Bak kata orang, Kalau dah jodoh

By Aisyah Rahim at Monday, April 25, 2011
Hmm.. korang pernah dengar tak orang dulu-dulu kata “kalau dah jodoh takkan ke mana”? Aku selalu dengar statement ni. Memang betul pun statement ni. Banyak yang aku boleh relatekan dengan statement di atas ni.


By Mr Google

Cerita 1:

Arina (bukan nama sebenar), Arina ni study dekat oversea which is univesiti dekat negara mana tak boleh diberitahu lah. Jangan marah. Hihi. Sebelum dia study kat oversea tu dia ada kapel dengan Zamani (juga bukan nama sebenar). Then bila dia dah study dekat oversea sana tu, dia dah makin jauh dengan si Zamani tu. Biasalah long distance relationship lah katakan. Di oversea tu dia bermain cinta dengan seorang yang bernama Yusri (pun bukan nama sebenar). Setelah setahun dua Arina dan Yusri bermain cinta di sana, sampai satu masa si Yusri ni mula buat hal yang mana dia telah berlaku curang dengan si Arina ni tadi. Tapi padanlah dengan muka si Arina ni sebab dia pun pernah tinggalkan Zamani ni kan. Arina rasa sangatlah sedih lalu membawa diri dan cuba mencari cinta yang lain. Biasalah orang cantik. Tapi lelaki-lelaki yang dikenali selepas Yusri semuanya hanya inginkan kemewahan si Arina ni sahaja. So, Arina ni dah malas nak mencari sang cinta ni lagi. So, bila Arina ni dah pulang ke Malaysia untuk summer break, tanpa disengajakan Arina terjumap dengan Zamani semula. Sejak dari itu, mereka telah bermain cinta semula. Selepas itu mereka bertunang dan dalam perancangan untuk majlis perkahwinan merka tidak lama lagi. How sweet lah kan. =)



Cerita 2:

Ina (bukan nama sebenar) telah menjalinkan hubungan dengan seorang kekasih orang secara senyap-senyap. Syafiq (bukan nama sebenar juga) adalah kekasih orang itu. Dalam erti kata lain, scandal ataupun kekasih gelap. Hehe. Dulu aku ingat kekasih gelap tu maknanya orang berkulit gelap dan kekasih cerah tu orang berkulit cerah. Entah apa-apa je kan. Okay back to the sory. Setelah lama mereka menjalinkan hubungan secara senyap-senyap, akhirnya tembelang mereka pun pecah eh ke sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah jua. Hehe. Whateverlah. Korang paham ke? Buat-buat paham lah ye. So, girlfriend si Syafiq ni pun sangatlah marah dengan hubungan Syafiq-Ina ni. Siapa tak bengang wei kalau boyfriend sendiri main kayu tiga kan. Tapi tanpa pengetahuan si Syafiq ni, si girlfriend yang bernama Sarah (bukan nama sebenar juga) pun ada scandal juga. Serius lagi tu. Siap nak bertunang dah. Gila lah kan. Alasan Sarah ni sebabnya Syafiq ni kurang berharta. Siot je Sarah ni. So, si Syafiq ni ttersangatlah patah hati dengan si Sarah ni. Ops lupa nak bagitahu, lepas Sarah ni dah tahu hubungan Syafiq-Ina, Syafiq-Ina dah tak contact each other dalam masa setahun lebih macam tu. So, bila Sarah dah nak bertunang dengan orang lain, Syafiq ni pun try contact Ina semula. Diorang pun bercinta agak lama jugalah. Sekarang diorang dalam perancangan nak berkahwin dah. InsyaAllah bulan Jun ni. Dah tak ada tuning dah, terus nak kahwin pun. Aku doakan agar mereka bahagia. =)



Cerita 3:

Yang ni carita pendek je, Si Fatimah (bukan nama sebenar) ni dulu study dekat KUIS kot kalau tak salah aku. Then kat sana dia kenal someone, nama dia Saiful (nama tak sebenar). So, tak lama setelah kenal tu, Saiful ni terus cakap dengan si Fatimah ni nak jumpa parents si Fatimah ni. Fatimah dan Saiful ni dua-dua anak ustaz. So, Saiful ni kira macam hormat si Fatimah ni la. Saiful ni senior Fatimah. Sebelum Fatimah habis belajar, dia ajak Fatimah ni kahwin sebab masa tu Saiful ni dah berkerjaya. Bagus kan? Hihi. Fatimah ni jiran aku. Kalau tak salah, macam nil ah cerita mereka. Majlis perkahwinan diorang pun simple aje. Sekarang ni mereka dah ada anal sorang.



Ni lah antara cerita-cerita pasal jodoh yang aku boleh share setakat ni. Sweet kan. Ada lagi cerita lain, ada yang happy dan sedih juga. Tapi cukuplah tiga je. Cuma yang aku nak cakap tak semestinya kau kawan dengan somebody tu lama-lama dan kau terus assume dia jodoh kau. No, don’t think like that sebab Allah dah tentukan tiga benda sejak dari kita lahir iaitu, jodoh, rezeki dan juga ajal kita if am not mistaken lah. Correct me if am wrong. Jodoh tu akan sampai bila dah tiba masanya. Jangan risau sebab Allah dah jadikan kita semua berpasangan. Whateverpun, kita kena lah banyak berdoa pada Tuhan supaya dikurniakan pada kita golongan yang baik-baik.

0 suka menconteng =):

 

Aisya Rahim Copyright © 2010 Designed by Ipietoon Blogger Template Sponsored by Online Shop Vector by Artshare