Berbuka Puasa Di Rumah Tok

By Aisyah Rahim at Saturday, August 28, 2010
Salam ramadhan dan selamat berbicara kembali.

Hai. Sedar tak sedar dah 18 hari kita berpuasa kan? Cepat sungguh masa berlalu. Kejap je dah nak raya. Hehe. Rasa tak sabar pulak. Korang dah beli baju raya ke? Ke ada yang tak sempat shopping lagi? Kalau boleh janganlah membeli-belah sampai berlakunya pembaziran ye. Tak baik. Ala kadar jadilah.

Hari Khamis hari tu saya dan family balik rumah tok. Selalunya bila kitorang balik rumah tok, jarang nak bermalam di sana. Tapi kali ni ayah saya mengambil keputusan untuk bermalam di sana. So, kitorang pergi 2 kereta. Saya naik kereta dengan mak saya sebab kena bertolak dulu untuk pick up ikan yang telah siakap dan ikan merah yang telah diorder untuk dibawa ke rumah tok. Then nak pick up adik yang bersekolah di Yan. Weekend dia memang akan balik rumah usually. So, lepas ambil adik kitorang terus menuju ke rumah tok. Sampai-sampai aje mak saya terus ke dapur. Saya belom lagi. Hehe. Saya menikmati persekitaran dulu then baru tolong sikit-sikit. Haha. Keji pula rasa tak banyak tolong. Tapi saya tolong part lain ye.

After dah siap memasak oleh tok dan mak saya, saya pula dan maksu mengambil alih tugas menghidangkan lauk yang ada serta membuat air. Tu kira baguslah. Tapi berbuka kali ni tak ramai yang balik. Ada dalam 4 buah family aje. Family mak saya semuanya 10 arang. Biasalah rumah masing-masing kan jauh. So, ni pun dah kira ramai. Best woh dapat berbuka bersama-sama. Bertambah best lagi kalau ada sepupu yang sama kepala. Alaaa, rindunya. Touching kejap. Huhu.

Okay, ni lauk-lauk yang ada. Tapi ni kira tak berapa banyak sangat. Huhu.


Okay kita kasi zoom sikit. Adoi lapar pulak ni. =p

Masa ni air tak hidang lagi.

After buka puasa dan solat semua. Saya dengan maksu bercadang nak buat kek coklat kukus. Sedapnya. Malam tu bertungkus lumuslah kitorang buat. Hehe. Actually saya tolong-tolong kacau aje. Hee. Ha.. Sambil tu kitorang dok mms gambar makanan yang ada dekat cousin saya yang jauh. Saja nak bagi diorang jeles. Haha. Diorang pun apalagi ddengan semngatnya mengreply mms dengan KFC. Haha. Teringin pula ni. Rindu dengan semua cousin dan adik beradik yang jauh. Bilalah dapat berbuka bersama keluarga yang lengkap? Hmmm..

Tapi saya cuma ada gambar proses buat kek je. Tupun tak banyak sebab sambil buat sambil bergosip. Haha. Biasalah perempuan kan. Sampaikan gambar kek yang dah siap pun tak sempat nak snap. Rugi je. Haih. Tapi takpe janji kenyang masuk perut. Apa lagi masa panas-panas pun kek dah terus masuk perut. KAHKAHKAH. Kelakar aje.



Malam tu tidur rumah tok saya. Sejuk sangat malam tu. Kat sini memang sejuk malam-malam biasalah dekat dengan gunung. Nak bangun pun malas. Hehe. Yang bestnya ada something yang buat saya happy malam ni. Happy sangat. Sepangjang hari keesokannya membuatkan saya asyik tak keruan dan tersenyum aje. Aku bersyukur kerana doaku dimakbulkan. Tak rugi tindakan aku buat sebelum ni. Harap-harapnya berpanjangan.

Okaylah. Hari ada kelas memandu pagi tadi. Alhamdulillah dah tak gementar bawa kereta. Tapi takut lagi untuk test JPJ. Harapnya elok lah.

Selamat berbuka puasa ye.

Tata.

0 suka menconteng =):

 

Aisya Rahim Copyright © 2010 Designed by Ipietoon Blogger Template Sponsored by Online Shop Vector by Artshare