Perihal Facebook @ FB

By Aisyah Rahim at Thursday, September 23, 2010
Korang tahu Apa tu Facebook? FB? Tahu ke apa kegunaannya? Apa kesannya? Kenapa korang guna? Haa actually bukannya saya nak membebel apa itu Facebook. Saya fikir rata-rata semua pun tahu kan apa Facebook @FB. Betul tak? Siapa tak tahu tu macam ketinggalan sekejap lah. Hehe. So, memandangkan saya rasa ramai je yang tahu apa berkenaan FB tu sebab saya sendiri pun ada FB. Add lah saya. Tapi before add tu bagitahu saya ye siapa kamu. Sebabnya saya just approve orang yang saya kenal je. =)

So saya just nak share tips untuk pengguna FB termasuklah saya sendiri. Bukan apa sebabnya kita ni kadang-kadang leka dengan keseronokannya sampai terlupa apa yang sepatutnya. Kan? Sebelum ni pun banyak orang mengatakan itu ini tentang FB ni kan. Ada betulnya jugak. Ada baik buruknya jugak. Macam-macamlah saya dengar sebelum ni. Tapi malaslah nak cerita satu satu. Nak kupas setiap point pun malas rasanya sebab semua pun pernah dengar kan.

Actually semalam saya terbaca sebuah majalah yang agak popular la sekarang dan ternampak hukum berkenaan FB ni. Bila dah baca ni macam tersedar seminit. Hehe. Fikir punya fikir masa baca tu sambil berkata di dalam hati "Hmm. Betul jugak kan.". So meh kita lihat tpis untuk pengguna Facebook aje ye. Yang lain tu paham-pahamlah sendiri.

TIPS BUAT PENGGUNA TEGAR FACEBOOK

1. Manfaat Islam melebihi kepentingan peribadi
Kita sepatutnya guna akaun FB ni seeloknya untuk share apa yang kita tahu tentang Islam. Share video ke penulisan ke audio ke apa-apalah yang boleh digunakan dan dimanfaatkan untuk orang ramai. Hehe. Saya pun belum dan tak ada pun buat macam ni. So, lepas ni, lets share something okay.

2. Tidak memasukkan perincian peribadi
Kita boleh je nak share apa-apa tentang diri kita ni. Tapi memadailah kalau boleh hanya dengan nama dan tarikh lahir serta latar belakang pendidikan dan apalah yang dirasakan perlu. Janganlah kau mengada-ngada nak letak nombor akaun bank kau ke taraf kesihatan kau ke dan apalagi lah. Bukan apa, ini kan untuk keselamatan kita.

3. Tidak berkongsi terlalu banyak gambar peribadi
Memang syioklah letak gambar banyak-banyak. Boleh tunjuk yang kau tu kaya ke cantik ke tak, rumah kau macam mana, kucing kau ada berapa ekor. Macam-macam lagilah sampai benda yang tak penting pun kau nak letak. Haish! Kalau lelaki tu kira okayla sikit kan. Ni kalau peremfuan ni banyak yang kau nak tunjuk. Haha. Biasalah perempuanlah katakan. Kalau nak letak gambar tu biarlah yang 'senonoh' sikit ye. Cuba kau bayangkan kalau kau letak gambar yang tak senonoh tu, kan ke boleh mengundang maksiat tu. Lagipun gamaba-gambar tu Insyaalah lah akan kekal di Facebook orang yang kau kongsi gambar tu, syarikat FB pun mesti ada buat simpanan dalam database dia atau erti kata lainnya dalam pangkalan data syarikat diorang. Hah lu pikirlah sendiri.

4. Jaga aurat dan pandangan mata
Malas nak cakap sebab aku tau korang dan aku juga dah cukup besar untuk memikirkannya. So, paham-pahamlah sendiri ye. =)

5. Elakkan mengumpat
Ni pun aku rasa korang semua dah tahu. Tak baik kan kalau mengumpat sesama sendiri. kalau kita mengumpat kan macam kita makan daging saudara sendiri kan? Kalau tak salah akulah. Kalau slah please correct me ye.

6. Hadkan dan kurangkan hal remeh-temeh peribadi
Yang ni kalau boleh tu tak payahlah sangat kau nak update setiap status kau dari 'good morning sampai good night'. Tapi tu kira okay lagilah. Cuba kau bayangkan kalau setiap kali kau gaduh dengan boyfren kau, setiap kali tu la kau nak update status kau dekat FB. Tak penat ke? Penat tu satu pasal, buang masa jugak. Tapi tu okay sikitlah. Yang paling penting sekali kau tak malu ke orang tahu pasal kau gaduh dengan boyfren kau? Malu kot. Nanti orang fikir kita ni apa je asyik nak gaduh itu ini. Bukan aku nak kata kat siapa-siapa, tak. Cuma aku harap kita fikirlah mana yang baik dan mana yang tidak. Sebanya musuh kita selalu memerhatikan kita dan gembira kalau kita jatuh. Betul tak apa aku cakap ni. Bukan apa, sebabnya aku pun suka gelakkan orang bila aku rasa benda yang diupdatekan tu lucu. Hehe

7. Elakkan terlibat dengan permainan dan aplikasi yang bercanggah dengan Islam
Kalau boleh tu elakkan lah nak main kuiz tilik nasib ke apa ke. Aku pun suka je main kuiz-kuiz dalam FB ni. Best kan. Tapi aku rasa ok je kot nak main-mian tu semua cumanya jangan nak percaya sangatlah dengan keputusan yang kau dapat tu. Takut syirik pulak jadinya.

8. Last but not least. Hehe
Aku rasa ramai je yang tahu FB ni siapa yang create. 'Orang luar' yang buat kan. 'Orang luar' ni kau paham-paham sendiri lah ye apa maknanya. So kau paham-pahamlah bila 'Orang luar' yang buat. Semua maklumat akan disimpan dalam database diorang. Diorang ni akan pantau semua aktiviti kita. Maklumat kita semua senang je diorang nak kawal disebabkan kita sendiri yang bagi. Huhu. Database ni bernilai oh bagi diorang. Macam-macam boleh buat guna database yang diorang ada tu. Kau bayangkan sekelip mata je diorang boleh buat apa-apa kalau diorang nak. Sebab tulah kita kena jaga maklumat diri kita ni. Jangan senang-senang nak bagi orang. Parti politik kat negara kita ni pun tak simpan maklumat kita macam yang FB simpan kan. Maklumat-maklumat kita dah bagi ni 'Orang luar' boleh guna untuk kejahatan dan ketamakan. Hish ngeri pulak bila aku pikir.

So, dengan sedikit information above ni aku harap dapat mengingat kita semua tentang keselamatan kita dan negara kita. Apa-apapun lu pikirlah sendiri. Sendiri mau ingat la ya.

Renung-renungkanlah dan selamat beramal! =)

0 suka menconteng =):

 

Aisya Rahim Copyright © 2010 Designed by Ipietoon Blogger Template Sponsored by Online Shop Vector by Artshare