Sharing is caring kan.

By Aisyah Rahim at Tuesday, October 05, 2010
Hari saya bertungkus lumus menghabiskan puasa enam yang dah tergendala disebabkan hal-hal yang tertentu. Mohon sempat untuk menghabiskan. Lagi tiga hari saya patut puasa. Sedih kan buat akhir-akhir ni. Dah rasa lain macam je. Hehe. But its okay.

Okay lepas bukak puasa dan solat Maghrib tibab-tiba mood rajin tu datang. Pergi cari buku-buku ilmiah untuk dibaca. See. Saya memang rajin kan? So, cepat tepuk tangan pada saya. Hehe. Kembang setaman la. Alaa, bila sebut 'kembang setaman' teringat seseorang. Okay sambung hal sebenar. Actually I want to share something with you guys. I got it from this book. 'La Tahzan | Jangan Bersedih'. Banyak manfaat saya perolehi daripada membaca buku ini. Kalau korang nak tahu, my mom ni suka sangat membaca. Banyak gila kot buku-buku dekat rumah saya. Boleh dikatakan rumah ni semak dengan buku je. Tapi kadang-kadang best jugak bila bosan boleh selak-selak sambil dapat ilmu sedikit pun jadilah. Haaa gitu.

Apa yang saya nak share di sini ialah janganlah kita sentiasa mengingati masa lalu kerana jika kita selalu memikirkan masa lalu, kita seperti orang bodoh dan mensia-siakan masa kita. Mengingati masa lalu jugak merupakan sebuah pembunuhan terhadap satu cita-cita. Ha fikirlah. Betul tau. Kalau kita asyik fikir masa lalu kita, kalau masa lalu kita penuh dengan kesedihan susah untuk kita bangun untuk membina cita-cita dan masa depan kita. Simpan masa lalu tu dalam sebuah file dalam otak kita ni rapat-rapat dan kunci tanpa buka balik. Tapi kadang-kadang bolehlah kita selak-selak balik untuk direnungkan sebagai pengalaman dan pengajaran. Tak salah cumanya jangan selalu. Ingat tu kalau nak terus maju. Korang pun selalu praktis tau. Jangan diingat sangat masa lampau yang mungkin sedih tu. Memanglah sedih tapi janganlah dilayan sangat perasaan tu. Kalau hari-hari melayan perasaan tu mahu kau meroyan.

Then habis satu tajuk ni saya selak-selak lagi. Terjumpa satu hadis ni. Sesuai untuk orang yang mungkin bercinta. Ada betulnya ye hadis ni.

"Cintailah kekasihmu sekadarnya saja dan jangan berlebih-lebihan. Mungkin boleh jadi suatu hari dia akan menjadi orang yang paling kamu benci. Dan bencilah kepada seseorang sekadarnya saja dan jangan berlebihan, kerana boleh jadi suatu hari dia akan menjadi kekasihmu yang setia".

Kita macam pernah dengar kan seperti kata-kata dalam haids ni. Selalu je saya dengar dulu. Memang betul pun jangan nak sayang seseorang tu lebih-lebih dan jangan benci seseorang tu lebih-lebih. Bahaya.

Okaylah, tak boleh ceramah panjang-panjang nanti jemu. Hehe. Kalau ada apa-apa yang saya baca itu menarik untuk dikongsi, saya kongsi dengan korang ye. Sharing is caring rite? So renung-renungkan dan selamat beramal.

Anda buat anda dapat. Ewah! Haha

4 suka menconteng =):

No name on October 8, 2010 at 4:15 PM said...

nak sayang orang tue boleh tapi tak lebih dari diri kita sendiri... ibubapa dan orang sepatutnya..

Aisyah Rahim on October 8, 2010 at 7:58 PM said...

hmm..betul tu lizzie hashim..apa yg penting is ourself first then baru the people around us..ibu bapa tu memanglah dah sayang. Tapi Allah dan Rasul jangan sesekali dilupakan. Insyaallah. =)

juwei on October 11, 2010 at 7:22 AM said...

saya link ke sini :)

juweialhaj.blogspot.com

Aisyah Rahim on October 11, 2010 at 3:10 PM said...

thanks juwei. =)

 

Aisya Rahim Copyright © 2010 Designed by Ipietoon Blogger Template Sponsored by Online Shop Vector by Artshare