Selamat Hari Ulang Tahun Husband

By Aisyah Rahim at Friday, April 24, 2015
Assalamualaikum w.b.t

Hai korang.... Ni cerita seminggu lebih yang lepas. Hehe. Alkisahnyerrr aku lupa 11 April adalah birthday suamiku yang terchenta ni. Serius tahun ni memang tak hingat sebab sibuk dan penat kot. Sibuk dengan macam-macam. Over taw!!! Tapi uolls yang tak tahu tu senyap jelah eh, percaye jelah yang aku nih memang sibok. Tak yah lah dok nak mengate kat belakang.... Tak baik...

Husband aku ni weekend memang dia bizi dengan kelas sebab sekarang dia tengah further master (Bukan nak menunjuk ok). Just nak bagitahu kenapa asyik takde time weekend. Haaaa gittew. Kang ade lak yang salah faham pulak kan ingat aku nak menunjuk.

Bangun je pagi tu husband aku dah bagitahu yang dia nak kek walhal isteri kesayangan dia ni memang lupa then memang tak terhiraukan lah sebabnya minggu sebelumnya husband aku ni baru balik dari Sarawak, so dia memang belikan kek lapis sarawak lah. Aku pulak bila dia cakap nak kek tu memang aku ingat dia nak kek lapis tu lah kan. Hehehe. Ape daaaa punya bini. Dah pulak waktu dia cakap tu aku tengah sibuk siapkan breakfast sebelum dia ke kelas dia tuh. Memang dalam hati tu kejap-kejap lagilah aku potong, takpun kalau nak cepat sila ambil sendiri. Haaaa.... Last-last dia tengok bini dia macam betul-betul tak ingat, dia terus announce lah yang haritu birthday dia. Aduhai... Kesian kat suami kitew tau dapat bini yang super pelupa. Tak patut tak patut..... Dan-dan tu jugak terus wish Happy Birthday Abang... I Love Youuuu So Muchh.... Maafkan daku sebab terlupa... Muah ciked..Mihmihmih =p

Lepas dia pegi kelas tu, aku terus wish jugak kat dalam FB. Hahaha Over kan. Nak jugak Up kat FB wish birthday husband kite.

Petang tu adik aku pulak surprise nak belikan kek untuk abang ipar dia nih. Adik ipar kesayangan katanya. So bermulalah episod nak surprisekan husband aku nih. Oklah nak taip husband panjang sangat, aku ringkaskan jadik Mr R je. So, bila Mr R balik je rumah, konon nak suruh dia pi mandi cepat-cepat sebab konon nak siap-siapkan kek time dia mandi then lepas dia keluar tu terus boleh surprisekan dia. Dia yang memang pelik dengan sikap aku tu pun sound aku apesal asyik nak suruh mandi jer. Agenda la sangat kan. Kaaannnnn.

Dah dia tanak mandi takpe. Biar je dia makan dulu, lepas je makan dia terus duduk depan TV. So aku kat dapur pun konon terus siapkan kek secara senyap2. Letak lilin, nyalakan lilin bla bla bla..Hahaha lawak bila dipikir-pikirkan. Dah siap terus bawa kek ke depan then terus kami ramai-ramai nyanyi lagu Happy Birthday kat dia. Muka macam terkejut lah jugak. Heehe..

Apepun layaaaan jelah gambar nih haaa. Penat dah nak taip. Layaaaannnzzzzz......

Muka memang excited dapat kek

Dari dulu memang tak reti nak tengok kamera

Haaaa.. Baru reti lepas penat suruh tengok kamera.

Ok tu je kisah birthday Mr R kite.

Selamat Hari Kelahiran serta hari peningkatan usia buat abang...
Semoga abang sentiasa dimurahkan rezeki, diberikan kesihatan yang baik, dan bahagia dengan sayang di alam rumah tangga kita... Insya Allah...
I Love You till Jannah.....



0 suka menconteng =):

 

Aisya Rahim Copyright © 2010 Designed by Ipietoon Blogger Template Sponsored by Online Shop Vector by Artshare