Ini Tentang Hati.

By Aisyah Rahim at Tuesday, December 22, 2009
Ermm.. Dengar tajuk cerita memang macam entah apa-apa kan? So, siapa yang tak nak baca sila close window anda sekarang.

Entry ni bukan pasal apa. Cuma nak betulkan keadaan dan salah sangka yang selalu orang tujukan pada saya. Ye saya mengaku saya ni tidak sesempurna mana. So, saya nak minta maaf awal-awal kalau ada buat salah dan silap pada sesiapa. Entry ini tidak ditujukan khas pada sesiapa. Cuma sekadar entry kosong saja. Hihi.

Saya sebenarnya tak suka kalau ada orang yang suka berprasangka pada orang lain.

Contoh 1: kalau kita tak cakap dengan seseorang tu sebab ada hal lain takkan terus nak kata pada orang tu terus nak kata kita tak ada mood kan? Apa salahnya tanya dulu kenapa tak cakap dengan dia? Entah-entah ada hal ke. Kan? Tengah berangan ke mengelamun ke. Apa-apa jelah sampai terlupa ada orang cakap dengan kita. Kan kan? Jangan nak main tuduh je. Bila dah selalu kena tuduh rasa bengang juga.Padahal kita sedikit pun tak ada prasangka nak tak ada mood dengan orang di sekeliling kita. Takkan setiap masa nak tak ada mood kan? Tapi perempuan ada masa-masanya je dia bad mood. So, please lah jangan salah sangka lagi. Please la. Okay?

Contoh 2: Masa YM. Kalau tak balas dikatanya bad mood jugak. Kenapa? Kenapa ye? Kenapa lagi? Tak fikir ke kita sedang buat apa. Ada orang datang ke, buat keja ke, apa-apa lah. Ye, saya mengaku saya pun kadang-kadang pernah berprasangka pada orang. Jadi jomlah kita buang perasaan buruk dan prasangka yang tidak elok itu. Katakan tak nak pada prasangka. Ehehe.

Contoh 3: Bila kita bergurau ada pula yang kata kita serius. Ini lagi tensyen kan? Sampai kononnya nak happy then last2 tak happy langsung. Salah siapa? Saya ke? Haha. Entahlah.

Ada banyak lagi. Tapi takkan nak cerita semua kan? Nanti entry ni jadi entry paling panjang di dunia pulak. Hehe.

Tapi, saya selalu prasangka pada orang. Itu ini. Rasa macam nak ubah perangai. Yelah, Kita dalam hidup ni perlukan kawan, rakan dan sahabat. Kalau tak ada mereka-mereka ini, siapalah kita kan? Jom hargai semua yang ada di sekeliling kita.

Ni termasuk luahan ye. Hari ni penat sangat sebab beli barang yang sangat banyak. Penat gila. Dahlah barang tak angkut lagi semua ke kolej. Bila pula nak selesaikan yang ini? Adoi pening.

Sekian

4 suka menconteng =):

Ieqa Swetluv on December 22, 2009 at 7:48 PM said...

memang susah nak puaskan hati sume org..suke sgt pk bukan2 kan.. kalo ika yang kne..ika wat derk je kot kalo dia x terima reason kita.. abes citer hehe =)

Aisyah Rahim on December 22, 2009 at 10:49 PM said...

aah...betul tu..susah nak puaskan hati semua orang...hehe...terima kasih ika. =]

Anonymous said...

betul apa yang diutarakan..

Aisyah Rahim on December 23, 2009 at 10:04 PM said...

blakepaghe:thanks..tapi ini yang saya rasa ketika ini...

 

Aisya Rahim Copyright © 2010 Designed by Ipietoon Blogger Template Sponsored by Online Shop Vector by Artshare