Buat si jejaka

By Aisyah Rahim at Wednesday, October 06, 2010
Malam ni saya rasa sayu dan sedih dan macam-macamlah. Tak tahu kenapa. Mungkinkah sebab sesuatu tu. Hmm. Bila fikir-fikir balik tak guna pun nak kenang ke nak ingat ke nak apa ke. Tapi ada sebabnya yang tersemdiri kenapa saya rasa macam ni.

Ya lelaki. Lelaki dan lelaki. Mungkinkah semua lelaki sama ha? Maaf ye lelaki-lelaki semua. Tapi memang mahu berbicara soal lelaki. Memang saya tak faham dengan lelaki ni. Susah kot nak memahami lelaki. Apa yang lelaki ni nak dalam hidup diorang sebenarnya? Tak pernah cukup dan tak pernah bersyukur mungkin. Tapi saya kurang pasti semua lelaki sama ke tak. Ini dari sudut pandangan saya saja. Kalau salah harap maaf lah ye.

Tolonglah wahai kaum lelaki ye. Fahamilah perempuan kerana mereka ini sangat lemah sebenarnya. Mahi disayangi dan begitu juga dengan lelaki kan. Bagi saya lelaki ni peliklah. Diorang ni nak perempuan dengar je cakap diorang. Tak suka. Ego tu tinggi sangat.

Ada macam-macam jenis lelaki yang saya pernah jumpa. Ada yang buat saya jengkel, geli, menyampah dengan perangai diorang. Kadang-kadang saya fikir perlu ke korang buat macam tu? Tak ada makna pun rasanya. Buat benda-benda yang diluar jangkaan perempuan itu sendiri. Dan tolonglah jangan terlalu selfish ye. Please lah bertolak ansur. Takkan kemananya kalau korang terus nak ego macam tu.

Tak. Saya bukan benci lelaki. Serius tak. Tapi saya tak berapa suka dengan perangai lelaki-lelaki sekarang ni. Please lelaki-lelaki ubahlah perangai korang. Sesungguhnya seseorang perempuan itu mudah untik menyayangi seorang lelaki. Berubah untuk suasana yang lebih ,enyenangkan apa salahnya ye tak? Berbaloi-baloi lagi adalah.

Tak nak cakap banyak. Please kaum lelaki jangan salah faham dengan entry ni. Think positive to get what you want.

Thats all. Sebenarnya ada lagi. Tapi kita cakap sikit-sikit dululah. Cakap banyak-banyak pun kadang-kadang orang baca tak habis. Kan? So, till then.

Tata. Lepas baca harap jangan disimpan di dalam hati. =)

0 suka menconteng =):

 

Aisya Rahim Copyright © 2010 Designed by Ipietoon Blogger Template Sponsored by Online Shop Vector by Artshare