#Throwback: Perihal balik kampung

By Aisyah Rahim at Tuesday, July 28, 2015 0 suka menconteng =)
Assalamualaikum w.b.t.,

Yeay yeay balik kampung! Siapa yang tak suka balik kampung kan. Aku suka sangat balik kampung. Hehe boleh release tension tau. sebabnya almaklumlah hidup di kotaraya ni, eceh kotaraya sangat. Hidup di KL ni rasa cam kelam kelibut sangat dengan jammed pergi kerja ddengan balik kerja. Aku rasa all the time dekat KL ni memang asyik jammed. Pada pendapat aku lah ye. Tapi ada juga sikit2 time yang tak berapa nak jammed.

So bila nak balik kampung je excited dia macam lain macam sikit. Haha. Apatah lagi balik kampung untuk Raya. Raya oiiiiii. Lagilah eksaited. Tapi yang paling tak bestnya raya tahun ni jatuh pada hari Jumaat so balik raya tahun ni adalah sekejap. Boleh je nak apply cuti lelama tapi cuti aku dengan hubby dah tinggal sikit. So terpaksalah balik raya sekejap je.

Bertolak dari KL hari Rabu malam pukul 12 pagi ye. Dan sampai di kampung hubby aku lebih kurang pukul 9 lebih pagi cenggitu. Oklah sebab hubby asyik stop untuk rest, solat & tido. Sebabnya Rabu tu kami still kerja so, malam tu jugak hubby berkeras nak balik kampung. Nasib balik malam tu jugak, jammed tu biasalah tapi takdelah kami jammed macam tahun lepas sampai berbelas-belas jam. Ni kutang dari 10 jam dah kira bersyukur sangat,

So jom layan gambar perjalanan kami dari KL ke Kulim. Tapi gambar dah nak sampai. Haha



Used bicycle, bukan used car je ada ok
Lepas berbuka di Kulim then balik ke Sungai Petani pulak. Sg Petani rumah parents aku.

Lepak makan char kotiaw dengan family sehari sebelum malam Raya
Aktiviti malam Raya kami di Sungai Petani. Layannnn
Ketua BBQ

Assistant BBQ

Pasang Pelita


Add caption

Kuih dalam balang

Kemas Rumah


Lepas berBBQ malam Raya

Ok tu je aktiviti sebelum dan malam Raya.
Yeay esok Raya!!!

Selamat Hari Raya
Maaf Zahir & Batin
Dari Razni, Aisya & Ibrah :)

Skincare SeRy Beauty - Agen Aisya Rahim

By Aisyah Rahim at Friday, July 24, 2015 0 suka menconteng =)
Assalamualaikum w.b.t.;


Set Skincare diformulasikan khusus untuk kulit Asia dan juga mereka yang mempunyai masalah kulit berjerawat, kusam, dan berminyak. Mengandungi pelbagai extract tumbuhan (alam semulajadi), tidak mempunya merkuri atau bahan-bahan terlarang, dan juga diluluskan pihak KKM. 




Fungsi dan Kelebihan:

Cleanser
1. Sebagai pelembap wajah (Vitamin E) 
2. Membaik pulih sel kulit (Vitamin C)
3. Membuang kotoran padan wajah
4. Anti-Oxidant
5. Mencerahkan kulit (sumber dari alam semulajad)
6. Anti penuaan. Menegangkan kulit sekaligus mengurangkan kedutan di wajah
7. Penyejukkan wajah (cooling agen, sumber dari cucumber)
8. Memudarkan jeragat dan bintik hitam.
9. Mengurangkan masalah kulit berminyak (sumber lemon citrus)
10. Anti-microbial

Toner
1. Membantu menstabilkan pH kulit
2. Meminimalkan ukuran pori-pori dengan penggunaan yang tepat (menepuk-nepukkan toner pada wajah dengan menggunakan telapak tangan)
3. Memberikan perlindungan dengan mengangkat mineral yang terdapat pada air disaat anda membersihkan wajah.
4. Bertindak sebagai humektan, mengunci kelembaban sehingga mengurangi kekeringan saat kulit terkena sinar matahari.
5. Mengurangkan risiko berjerawat dan berkedut.
6. Mengawal sebum (kelenjar minyak)
7.Mengurangkan radang (kemerahan).

Serum
1. Membuatkan struktur kulit lebih tegang dan anjal.
2.  Melembapkan kulit wajah yang kering akibat jerawat.
3. Mengurangkan kedutan pada wajah (Anti penuaan)
4. Menghalus serta mencerahkan kulit.
5. Menutrisikan kulit.
6. Mencegah kegatal (iritasi) atau kemerahan akibat jerawat.
7. Menghilangkan flek pada wajah.
8. Mencegah pertumbuhan bakteria dan jerawat,
9. Mengawal sebum.

