With no planning

By Aisyah Rahim at Tuesday, July 06, 2010
Hye guys~

Wah makin lama saya makin suka mengupdate blog ni. Hehe. Jangan marah. Lagi pula bila dah tau macam mana nak guna schedules at what time and date la. I mean i use auto publish and i just set the date and time. So, if ada yang saya update pagi-pagi tu bukan bangun lagi la tu. Saya just buat auto publish je. Hehe.

Hari jumaat yang baru je berlalu ni. Kawan lama saya masa sekolah dulu ajak jumpa, Rozi nama dia. Mula-mula dia ajak saya dan seorang senior la which is Kak Fiza. So, Rozi cakap nak ambil saya di rumah then nak jumpa di Jitra Mall aje. Maksudnya dekat dengan rumah saya lah. Tiba-tiba ada seorang lagi senior saya iaitu Kak Iena pula dia call cakap nak datang ambil saya di rumah. Kak Iena cakap lagi 15 minit dia sampai. Kelam kabut I siap-siap okay.Tak sempat pun pakai tudung lagi tiba-tiba diorang dah sampai depan rumah. Menggelabah aje.

Lepas je dah siap saya keluar terus naik kereta. Then pergi alor star. Tu pun tak tahu nak pergi mana. Haha. Diorang tanya saya lagilah saya tak tahu nak pergi mana. Siap dah tak ingat sangat weyh tempat-tempat yang ada. Punyalah jakun saya ni tempat sendiri pun tak ingat. Bukan sengaja tapi memang tak ingat. So, diorang decide nak pergi ambil Rozi yang tinggal di Alor Star dulu. Then terus pergi Alor Star Mall.

Sampai je Alor Star Mall, terus pergi kaunter tiket wayang. Nak tengok ada movie apa. Kitorang nak tengok Back Up Plan. Tak ada pula. Geram sangat. Cerita tu best la aku rasa. Lepas tu tengok-tengok movie lain tak ada pula yang best. Hmmm... Bosannyaaaaa... Tak tahu nak buat apa dah. Dah la kat Alor Star Mall tu tak ada apa sangat. Then kitorang pun jalan-jalan dalam Pacific.Aku dah rambang dah tengok kasut. Sale weyh. Tapi yang geramnya size pula tak ada. Lagi la aku geram. Sakit je hati tu tengok. Hishhh.. So kitorang pusing-pusing aje. Tengok itu ni then nak pergi cari tempat makan dan lepak. Masa tu dah pkl 3 lebih kot. Keluar pun lepas Zohor.

From Alor Star Mall tu, Kak Iena dah lapar sangat. Hehe. Kesian dia. Baby dia lapar juga tu. Dia dah kahwin. Dah pregnant pun. Tapi baru jela. Dia bawa kitorang pergi Kopitiam. Takingat pula nama apa. Tapi best jugak la. Kak Iena suka Vanilla blended kat situ. Tu yang dia bawa ke sana tu. I dah rasa. Pehhh sedap juga. Hehe. Nak ajak mama dengan abah pergi la lepas ni. Tapi tak ingat sangat jalan tu. Adoiyai~ Aku rder tomyam claypot aje. Dah makan-makan semua, Rozi yang bayar. Hehe. Thanks Rozi. Nanti aku belanja pula ok.

Lepas makan, Kak Iena cakap nak bawa pergi satu tempat. Dia ni suka taman-taman sikit. Hehe. Masa mula-mula tu aku pun tak tahu taman apa. Tapi bila tengok-tengok jalan tu, baru aku ingat tu Taman Jubli Perak. Masa aku kecil-kecil dulu selalu pergi sana bila lepas tuisyen. Tu pun masa sekolah rendah. Masa tu taman ni baru lagi. Sekarang dah lama dah. So, we all snap banyak picture. Siap sengaja lagi kacau couple yang tengah ngedate tu suruh dia snap picture kitorang. Haha.. Padan muka. Siapa suruh date.

Okay, tengokla ni pictures dekat Taman Jubli Perak ni. Semua picture ni pun tak tahu yang mana satu dulu yang mana satu kemudian. Haha. Layaaaaannn~

Rasanya ni yang first.











Aku suka gambar ni sebab nampak aku kurus. =p


Ni lah gambar yang di snap oleh couple tu. Sebab semua pun malu coz boyfriend dia tengok, thats why la semua control cun aje. Haha.


Tak ada kerja.


Tengokla siapa paling bersungguh nak masuk dalam gambar ni. Haha.

Dah naik kereta then Kak Iena terus hantar kitorang semua. Yang paling last dia hantar, akulah.

Okayla ni aje yang aku nak cerita.

Till then.

XOXO =)

0 suka menconteng =):

 

Aisya Rahim Copyright © 2010 Designed by Ipietoon Blogger Template Sponsored by Online Shop Vector by Artshare