Something to share

By Aisyah Rahim at Wednesday, July 07, 2010
Hai kawan-kawan.

Rasa boooosaannnn sangat hari ni. Pagi tadi rasa nak demam sangat. So, saya tidur sampai petang. Ha punya lama. Tapi saya bangun solat semua la. Cuma banyak masa dihabiskan dengan tidur aje. Tak laat sangat lah. Asyik dok sok sek sok sek. Dah basah semua sapu tangan saya tu. Huhu. Saya bangun pun dah petang. Buka puasa semua then solat terus siap pergi ambil my dad di aiport.

Mula-mula retingin sangat nak minum Vanilla blended. Tapi abah cakap dia penat sangat. Tak larat nak pergi kopitiam yang saya cakap tu. Kat sini dah la Vanilla blended susah nak ada. Lepas tu cari lah restoren lain. Last last pergi restoren SanThai dekat je dengan rumah. Dengan harapan ada lah Vanilla blended yang diidamkan tu. Alih-alih semua ice blended tak ada. Shitt! Memang bengang gila dalam hati. Rasa macam satu rasa tak puas hati tau. Geraaaaaaaaaammm sangat. Saya just pergi dengan mama dan abah je. Yang lain macam biasa pemalas. Haha. Saya kan anak kesayangan. Gila angkat bakul sendiri. Mana orang pergi semua nak ikut. Tu lah saya.
Saya just order tomyam campur. Saya hirup kuah aje. Okay jugak. Kenyang. Lepas tu minum jus epal laici. Sedaplah dinner saya malam ni. Haha.

Okay berbalik pada tajuk asalnya memang saya nak share something. Saya nak share something yang berguna untuk kita semua. Saya terjumpa apa yang saya nak share ni dalam satu majalah. Sekarang ni saya rajin sangat membaca. Tak kiralah buku apa pun. Buka apa, just nak tambah ilmu. Nanti senang nak cakap-cakap dengan orang. Taklah asyik cakap-cakap kosong je. Ni mama lah yang banyak dok cakap pada saya. Haha. So sekarang saya nak lebih bersikap matang dan berkeyakinan dan juga berpesonalit.Entahla betul ke tak. Slowly ya.

Lama dok bebel sampai apa yang nak di share kan pun tak ada lagi. Saya nak share ' BILAKAH DOAKU AKAN DIMAKBULKAN?' Bukan apa. Kadang-kadang kita bila dah berdoa apa semua mesti kita akan cakap "kenapalah Tuhan tak makbulkan doa aku?", "Apa salah aku sampai Tuhan tak makbulkan doa aku?" dan bayak lagilah persoalan yang timbul kan. Betul kan? Macam tu lah yang saya rasa dan saya percaya ramai juga yang tertanya-tanya macam ni kan.

Tuhan bukan sengaja tak nak memakbulkan doa kita. Cuma mungkin bukan sampai masanya lagi.

Yang pastinya....

Apabila Allah cepat memakbulkan doamu itu, maka Dia menyayangimu....

Apabila Dia melambatkan untuk memakbulkan doamu itu, maka Dia ingin mengujimu...

Apabila Dia tidak memakbulkan doamu itu, maka Dia merancang sesuatu yang lebih baik untukmu kelak...

Oleh itu, sentiasalah bersangka baik kepada Allah...

So, inilah yang mahu saya kongsikan dengan korang semua. Renung-renungkanlah dan selamat beramal juga ye.

Sekian....

XOXO =)

2 suka menconteng =):

kayna on July 7, 2010 at 8:46 PM said...

hey there..lme tk update belog syah..lately rajin sungguh hehe..betol2..kita mmg kene bersangka baik dengan Allah..bcz He knows wut best for us..:)

Aisyah Rahim on July 7, 2010 at 10:54 PM said...

aah..skrg jadi rajin sikit nak update..dulu stop kejap...Thanks Kayna...Lama tak jumpa Kayna..Miss you darl~

 

Aisya Rahim Copyright © 2010 Designed by Ipietoon Blogger Template Sponsored by Online Shop Vector by Artshare