Day & Night Krim
1. Menghilangkan jerawat dan parut bekas jerawat.
2. Memudarkan dan menghilangkan bintik-bintik hitam dan putih di wajah (pigmen)
3. Mengecilkan pori-pori
4. Menegangkan dan menghilangkan kedutan pada wajah.
5. Menghilangkan parut di wajah
6. Menyegarkan kulit wajah.
7. Mengawal minyak
8. Mengurangkan kegatalan dan kemerahan (akibat jerawat)
9. Melicinkan tekstur kulit
10. Melindungi kulit dari sinaran UV


Isi Kandungan Set Skincare :

Cleanser : 50ml
KKM Reg No : NOT141102733K
(Aqua, Sodium Lauryl Ether Sulfate, Glycerine, Cocamidoproply Betaine. Coconut Diethanolamide, Ascorbic Acid, Sodium Chloride, Arctostaphylos Uva-Ursi (Bearberry) Leaf Extract, Camellia Sinensis (Green Tea) Leaf Extract, Cucumis Sativa (Cucumber) Extract, Citrus Medica Limonum (Lemon) Extract, DMDM Hydantoin) 

Toner : 50ml
KKM Reg No : NOT150300575K 
(Aqua, Salicylic Acid, Camellia Sinensis (Green Tea) Leaf Extract. ArctiumLappa (Burdock) Root Extract. D-Panthenol, Allantoin, Iris Florentina Root Extract, Butylene Glycol, Aloe Barbadensis Leaf Extract, Carboner, Triethanolamine)

Serum : 30ml
KKM Reg No : NOT150300577K
(Aqua, Carbomer, Arctium Lapp (Burdock) Root Extract, Iris Florentina Root Extract, Butylene Glycol, Camellia Sinensis (Green Tea) Leaf Extract, Aloe Barbadensis Leaf Extract, Allantoin, D-Panthenol, Salicylic Acid, Triethanolamine)

Day and Night Krim (2 dalam 1) : 15g
KKM Reg No : NOT150300576K
(Aqua, Cetyl Alcohol, Glyceryl Stearate, PEG-75, Ceteth-20, ArctiumLappa (Burdock) Root Extract, Iris Florentina Root Extract, Chamomilla Recutita (Matricia)Flower Extract, Allantoin, D-Panthenol, Titanium Dioxide, Camphor, Menthol, Mentha Piperita (Peppermint) Leaf Oil, Disodium EDTA, Phenoxyethanol, 1, 2-Hexanediol, Chlorphenesin)

Cara Penggunaan :

1. Cuci muka menggunakan Cleanser.
(cuci tidak perlu mengambil masa yang lama. Cukup 30 saat atau sehingga bersih. Jika anda cuci muka terlalu lama, kebarangkalian kulit akan menjadi terlalu kering)

2. Picit toner (2 ke 3 titisan). sapu rata ke wajah.(Kapas atau tapak tangan, kedua-duanya boleh digunakan. Mengikut kesenangan masing-masing)

3. Picit serum (1 ke 2 kali sahaja) dan sapu rata ke seluruh wajah.

4. Sapukan krim.

p/s : Cara penggunaan yang sama untuk waktu pagi dan waktu malam.


Kesan Awal dan Reaksi : 
1. Boleh melihat kesan seawal 3 ke 7 hari), untuk kesan maximum perlu memakai set secara berterusan selama 3 bulan.
2. Tiada pengelupasan (normal).
3. Kulit terasa sejuk selepas meratakan krim kerana terdapat ejen penyejuk.

Harga :

RM130 (semenanjung)
RM140 (sabah/sarawak)

Follow :

Ig : @seqybeauty
Fb : Seqy Beauty


Bijak Berbelanja Menjelang Hari Raya

By Aisyah Rahim at Thursday, July 02, 2015 0 suka menconteng =)
Assalamualaikum w.b.t,

Dah namanya nak berhari raya, haruslah kalau boleh nak serba baru kan. Kan kan kan. Al maklumlah nanti kalau pakai baju tahu lepas, mesti kau rasa macam eh tak berepa nak rayalah tahun ni. Gituuuu. At least ada sepasang pun ok lah kan.

Bila start bulan puasa je, banyak kedai dah mula buat promosi itu promosi ini. Jual itu jual ini. Ada yang murah ada yang mahal. Ada yang keperluan dan ada juga yang kehendak mengalahkan keperluan. Haaa. Akulah salah seorangnya tu. Hehehe

So, korang kenalah bijak ye. Bijak apa?? Bijak dalam berbelanja. Sebab Apa nak kena bijak berbelanja sebelum raya ni??? Cuba kau bayangkan orang yang makan gaji, confirm gaji dapat awal kan. Tengah-tengah puasa dah dapat. Macam gomen 9 hb ni kalau tak salah aku, orang keje gomen dah dapat gaji.Yang swasta pulak lambat sikit dari gomen. Tapi still lah sebelum raya. Lepas raya, kau nak nganga je ke tunggu gaji next monthnya. Haruslah lepas raya gaji dapat seperti biasa kan. Lamaaaaa tuuuu nak kena tunggu. Kalau salah belanja duit tu, memang makan nasi dengan ikan masin jelah. Tapi sekarang ikan masin pun mahal uolls.

So, berbelanjalah mengikut kemampuan dan keperluan. Bukan nak syok sebelum raya je ye. Sebab lepas raya nak kena macam-macam jugak. Ngeh ngeh ngeh.

Ok! TU jelah nak pesan dekat uolls sempena nak raya ni. Pandai-pandailah berkimat. Aku pun sedang belajar berjimat jugak ni. Haihh banyak nak pakai duit lagi nih. Kena kerja kuat. Hehe


Oklah selamat berjimat

Selamat berbuka puasa juga ye


Ibrah berjalan

By Aisyah Rahim at Thursday, July 02, 2015 0 suka menconteng =)
 Assalamualaikum w.b.t,

Ibrah praktis berjalan di nursery beliau. Selamat belajar sayang. Semoga cepat boleh berjalan tanpa bantuan. Ummi selalu doakan.






Ibrah selalu di hati Ummi

 

Aisya Rahim Copyright © 2010 Designed by Ipietoon Blogger Template Sponsored by Online Shop Vector by Artshare