Raya Pertama 2010

By Aisyah Rahim at Tuesday, September 14, 2010
Korang nyanyi tau bila baca ni. "Hai selamat hari raya kami semua ucapkan, menikmati hidangan yang kami sediakan........" Haha betul ke lagu ni macam ni.

Ok feeling raya ada lagi kan? Malas nak update haritu, busy sikit padahal tak adalah busy manapun.

Before bertolak dari rumah nak balik rumah tok

Saya balik rumah tok saya sehari before raya maknanya pagi hari sebelum hari raya. Haa paham-paham sendirik lah ye. Sampai-sampai je rumah tok ambil feeling nak tolong di dapur. Mula-mula tong tengok then amik pisau pegang pisau then silat kat dapur. Hehe memang taklah nak silat. Langsung tak pandai nak silat. Pegang pisau potong daging la. Tapi tak lama pun, bila mak lang and family sampai je rumah tok I pun angkat punggung salam-salam dan angkat punggung terus. Haha. Not good not good punya girl kan. Tak boleh buat bini. Apalagi korang jangan pilih or rekemen ssaya untuk jadi bini orang. Haha. Geng mak-mak dekat dapur berssilatlah memasak untuk raya besoknya, anak-anak dara dan teruna buat apa? Haa.. anak-anak dara pergi jalan cari kedai gunting rambut and cari barang sikit. Kedai gunting rambut tu penuh pulak terpaksa pergi malam, then amik keputusan balik rumah buka puasa dulu. Balik rumah geng anak dara iaitu kitorang yang muda remaja ni la yang menghidangkan lauk-pauk yang ada. Tapi geng mak-mak pun join jugak. Haha meriah la jugak. Ramai sangat tapi tak semua yang berhimpun untuk berbuka. Sedih aje.


After berbuka puasa, terus siap-siap nak pergi gunting rambut. Haha rambut raya. Kitorang 3 orang pergi kedai cuci rambut and buatlah apa yang patut. Lama juga. Then lepas siap gunting apa semua balik rumah prepare untuk raya besoknya. Tak sabarnya nak raya! Tapi raya dolu-dolu lagi best. Lagi meriah kan kan? Tak tahulah korang macam mana. Bila semua dah besar feeling nak raya tu macam tak ada rasa macam biasa-biasa je.

Keesokan harinya saya dan uda (my twin) bangun awal. Haha awal ke?Okay sila percaya yang kitorang bangun awal k. Kitorang bangun tolong-tolong di dapur sebab tak ada siapa sangat nak buat itu ini. Yang lelaki dan mak-mak sedara yang ada pergi sembahyang raya. Saya? tak pergi. Sob sob sob. T_T Tapi tak apa, kitorang tolong-tolong kerja yang ada. Dah masak-masak bagai, kitorang pun mandi. Kitorang tu means saya dengan uda. Yang mak saya dan mak lang still di dapur. Tapi tak lama pastu diorang pun mandi. After kitorang mandi, geng-geng yang pergi sembahyang raya tak balik lagi. So, we all kena hidangkan makanan di meja. Ala lupa nak snap pict. Hehe. Tak menyempat. Lepas tu acara bersalam-salaman. Then acara berehat-rehatan. Sebab dah makan semua. Haha

Ko tengok diorang tidur. Haih

Haha ni lah anak dara yang paling rajin sekali. Ke?
Lepas sembahyang Jumaat saya dan family bersiap-siap nak pergi rumah-rumah sedara belah abah. Kenapa rumah-rumah? Sebabnya tok belah abah dah tak ada, diorang tak berkumpul so kena pergi beraya house to house la. Susah jugak. Belah mama semua berkumpul, senang. Hehe.

Ni masa nak keluar pergi beraya. 3 dara pingitan. =p

Masa beraya dekat rumah sedara belah abah, kitorang beraya dekat rumah mak teh dulu. Saya makan laksa. Mula-mula mama pelawa saya tak nak makan sebab dekat rumah tok tadi dah makan beberapa pinggan bihun goreng sebab feberet saya. Haha. Gila ah makan banyak. Tengok mama makan laksa saya pun tak tahan daulat makan lah laksa sikit. Hilang diet saya.

Lepas rumah mak teh, pergi rumah mak ngah, duduk sana lepak-lepak lama jugak sebabnya kebetulan pak njang saya baru sampai dari KL. So, lama jugaklah lepak. Saya mandi sampai 2 kali ok kat rumah mak ngah. Rumah ni rumah lama. Banyak sangat kenangan dekat sini. Semua perabot lama.

Perabot lama. Old skool gila.
Tu je yang aku sempat snap. Yang lain tak sempat. Hehe sebab malas. After maghrib kitorang, family pak njang dan mak ngah gerak pergi rumah pak long. Dekat rumah mak ngah saya tak makan pun. Simpan untuk yang lain-lain. Heee. Dekat rumah pak long, mak long buat laksa. Saya bedal laksa lagi. Haha. Gila kan. Dah makan-makan semua kitorang gerak pergi rumah pak lang. Kat sana saya bedal mihun goreng lagi. Sumpah full perut aku. Kesian dia. Dalam 12 lebih malam jugaklah balik rumah tok. Dah sampai-sampai rumah tok tengok semua dah tidur. Selalunya tidur lambat. Penat gamaknya. Aku kemas dan siap-siap terus tidur. Haa bila penat boleh pulak tidur malam. Bestnyaaaaa dapat tidur malam.


Budak kecik yang selalu menggeramkan saya. Haha
Cousin saya dengan anaknya.
Nilah kisah di hari raya pertama. Raya kedua akan menyusul. Tapi gila-gila sikit raya kedua ni.

3 suka menconteng =):

kayna on September 14, 2010 at 10:30 PM said...

syahh!!selamat hari raya juga..maaf zahir dan batin ehehe..:D

Aisyah Rahim on September 14, 2010 at 10:32 PM said...

selamat hari raya kayna!

si biskut on September 17, 2010 at 5:31 AM said...

wah ade twin rupenyer..yg mana satu punyer blog nie..?hehe

 

Aisya Rahim Copyright © 2010 Designed by Ipietoon Blogger Template Sponsored by Online Shop Vector by Artshare