Bijak Berbelanja Menjelang Hari Raya

By Aisyah Rahim at Thursday, July 02, 2015
Assalamualaikum w.b.t,

Dah namanya nak berhari raya, haruslah kalau boleh nak serba baru kan. Kan kan kan. Al maklumlah nanti kalau pakai baju tahu lepas, mesti kau rasa macam eh tak berepa nak rayalah tahun ni. Gituuuu. At least ada sepasang pun ok lah kan.

Bila start bulan puasa je, banyak kedai dah mula buat promosi itu promosi ini. Jual itu jual ini. Ada yang murah ada yang mahal. Ada yang keperluan dan ada juga yang kehendak mengalahkan keperluan. Haaa. Akulah salah seorangnya tu. Hehehe

So, korang kenalah bijak ye. Bijak apa?? Bijak dalam berbelanja. Sebab Apa nak kena bijak berbelanja sebelum raya ni??? Cuba kau bayangkan orang yang makan gaji, confirm gaji dapat awal kan. Tengah-tengah puasa dah dapat. Macam gomen 9 hb ni kalau tak salah aku, orang keje gomen dah dapat gaji.Yang swasta pulak lambat sikit dari gomen. Tapi still lah sebelum raya. Lepas raya, kau nak nganga je ke tunggu gaji next monthnya. Haruslah lepas raya gaji dapat seperti biasa kan. Lamaaaaa tuuuu nak kena tunggu. Kalau salah belanja duit tu, memang makan nasi dengan ikan masin jelah. Tapi sekarang ikan masin pun mahal uolls.

So, berbelanjalah mengikut kemampuan dan keperluan. Bukan nak syok sebelum raya je ye. Sebab lepas raya nak kena macam-macam jugak. Ngeh ngeh ngeh.

Ok! TU jelah nak pesan dekat uolls sempena nak raya ni. Pandai-pandailah berkimat. Aku pun sedang belajar berjimat jugak ni. Haihh banyak nak pakai duit lagi nih. Kena kerja kuat. Hehe


Oklah selamat berjimat

Selamat berbuka puasa juga ye


0 suka menconteng =):

 

Aisya Rahim Copyright © 2010 Designed by Ipietoon Blogger Template Sponsored by Online Shop Vector by Artshare