Masakan Mama

By Aisyah Rahim at Wednesday, December 09, 2009
Hai

Dah rasa macam lama sangat tak update. Tiba-tiba hari ni terasa nak update. Bukan tak online langsung, cuma rasa nak rest sekejap. Hehe. Malas sebenarnya.

Okay biarin aja dong.

Jom cakap-cakap pasal cerita sebenar. Bukan cerita dongeng ye. Disebabkan tajuk entry ini adalah masakan mama, itu bermakna saya panggil mak saya mama. Bagi sesiapa yang panggil ibu, mak, mummy, ummi atau sebagianya sila tukarkan masakan mama kepada masakan _____ (yang korang panggil pada mak korang).

Oleh kerana kau sekarang tengah cuti yang agak panjang dan banyak menghabiskan masa di rumah. Aku selalu dapat merasai masakan mama yang enak-enak belaka. Walaupun hanya ikan siakap goreng dengan kuah kicap letak cili. Perghh! Sedap hingga menjilat jari dan pinggan. Haha. Teringat lagi masa kecil-kecil dulu kalau aku makan mesti sampai menjilat jari dan pinggan. Haha. Macam apa je. Tapi dah besar panjang dan bukan besar lebar ni aku dah tak menjilat pinggan. Cukup sekadar menjilat jari. Sunnah nabi kan menjilat jari tu.

Masakan mama sangat sedap sampai aku rasa tiada siapa dapat menandinginya. Eceh. Sebagai seorang anak kita harus membanggakna masakan mama. Kan? Aku sangat suka makan mihun goreng yang mama masak. Bukan apa, walaupun ia nampak simple tapi rasanya tak sama dengan orang lain masak. Aku rasa yang dekat kedai memang tak sama denagn mama masak. Itulah susah jadinya kalau belajar jauh-jauh. Betul tak? Tapi yang bestnya bila kita balik rumah sekali sekala, bila cakap nak makan itu ini mesti mama laksanakan. Hmm bangga. Hehe

Aku kalau makan mama masak mesti lebih dari 2 pinggan sekali makan. Kadang-kadang boleh menjangkau 5 kali untuk sekali makan. Sampai mengah aku dibuatnya. Tapi aku rasa mama puas tengok aku makan apa yang dia masak.

Jom makan masakan mama!


p/s: kalau jumpa makanan pun tak kira siapa yang masak, aku tetap makan. Haha

0 suka menconteng =):

 

Aisya Rahim Copyright © 2010 Designed by Ipietoon Blogger Template Sponsored by Online Shop Vector by Artshare