Redang part 3

By Aisyah Rahim at Friday, July 08, 2011
Okay lepas dah lepak2 sikit tu, saya dan Ayu pun balik semula ke tempat kitorang tinggalkan bag2 kitorang. Maksudnya dekat kawasan chalet kitorang la. Macam tu. Paham?

Then terus check in bilik. Lepak-lepak kejap then buat apa-apa yang patut dekat bilik. Around 2.30pm macam tu, we all kena kumpul untuk snorkeling dekat Pulau Lima. Kitorang sewa life jacket and all kelengkapan yang sepatutnya la untuk snorkeling. Untuk life jacket and goggle, sewa =RM20 di chalet kitorang. Okayla, layaaaaan je.

So, ramai2 jalan ke jeti untuk naik bot balik untuk ke Pulau Lima. Takdelah jauh sangat dengan Pulau kitorang tinggal tu. Sampai sana kitorang dah boleh snorkeling. First time kot. Saya macam takut-takut. Hehe. Eh eh. Bukan 'macam' ok, tapi 'memang' takut pun. Saya tak pandai balance kan badan dalam air even saya pakai life jacket. Macam apa je. Saya siap suruh Guide tu hantar saya balik ke bot. Haha. Memalukan betul. Dah la tak pandai nafas ikut mulut je bila pakai goggle tu. Mahu air masuk dalam tu sampai nak lemas. Hihi.

So, bila dah sampai dekat bot saya pun tunggu dan tengok orang lain snorkel je. Dalam bot kau tahulah. Bergoyang-goyang kan sampai bikin saya muntah. Tapi saya telan muntah saya balik sebab macam malu nak muntah depan orang. Eeeee. Tak sedap betul rasa tekak saya masa tu. Huhu.

Lepas semua dah naik bot tu, kitorang terus balik pulau kediaman kitorang. Haha. Apa lagi, dengan rasa tak sabarnya saya ajak orang-orang berkenaan snorkeling kat situ. Yeay saya dah pandai snorkel dah. Hehe. Saya try belajar sorang2 dekat tepi2 dulu sebab Aleya & Ayu dah jauh tinggalkan saya. Tiba-tiba ada sorang Guide tanya saya nak tengok kat tengah-tengah tu ada apa tak. Saya pun cepat-cepat cakap nak. Hihi. So, I just follow him sampai tengah laut walaupun tak adalah tengah sangat.. hihi

Notes : No pictures would be provided in this post. =p

To be continued.....

0 suka menconteng =):

 

Aisya Rahim Copyright © 2010 Designed by Ipietoon Blogger Template Sponsored by Online Shop Vector by Artshare