Berdua lebih baik kot

By Aisyah Rahim at Saturday, October 24, 2009
Hari ni hari sabtu hari minggu. Semalam hari jumaat. Aku nak kongsi dengan korang semua apa aku buat semalam. Semalam lepas balik dari opis aku terus balik rumah. Tak singgah pasar malam pun. Haha catat sejarah. (Pasar malam hari Isnin & Jumaat dekat rumah sewa aku ni). Setiap kali ada je selalu singgah. Thats why lah. Huhu.

Okay lepas magrib semalam aku dengan kawan aku (tinggal 1 rumah) pi la 1 restoran dekat depan old town bangsar ni. Ala dekat je dengan rumah aku. Then weols duduk 1 tempat takde orang amik order. Bengan2 pindah tempat duduk dalam sikit. Tak datang2 jugak orang amik order. Then weols panggil la oarng nak amik order. Lama weols tunggu okay. Siap sempat makan otak2(kegemaran aku) dengan kerang bakar. Layaaaaan~ Pastu dah lama baru sampai apa yang weols order. Aku order nasi goreng tomyam dengan nescafe panas & jenab(kawan aku) order mihun (ke bihun goreng ek, ah lantaklah apa) dengan fresh oren. Okay lah masakan dia. Sedap jugak. Sampai kawan aku kata next time boleh datang lagi even service dia entah pape. Haha... Okay, korang datang okay?

Ni menu semalam:
Nasi goreng tomyam + mihun goreng +nescafe panas + fresh oren _ otak2(3) + kerang bakar = RM17.60
Okay tak? Boleh tahanlah kan untuk 2 orang makan.

Nak juga tunjuk kat uols apa yang aku order & makan semalam. Tadaaaaaaaaaa~


nampak tak nasi goreng tomyam aku tu?


ni ha jenab yang suka posing maut.. haha


ni aku yang tak tahu nak buat gaya apa

After that weols balik lah rumah tapi sebelum sampai rumah saja2 je lalu kat pasar malam yang dekat rumah aku. Tak tahu nak beli apa dowh. Tapi okaylah tak bazir duit. Hehe.

Haaa.. Untuk korang semua, if tahu kat mana2 tempat makan yang best silalah iklankan pada aku. Hih~

Haa.. amik ko 2 post untuk hari ni saja.

Okaylah tanak tulis dah. Penat tangan den.

Chow~

0 suka menconteng =):

 

Aisya Rahim Copyright © 2010 Designed by Ipietoon Blogger Template Sponsored by Online Shop Vector by Artshare