Rezeki Itu Milik Allah

By Aisyah Rahim at Wednesday, July 29, 2015
Assalamualaikum w.b.t,

Harini rasa nak berceloteh pasal rezeki. Pada aku rezeki tu subjektif. Kenkadang kita tak tahu apa rezeki kita esok dan akan datang. Yelah, sebabnya rezeki, ajal maut & juga jodoh tu dah ditetapkan oleh Allah sebelum wujudnya kita di dunia. (Eh betul tak ayat ni??) Kalau salah betulkan eh. Tapi lebih kurang cenggitulah kan.

So apa yang korang tahu pasal rezeki?

Apa yang aku faham mengenai rezeki...

Kredit dari http://hafiszankamarudin.com/2014/04/maksud-rezeki-dan-doa-dimurahkan-rezeki-allah/

Maksud rezeki sangat luas malah boleh diterjemahkan dalam pelbagai aspek. Rezeki bukan hanya tertakluk kepada duit sahaja semata-mata.
Rezeki meliputi makanan, pakaian, kesihatan, rumah yang luas, kenderaan yang selesa, isteri-suami yang soleh, anak-anak yang soleh malah juga termasuk dengan badan yang sihat, mampu tersenyum, dipermudah urusan untuk melakukan tugasan atau pergi ke sesuatu tempat, dan dapat tidur dengan lena.
Perkataan rezeki berasal daripada perkataan arab “rizq”, yang secara literalnya bermaksud “sesuatu yang diberi atau dikurniakan”.
Allah adalah pemberi rezeki yang mutlak dan memberi sesiapa sahaja rezeki-Nya. Sama ada umat Islam atau bukan Islam. Ia adalah refleksi kepada sifat Maha Esa, iaitu Maha Pengasih dan Maha Pemberi.
So kita sebagai umatNya, kenalah sentiasa bersyukur dengan rezeki yang dikurniakan. Kalau kita tak bersyukur, macam-macam kita akan rasa. Pastu janganlah nak dibandingkan sangat dengan kehidupan orang lain sebabnya rezeki dia Allah dah tentukan macam gitu. Kalau jeles macam mana sekalipun, kau cuba berusaha untuk dapatkan. Kalau ada rezeki, Insha Allah ada untuk kita. Gituuu...

Image result for rezeki

Kenapa aku cakap rezeki itu Allah dah tentukan? Cuba bayangkan, harini kita pergi kerja seperti biasa. Kononya ke cafeteria untuk membeli makanan untuk sarapan, sedang pilih makanan tetiba terjumpa kawan then masa beratur untuk bayar makanan tu, tetiba kawan tu cakap dia bayarkan. Dia nak belanja. See? Nampak tak rezeki kita yang hari ni sarapan kawan kita dah belanja. Maknanys Allah dah tentukan rezeki kita pagi ni kawan kita belanja. Alhamdulillah murah rezeki kawan ni. Insha Allah mudah-mudahan

Contoh lain pula bila bos ajak teman dia ke suatu tempat untuk suatu urusan. Tetiba dah sampai waktu lunch. So memasing cari tempat untuk lunch. Ingat nak pergi bayarkan lunch tadi, rupanya bos dah bayarkan lunch kita. Nampak tak rezeki itu macam mana.

Contah akhir pula bila hujung bulan kita akan dapat gaji kan bagi yang makan gaji macam aku. Kononnya dapat gaji RM4000. Contoh ye. Dalam RM4K tu bukan aku belanjakan untuk aku sorang je duit tu. Ada bagi ke sini bagi ke sana, bayat itu bayar ini. Last-last tinggal untuk belanja kita hanya berapa duit je. Gituuuu. Nampak tak yang duit gaji kita tu bukan 100% rezeki kita, mungkin ada berapa % rezeki orang lain.

Rezeki tu memang luas. Bukan rezeki itu semata-mata duit. Luas sangat rezeki ni. Dan kadang-kadang kita tak jangka itu rezeki kita. Tapi at least kita berushalah untuk cari rezeki tu apatah lagi rezeki yang halal.

Jadi, bersyukurlah dengan rezeki yang Allah kurniakan tu. Kalau rasa nak lebih sialalh usaha lebih. Kalau rasa dah cukup setakat tu, dah cukuplah rezeki yang kau dapat setiap haritu. Ikutlah usaha kau kan. Jangan lupa bersedekah.



"Tangan yang memberi lebih baik dari yang menerima".
Dan ingat kalau kita sedekah kat orang yang memerlukan tu takkan miskin kita ni, percayalah. Malah kita akan dapat lebih ganjaran pahala dan akan dapat sesuatu mungkin.

Tu je kot nak sembang-sembang pasal rezeki ni. Jom amalkan doa murah rezeki




0 suka menconteng =):

 

Aisya Rahim Copyright © 2010 Designed by Ipietoon Blogger Template Sponsored by Online Shop Vector by Artshare